Salam semua! 🙋🏻♀️✨
Entri kali ini cheq nak buka topik pasai masak-masak lagi. Hangpa biasa tengok siri The Backpacker Chef dak? Alaaa... siri Korean cooking show yang ada Chef Paik Jong-won tuuu? 👨🏻🍳😎
Sebelum ni cheq pernah tunjuk macam mana cheq buat pajeon kan? Okeh, kali ni cheq cuba buat pimang jeon pulak, iaitu bell pepper pancake. Idea ni cheq dapat dari salah satu episode dalam siri The Backpacker Chef 2, di mana pasukan Chef Paik dalam satu episode tu ada buat lempeng cili benggala yang sangat menarik perhatian cheq! 😆✨
Cheq modify sikit resipinya, guna bahan-bahan apa yang ada dalam peti ais ja. Yang penting, cili benggala tu mesti kena ada... dan hasilnya? Marvelous baqhianggg... 👩🏻🍳😆
Bahan-bahan:
1. Tepung gandum (≈150g)
2. Tepung jagung (3 sudu besar)
3. Bawang besar (≈segenggam, dicincang kasar)
4. Bawang putih (3 ulas, dicincang)
5. Bebola daging lembu (≈segenggam, dicincang)
6. Cili benggala (3 biji, dihiris setebal 1½ cm)
7. Air (≈250ml, untuk dibancuh dengan tepung)
8. Telur ayam (sebiji, gred C)
9. Garam bukit (½ sudu kecil)
10. Serbuk lada putih (½ sudu kecil)
11. Minyak kelapa sawit (disembur dengan menggunakan oil sprayer semasa menggoreng)
Cara-caranya:
Jumpa lagi di lain entri!
🙋
tak pernah beli cili benggala kat rumah ni. hihihh. nampak menarik tu boleh la cuba nanti.
BalasPadamBoleh la start tambah cili benggala dalam masakan lepas ni, baguih tau kalau boleh amalkan makan cabai gajah ni 😀👍🏻
Padampandainya cek sedap tu
BalasPadamTimakasih KakPI, cheq masak simple² ja 😆
PadamBoleh modify2 pulak ye? Macam kereta! hehe
BalasPadamMestilah bulehhh uncle, resipi masakan ni versatile 😆
Padam