Salam semua! ππ»♀️✨
Dinner apa cheq malam ni? Tengah dalam mood nak makan burger ayam tadi jadi cheq pun pilihlah Marrybrown sebab sebelum-sebelum ni pun burger ayam situ memang tidak menghampakan cheq. So... belek-belek menu Marrybrown Kangar kat Foodpanda, nampak ada tema baru. Depa up tema Jepun pulak kali ni, 'OISHII'. Sedap sungguh ka? Kena la try kan... ππ
Harga - Pada cheq, ianya boleh dikatakan berpadanan dengan kelazatan dan saiz produk makanannya, serta servis penghantaran Foodpanda yang tiptop π
Kelazatan - Cheq bagi markah 4 bintang dari 5 bintang. Saiz burger ni sudah cukup memuaskan pada cheq. Fillet ayam gorengnya agak gemuk dan besar, isinya lembut moist di dalam, rangup di luar. Kuantiti sayur lettuce dalam burger ni ngam dengan selera cheq yang sukakan sayur. Roti bun burger ni lembut dan tidak kering, pulak tu menarik rupa dia, pink and pretty. Bagaimana pula dengan rasanya? Haa... agak terkujat sikit cheq kali ni sebab tak sangka depa nak buh wasabi dalam sos burger ni. Bagi cheq, still tolerable la tahap wasabinya tu, sedap ja... tak adalah kuat mana pun pedas dan pedaqnya tu, tapi, lain orang lain tahap toleransinya la kan? Jadi cheq nasihatkan hangpa agar berhati-hati sikitlah kalau nak cuba Oishii Burger Mb ni. Rasa sos wasabi dalam burger ni ada gabungan rasa manis, sedikit kelat dan mempunyai sedikit efek menyucuk hidung. Ini pendapat tekak cheq sajalah naa, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana π
Keberbaloian - Berbaloi dengan harganya sebab memang sedap, segar dan cukup mengenyangkan ππ»
Tudia, sekian dulu ulasan pendapat cheq berkenaan burger terbaru Marrybrown dengan tema Jepun: Oishii. Syukur Alhamdulillah π
Support Marrybrown, support our local brand πππ»
Jumpa lagi di lain entri!
π
Thanks for your sharing...
BalasPadamThanks for dropping by π€❤
PadamTidak tahan makan wasabi.
BalasPadamHarga murah.
Wasabi ada sikit ja dalam sos dia π¬
PadamMESTI CUBA BURGER DENGAN INOVASI RASA NI
BalasPadamNi kali pertama cheq makan burger yang ada rasa wasabi dalam sos dia π¬
PadamMenarik warna burger tu.
BalasPadamPink and pretty π€
Padamlama dah tak makan marrybrown....dulu suka order set nasi dia.
BalasPadamrasa anak-anak ammi belum pernah makan kot MB ni...nak bawaklah dorang
Sila² menjamu selera di Marrybrown, kasi support pada local fastfood brand kita. Sedap pun ya, harga pun berbaloi π€ππ»
Padam