Selasa, 2 Mac 2021

Nasi, Telur dan... Sos Takoyaki?

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, salam Mac 2021. Sudah kira setahun dah kita dok berperang dengan si Corona tu noh, teruskan bertabah dan patuhi SOP agar 10k tak terbang kita terus terselamat daripada jangkitan virus durjana tersebut πŸ’ͺ🏻😷

Baiklah... merujuk pada tajuk entri cheq ni, biasanya orang dok sebut "nasi, telur dan kicap" kan? Kiranya juadah ni termasuk dalam kategori "nasi bujang" la kan? Haa... ni cheq modify bagi jadi lebih special sikit. Cheq tak 'gu' teloq ayam tu dengan kicap, cheq guna sos Takoyaki. Nak bagi lagi special, buh mayonis sekali. Teloq ayam tu masak style lembik 'kaw-kaw' πŸ˜„

Masak sebatian telur tu di atas api yang paling kecil. Dengan menggunakan sepasang chopsticks kayu, cheq kucai-kucai (kacau) telur tu di dalam pan kecil macam masak scrambled egg, tapi kena angkat cepat-cepat sebelum sebatian telur tu sempat mengeras. Kiranya kalau nak buat ni, kena ada skill memasak yang bukan di tahap beginner la (eceyceyhhh... πŸ‘©πŸ»‍πŸ³πŸ˜‚). Inilah dia versi "nasi bujang senang" cheq πŸ€“✨


▶ Bahan-bahan:

✎ Telur ayam (2 biji)
✎ Serbuk Maggi secukup rasa (secubit)
✎ Minyak masak (1 sudu besar)
✎ Sos Takoyaki (suka hati)
✎ Mayonis (suka hati)
✎ Nasi putih (semangkuk)


▶ Cara-cara:

1. Pukul telur ayam sekali dengan serbuk Maggi secukup rasa dengan menggunakan garfu selama beberapa saat (jangan bagi jadi sebati sangat). Letak tepi.

2. Panaskan pan kecil di atas api yang paling kecil. Masukkan minyak ke dalam pan. 

3. Tuangkan sebatian telur tadi ke dalam pan dan kacau dengan chopsticks kayu secara berterusan.

4. Kacau dan terus kacau di atas api sehingga terbentuknya beberapa gumpalan kecil, kemudian cepat-cepat angkat pan dari api semasa sebatian telur masih lembik (lembik bukan bermakna ianya tidak masak).

5. Curahkan telur lembik panas-panas tu ke atas nasi putih di dalam mangkuk, dan akhirnya tuangkan sos takoyaki serta mayonis ikut suka hati nak banyak mana. Siap! πŸ˜‹✨ 



Amacam? 
Special dak? πŸ˜†✨

Sedaps gilaks baq hangs, 5 stars I tell you... boleh la hangpa cuba kalau teringin noo... πŸ‘©πŸ»‍πŸ³πŸ‘¨πŸ»‍🍳   

Sos takoyaki tu cheq beli di Shopee daripada seller yang sama yang jual tepung Waffle Crispy MATAF yang cheq ada pernah review dulu tu. Selain tepung waffle, dia ada juga jual tepung takoyaki sekali dengan set lengkap bahan-bahan untuk bikin takoyaki πŸ‘πŸ»


Sekian, jumpa lagi di lain entri!

πŸ™‹

21 ulasan:

  1. rajinnya ceq sedap tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila mai rasa teringin nak makan sesuatu tu, boleh jadi bersemangat nak jadi rajin. Buat sampai jadi..πŸ˜†

      Padam
  2. Unik guna sos takoyaki.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa dia special, padan elok dengan teloq ayam lembik πŸ˜‹

      Padam
  3. kalau sedap sgt tu bolehlah sy join sekaki kan? hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kita berjiran boleh dah join sekaki πŸ˜†

      Padam
    2. esok lusa insya allah berjiran laa tuπŸ˜†

      Padam
  4. First time tengok kombinasi macam ni. Selalu makan dengan kicap je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh la cuba resipi ni nanti JR, sos takoyaki + telur ayam lembik memang sangat padan πŸ€“

      Padam
  5. Assalamualaikum. uish, dasyat cheeeqqqq.....
    kami ingat moi apa tadi.... kami suka moi,, tapi kalau guna teriyaki kami tak gu... bukan tekak korea sgt kami ni.. hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'slm SS 🌼

      Hihi..resipi ni lebih kepada selera Jepun sebenaqnya. Cheq tak try lagi gu teloq dengan sos teriyaki, nanti bebila cheq cuba tengok sesuai ka dak 🧐

      Padam
  6. perghh resepi simple tapi rasa macam nak pi jepun pula bila letak sos takoyaki tu..kena cuba ni..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..boleh cuba buat sendiri ja ni, takyah pi Jepun pun πŸ˜†

      Padam
  7. rm10k? bia betik., bukan rm1k je ke psl x patuh sop tu? ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu cerita lama WL, cerita lama..😬

      Padam
  8. mcm pernah tengok masakan ni..style jepun..omurice..

    mayonis + nasi..entahlah, rasanya tak leh gu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adik beradik dia la tu hihi πŸ˜‹

      Padam
  9. First time tengok resepi begini. Thanks kerana berkongsi.

    BalasPadam
  10. Nampak menyelerakan.. πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selera Jepang sekali skala πŸ˜„

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤