Jumaat, 25 Mac 2022

Krim Mujarab untuk Atasi Masalah Sakit Sendi? Mujarab Betoi ka?

Salam semua! πŸ™‹πŸ»‍♀️✨

Hadoih... agak lama cheq menyepi tak hapdet blog ni sebab tadak mood langsung nak berblog bila kesihatan tengah tak begitu baik ni. Lutut kanan cheq buat hal lagi sejak beberapa minggu yang lepas, rasa sengal dan sakit-sakit menyucuk setiap kali nak bangun dari duduk, nak turun dan naik tangga, nak solat dan sebagainya. Mood nak buat apa-apa aktiviti pun kelautlah jadinya πŸ˜žπŸ˜“

DOXTEJOINT Cream, 50g per botol. Mengandungi ekstrak pokok Peperomia pellucida (daun dan batang) serta menthol. Cheq dapat beli krim ni di Shopee dengan harga RM79.80 dari seller Original HQ Marketing. Harga asal yang tertera pada kotak ialah RM110 bagi Semenanjung Malaysia dan RM120 bagi Sabah dan Sarawak.

Lebih kurang dalam seminggu yang lepas, member baik cheq ada cadangkan supaya cheq cuba guna krim DOXTEJOINT ni. Katanya krim ni mujarab dan sudah ada banyak testimoni positif dari para netizen yang pernah menggunakannya. Harga produk ni buleh tahan mahai la juga tapi kalau ianya benar-benar berkesan, berbaloilah kan? Maka, cheq pun terus order menerusi Shopee dan tunggu ketibaan produk tersebut dengan penuh kesabaran serta harapan yang tinggi πŸ₯ΊπŸ€²πŸ»

Produk ubat krim sakit sendi dan otot ni semestinya halal dan mempunyai sijil kelulusan dari KKM. Produk ini adalah sediaan tradisional yang digunakan secara tradisional bagi melegakan sakit sendi dan otot, dan untuk kegunaan luaran sahaja. Cara penggunaannya, bersihkan bahagian anggota yang hendak disapu krim, kemudian pamkan krim pada hujung jari. Sapukan dan ratakan pada bahagian yang dibersihkan tadi, kemudian biarkan seketika untuk krim meresap masuk ke dalam kulit. Krim ini adalah untuk kegunaan dewasa dan disapu pada sendi atau otot yang sakit, 2 kali sehari. 

Pengalaman cheq dengan krim ni... ya, ianya cukup berkesan. Alhamdulillah πŸ€“πŸ€²πŸ»✨

Selepas lebih kurang 3 hari cheq sapu krim ni pada lutut (kawasan sekitar lutut termasuk pelipat kaki), cheq dapat rasa ada kelegaan yang jelas pada lutut cheq yang bermasalah ni. Sekarang ni lutut cheq dah tak rasa sakit sangat bila nak bangun dari duduk, solat dan turun naik tangga. Masih ada rasa sengal-sengal sikit dan belum betul-betul sembuh lagi, tapi yang jelasnya memang kesakitan pada lutut ni sudah berkurang dengan banyak. Syukur sangat 🀲🏻✨




Jumpa lagi di lain entri!

πŸ™‹

10 ulasan:

  1. I wish you health and hapiness...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Cam, I wish you well too 🌼✨

      Padam
  2. Alhamdulillah berkesan dan beransur pulih, moga sembuh sepenuhnya Aameen.

    BalasPadam
  3. syafakillah..semoga sembuh dgn sempurna...bagus produk ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makasih KakNO.. memang baguih produk ni, padan dengan harga dia πŸ‘πŸ»

      Padam
  4. MUJARABNYA KRIM NI BOLEH CUBA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mujarab sungguh KakPI, boleh cuba bila perlu πŸ€“

      Padam
  5. boleh beli dekat mak ayah di kampung ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elok sangat tu, selalunya warga emas la yang dok sakit sendi dan otot ni πŸ₯Ί

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤