Sabtu, 28 Disember 2024

Pekena Burger Ayam Goreng Western dari BIG TREE Western Court, Kangar Perlis

Salam hujung tahun semua! πŸ™‹πŸ»β€β™€οΈβœ¨

Cheq ni dah jadi macam regular customer warung BIG TREE Western la, sudah banyak kali asyik repeat order dari depa saja menerusi aplikasi foodpanda. Sebenaqnya dah beberapa kali cheq dok pesan burger ayam goreng western depa ni, sekarang baru nak review burger hat ni kat blog 🀭😬

Chicken Western Burger dari BIG TREE Western (RM13.50) - harga dari aplikasi foodpanda πŸΌπŸ“± 

Harga - Pada cheq, harganya boleh dikatakan berpatutan dengan kualiti dan saiz/portion produk makanannya yang agak besar, serta kualiti servis penghantaran foodpanda yang cukup baik πŸ‘πŸ»βœ¨

Kelazatan -  Burger ayam western ni mai sekali dengan kentang goreng. Ada option boleh pilih grilled chicken patty kalau tak suka ayam goreng tepung, tapi cheq ni memang peminat burger ayam goreng tepung maka tidaklah ku pandang yang grilled tu 🀭  

Dalam burger yang cheq order ni ada fried chicken patty, hirisan tomato, timun, sayur lettuce, keju Cheddarmayonis dan sos cili yang pedas-pedas manja. Roti bun dia lembut dan tak ada bijan. Overall rasanya sedap dan cukup mengenyangkan, 4Β½ per 5 bintang cheq bagi πŸ”βœ¨


Fries yang ni jenis crinkle cut yang dah tak crispy dan sedikit soggy sebab depa packed sekali dengan burger dalam bekas yang sama, tapi masih sedap. Sos yang diberi dalam peket rasa macam sos tomato campur sos cili sikit, ada rasa masam-masam buah dan pedas-pedas manja gitu. Cheq bagi markah 3Β½ per 5 bintang untuk kentang goreng dia πŸŸπŸ‘πŸ»


Keberbaloian - Berbaloi memesan burger ayam goreng western ni dari warung BIG TREE Western, dapat fries sekali dengan harga yang cukup berpatutan. And of course, berbaloi guna aplikasi foodpanda, rider selalu tiba pada waktu yang dijangkakan dan kadang-kadang tu lebih awai sampainya πŸ˜ŽπŸ‘ŒπŸ»


Baiklah, sekian dulu ulasan pendapat tekak cheq berkenaan burger ayam goreng western dari warung BIG TREE Western yang ada di Kangar, Perlis. Syukur Alhamdulillah 😊


Jom kita pakat-pakat support bisnes tempatan dengan lebih kencang! πŸ’ͺ🏻😎✨


Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

8 ulasan:

  1. Nampak sedap dan meriah tu berbaloi dengan harga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap dan berbaloi-baloi, confirm akan repeat order lagi πŸ˜†

      Padam
  2. wah sedapnya teringin nak beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau KakPI and family ada mai bercuti di Perlis nanti, boleh la singgah makan malam kat warung BIG TREE Western ✨

      Padam
  3. kemain meriahhhh burger nyaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu yang dok repeat order tuuu πŸ˜†

      Padam
  4. Nampak sedap tu... CUya sebelum ni beli gak burger, tapi takde review2 lak. Esok2 Cuya try review la.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Review jangan tak review Cuya, hihi πŸ˜‹

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❀