Khamis, 12 Disember 2024

Cubaan Membuat Lempeng Cili Benggala ala Chef Paik

Salam semua! ๐Ÿ™‹๐Ÿปโ€โ™€๏ธโœจ

Entri kali ini cheq nak buka topik pasai masak-masak lagi. Hangpa biasa tengok siri The Backpacker Chef dak? Alaaa... siri Korean cooking show yang ada Chef Paik Jong-won tuuu? ๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿณ๐Ÿ˜Ž

Sebelum ni cheq pernah tunjuk macam mana cheq buat pajeon kan? Okeh, kali ni cheq cuba buat pimang jeon pulak, iaitu bell pepper pancake. Idea ni cheq dapat dari salah satu episode dalam siri The Backpacker Chef 2, di mana pasukan Chef Paik dalam satu episode tu ada buat lempeng cili benggala yang sangat menarik perhatian cheq! ๐Ÿ˜†โœจ

Cheq modify sikit resipinya, guna bahan-bahan apa yang ada dalam peti ais ja. Yang penting, cili benggala tu mesti kena ada... dan hasilnya? Marvelous baqhianggg... ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿณ๐Ÿ˜†


Bahan-bahan:

1. Tepung gandum (โ‰ˆ150g) 

2. Tepung jagung (3 sudu besar)

3. Bawang besar (โ‰ˆsegenggam, dicincang kasar)

4. Bawang putih (3 ulas, dicincang)

5. Bebola daging lembu (โ‰ˆsegenggam, dicincang)

6. Cili benggala (3 biji, dihiris setebal 1ยฝ cm)

7. Air (โ‰ˆ250ml, untuk dibancuh dengan tepung)

8. Telur ayam (sebiji, gred C)

9. Garam bukit (ยฝ sudu kecil)

10. Serbuk lada putih (ยฝ sudu kecil)

11. Minyak kelapa sawit (disembur dengan menggunakan oil sprayer semasa menggoreng)


Cara-caranya: 

1. Tumiskan sedikit bawang besar dan semua bawang putih bersama semua bebola daging dan lebihan cili benggala yang telah dicincang. Letak tepi.

2. Bancuh sebatian tepung untuk membuat lempeng dengan menggaulkan tepung gandum, tepung jagung, bawang besar, telur ayam, garam bukit dan lada putih dengan air, kemudian kacau hingga sebati. 

3. Campurkan sekali bahan-bahan yang telah ditumis awal tadi, dan kacau lagi hingga sebati. 

4. Di atas api sederhana kecil, panaskan pan dan semburkan minyak masak ke atas permukaan pan dengan sekata. Susun hirisan cili benggala dengan kemas dan pastikan ada ruang kosong yang mencukupi di antara setiap hirisan. 

5. Sendukkan sebatian adunan lempeng tadi ke dalam setiap hirisan cili benggala di atas pan. Semburkan minyak masak, dan balikkan setiap satunya selepas lebih kurang 2 minit. 

6. Semburkan minyak masak lagi, dan teruskan membakar sehingga kedua-dua belah lempeng kelihatan kuning keemasan. Siap! Angkat dan hidangkan bersama sos kegemaran hangpa ๐Ÿ˜‹๐Ÿ‘Œ๐Ÿป



Sekian dahulu entri masak-masak cheq kali ni, selamat mencuba resipi ni kalau teringin! โœŒ๐Ÿป๐Ÿ˜†

Jumpa lagi di lain entri!

๐Ÿ™‹

8 ulasan:

  1. tak pernah beli cili benggala kat rumah ni. hihihh. nampak menarik tu boleh la cuba nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh la start tambah cili benggala dalam masakan lepas ni, baguih tau kalau boleh amalkan makan cabai gajah ni ๐Ÿ˜€๐Ÿ‘๐Ÿป

      Padam
  2. Balasan
    1. Timakasih KakPI, cheq masak simpleยฒ ja ๐Ÿ˜†

      Padam
  3. Boleh modify2 pulak ye? Macam kereta! hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mestilah bulehhh uncle, resipi masakan ni versatile ๐Ÿ˜†

      Padam
  4. waahhhh menarik jugak guna cili benggala hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap resipi ni, try la nanti bila berkesempatan ๐Ÿค“๐Ÿ‘๐Ÿป

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini โค