Ahad, 28 November 2021

Buat Pajeon guna Noraini's Korean Pancake Mix pun Sodappp

Salam semua! 🙋🏻‍♀️✨

Entri kali ni cheq nak sembang pasai masak-masak pulak. Jom buat Pajeon jom... 👩🏻‍🍳😆

Siapa tak kenai Pajeon atau Jeon? Bagi yang tak suka atau tak biasa dengan makanan Korea, Pajeon tu bukanlah nama orang. Pajeon ialah sejenis lempeng Korea yang ada banyak daun bawang. Kalau lempeng tu takdak daun bawang, orang Korea panggil dia Jeon saja. 'Pa' tu bermaksud daun bawang dalam bahasa Korea 🤓


Bahan-bahan:

1. Noraini's Korean Pancake Mix (200g) *Kat Shopee ada tepung ni, harganya RM2.10 saja

2. Daun bawang besar/merah (biar ja panjang-panjang, trim sikit saja)

3. Daging ayam goreng/rebus (dihiris nipis)

4. Kimchi kobis *Cheq guna kimchi dari jenama MARIMOGO

5. Telur ayam Gred B (sebiji), untuk dipukul sekali dengan tepung pajeon dan air

6. Air (320ml), untuk dibancuh dengan tepung pajeon

7. Sos dan hiasan akhir - Sos Nitsume dari jenama Otafuku, mayonais dan bijan bakar (toasted sesame seeds)


Cara-caranya: 

Sila rujuk gambar kolaj di bawah 🤓👇🏻


Begitulah caranya cheq membuat pajeon. Senang saja. Tengok gambar di atas pun rasanya dah boleh paham 100% dah kot? Buat lempeng saja punnn 😂, yang penting... api kena perlahan, jangan besarkan api. Pan perlulah lebar, rata dan dari jenis non-stick yang berkualiti baik. Lagi satu kalau boleh, gunalah cooking oil sprayer (penyembur minyak masak) untuk minyakkan permukaan pan tu. Murah saja bekas oil sprayer tu, kat Shopee ada jual dengan harga yang tak sampai 10 hinggit pun. Sangat berguna benda ni di dapur, dapat mengurangkan insiden penggunaan minyak masak yang berlebihan di kala kita nak stir-fry makanan saja atau bakar lempeng dan roti 👩🏻‍🍳✨

Sekian dahulu entri masak-masak buat lempeng Korea cheq kali ni, selamat mencuba resipi ni kalau teringin! 😆🤓



Jumpa lagi di lain entri!

🙋

10 ulasan:

  1. Sesekali masak dan makan hidangan Korea memang sedap kan. Tukar sekejap masakan sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Variety itu penting, baru tak rasa bosan 😆😬

      Padam
  2. Lempeng pernah makan, pajeon belum ada peluang cuba. Bagus ada yang siap peket.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba buat sendiri nanti kalau tak jumpa orang jual pajeon 😆

      Padam
  3. Sedapnya. Rajin CS masak makanan Korea.

    BalasPadam
  4. Sedapnya nampak, pandai CS masak, rasa travel ke Korea pula..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi timakasih... cheq masak benda simple² ja buleh laa 🤭

      Padam
  5. baharu saya tahu maksud pajeon

    BalasPadam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤