Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, jawapan kepada soalan dalam tajuk entri ini ialah... Jagung Pilus!
Hangpa pernah dengar ka snek yang bergelar Jagung Pilus yang berasal dari negara Indonesia tu? Nama lainnya ialah Kacang Pilus, tapi bahan-bahannya tidak melibatkan kacang pun. Pelik dak? Pelik tapi sedap 😂
Cheq terjumpa produk snek Pilus ni secara tidak sengaja semasa sedang cari stok kerepek ubi di Shopee. Selama ni cheq tak pernah tahu pun akan kewujudan snek yang diberi nama Jagung Pilus ni, maka terdetiklah keinginan untuk mencuba rasa snek ni sekali dan terus cheq add to cart 😆
Hasil dari online research yang bersahaja, cheq pun terjumpalah satu resipi Jagung Pilus. Bahan-bahannya tidak melibatkan jagung mahupun kacang pun, dan bahan utamanya ialah tepung ubi dan susu cair. Ada juga resipi pilus yang bubuh tepung jagung. Kalau ada tepung jagung tu logiklah juga nak dibagi nama Jagung Pilus kan? 🤔...tapi kebanyakan resipi jagung/kacang pilus yang cheq jumpa ni semuanya pakai tepung ubi kayu. Mungkin namanya lebih merujuk kepada rupa bentuk snek ni agaknya 🧐
Apa-apa pun, rasanya sedap dan cheq suka. Rasa snek yang unik ni cukup menarik dan berempah, tidak pedas dan teksturnya pula rangup. Kemungkinan besar cheq akan repeat order snek pilus ni lagi. Nak cuba order versi pilus yang pedas la pula nanti 😋
Jagung Pilus Masin. Jagung yang bukan jagung 😆 |
Jumpa lagi di lain entri!
🙋
Wahhhhh nak kena cuba niiiii 🤩
BalasPadamSila sila 😆✨
PadamI have never this snack :) thanks for your sharing...
BalasPadamYou're welcome! And thanks for dropping by 🤓❤
Padamwah sedaptu tepung ubi jadi kerepek jagung pulak
BalasPadamSedap snek ni KakPI, recommended 🤓👍🏻
Padamta penah dgr cik suerin. mkn apatah lg��
BalasPadamUnik kan pilus ni 🤓
PadamAgknya sebab rupa macam jagung dipanggil jagung pilus.
BalasPadamItulah tu 🤓
PadamMenarik. Tak pernah cuba lagi snek ni.
BalasPadamBolehlah JR cuba nanti 🤓
Padamni kalo mkn xleh benti! lps satu2 masuk mulut.. huwaa
BalasPadamBetoi sangat tu, ni habih dah ni.. nak kena top-up stok lagi 😂
Padampertama kali dengar snek ni..nmpk sedap!
BalasPadamMemang sedap sungguh, bahaya ni 😅😂
Padamo.. yang ni ka.. hehe
BalasPadamsy dh folo blog sis. tq
Penah makan juga ka? 🤓
PadamMakasih! Done follow kembali 😄
First time dengar jagung pilus. Lahh rupanya bukan jagung. tepung ubi dan susu cair kaedahnya. Kotlah ada perisa jagung sikit sedap gak rasa jagung kan. hihi
BalasPadamHihi tu la kan... tak berapa nak paham kat situ 😂
Padam