Isnin, 13 Jun 2022

Nak Minum Air Kosong pun Ada Pantang Larangnya ka?

Salam semua! πŸ™‹πŸ»‍♀️✨

Apahai dengan tajuk entri cheq kali ni? Jawapannya, ADA baqhanggg... nak minum ayaq kosong pun kena berhati-hati dan ada tatatertibnya yang kita perlu cakna rupanya... adoih, jom kita teliti satu persatu... πŸ‘€πŸ§

Menurut Dr. Nordin Darus (DND) dalam videonya 7 Petua Minum Air dengan Betul, beliau ada menyarankan supaya kita:

1. Minum air hidup iaitu air yang ada kandungan mineral, beralkali dan bertenaga, bukannya air mati seperti air yang sudah dimasak, terdedah pada cahaya matahari, atau yang sudah lama bertakung.

2. Calit sedikit garam bukit (contohnya Himalayan salt) di lidah sebelum minum air.

3. Minum air setengan jam hingga sejam sebelum dan/atau selepas makan. Ini memudahkan perut untuk menghadam makanan dengan baik (HCL dalam perut maintain kuat untuk hadam makanan). Kalau rasa perlu untuk basahkan tekak, minum air sedikit saja tak apa. 

4. Minum air slow slow, teguk sekali sikit gitu, jangan kalut. Savor the water. 

5. Minum air yang bersuhu bilik (room temperature), dan simpan air dalam bekas tembaga atau labu sayung asli (bukan yang dah dicat warna-warni tu, pilih labu sayung yang warnanya masih original).

6. Minum air sebanyak 2 hingga 2.5L sehari bagi yang tidak aktif bersukan atau tidak banyak menggunakan tenaga fizikal dalam rutin seharian. Bagi yang aktif, minum air banyak sikit tu normal. 

7. Minum dalam keadaan berehat dan bertenang sambil duduk. Kalau boleh minum sambil bersila lagi bagus. Waktu yang paling baik untuk minum air ialah selepas bangun dari tidur. Yang ini kalau boleh jangan terlupa langsung. Bangun pagi ja, terus minum segelas atau dua gelas air kosong. 

Nah, itu dia petua minum air kosong yang dikongsi oleh DND. Hangpa boleh jenguk video beliau di Youtube untuk dengar sendiri penerangannya secara lebih terperinci πŸ’πŸ»‍♀️πŸ‘¨πŸ»‍⚕️

Selain daripada apa yang DND tu cerita, cheq ada juga dengar member cheq cerita, dia dengar ada some pengamal perubatan Islam kata yang kalau kita selalu sangat minum air sambil berdiri, lutut kita boleh jadi sakit. Kesannya tu tak datang dengan segera, tabiat buruk ni ambil masa beberapa bulan hingga setahun untuk mula menyerang sendi pada lutut ni kalau kita kerap sangat minum air sambil berdiri. Cheq rasa benda ni berkemungkinan besar ada benarnya berdasarkan pengalaman cheq sendiri. Lebih kurang setahun yang lepas, cheq memang kerap minum air kosong sambil berdiri di dapur sebab nak cepat-cepat telan supplement, takmau ambil masa nak duduk dulu sebelum tu sebab kalut dengan banyak kerja lain lagi nak buat. Padahnya setahun kemudian (awal tahun ni), lutut cheq memang sakit sungguh secara tiba-tiba. Makin hari makin berbisa lutut ni masa tu, lepas tu member cheq pun recommend sapu krim DoxteJoint, dan alhamdulillah berkesan krim tu, memang mujarab betoi. Baik dah lutut cheq ni, sekarang ni langsung tak sakit dah. Lepas dengar cerita dari member tu, cheq terus buang tabiat minum air sambil berdiri tu, dah baling tabiat buruk tu jauh-jauh. Nak minum air untuk telan supplement ka ubat ka, wajib cari kerusi dulu, duduk elok-elok, bertenang sat beberapa saat, kemudian minum air dan telan la supplement tu. Selesai. Tak susah pun, tak ambil masa sangat pun (membebel kat diri sendiri) πŸ˜‚πŸ˜¬

Alhamdulillah cheq diberi kesedaran 🀲🏻❤


Jumpa lagi di lain entri!

πŸ™‹

10 ulasan:

  1. bagus semua tips dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elok diamalkan setiap hari πŸ™‚

      Padam
  2. MINUM AIR DGN TERTIBNYA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saja cheq kata tatatertib sebab nak bagi nampak kuat impaknya tu 🀭

      Padam
  3. Thanks for your sharing...

    BalasPadam
    Balasan
    1. You're welcome and thanks Cam 😘

      Padam
  4. Tanpa NamaJun 19, 2022

    terima kasih informasinya
    Visit Us

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama² dan terima kasih datang ke sini 🌼

      Padam
  5. Ooo...baru tau..tq kongsi info

    BalasPadam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤