Ahad, 14 Februari 2021

Hobi Terbaru Cheq ialah Membela Succulents!

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, ada yang masih dalam mood Raya Cina lagi ka? Gong hei Gong hei... πŸ‘²✨

Dalam entri kali ni, cheq nak berkongsi cerita pasai hobi terbaru cheq, iaitu... membela dan menjaga succulents! Apa benda tu? Ni haa rupa depa... πŸ‘‡πŸ»πŸ˜¬


Succulents tu bukannya binatang, tetapi tumbuhan. Tumbuhan yang kiranya macam sepupu kepada si pokok kaktus la senang cerita... cuma apa yang membezakan succulents daripada cactus ni ialah, duri. Tidak seperti kaktus, succulents ni takdak duri. Depa ni kelihatan lebih comei, mesra dan tidak membahayakan jari-jemari kita. Bertambah-tambah seri dan menarik lagi jika ditanam dalam pasu-pasu seramik yang unik dan comei! Cheq beli kat mana? Cheq selongkaq Shopee ja, online shopping... macam biasa πŸ˜†❤


Setakat ni cheq ada lima spesies succulents. Tak susah pun nak jaga depa ni sebab depa ni tak 'manja dan mengada-ngada' macam sesetengah pokok yang lain. Cuma kena pastikan tanah yang digunakan ialah tanah yang jenis tidak menakung air, lepas tu siram selang sehari ja. Pastikan air boleh mengalir keluar dengan mudah dari pasu. Tak siram dua hari pun OK lagi depa ni sebab memang jenis tak perlukan banyak air untuk hidup. Kat Shopee tu ada beberapa local sellers yang jual kelengkapan untuk menanam succulents. Tanah khas, pasu, baja, serbuk penggalak akar, peralatan menanam... semua ada. Harga? Seriuslah... cukup berpatutan. Cuma satu ja cheq nak pesan, berhati-hatilah dengan sellers yang jual 'biji benih' succulents. Kebanyakan yang dok claim depa jual succulent seeds tu, menipu ja. Cheq belum pernah terkena lagi la, setakat membaca ulasan dari mereka-mereka yang dah terkena tu, nak haiii... panas ja hati ni tengok gambaq biji-biji benih yang bercambah tu keluaq jadi anak-anak pokok lain yang rupanya macam rumput. Haree... better beli pokoknya teruih ja, bukan mahai mana pun... takyah dok gamble pi beli biji benih dia. Succulents ni kebanyakannya tahan lasak, rileks ja pokok-pokok ni duduk dalam kotak parcel tu diam-diam sementara menunggu tibanya saat mereka dibebaskan oleh para pembelinya πŸ€“

Daun-daun succulents yang gugur (tapi masih belum layu) tu jangan dibuang. Biar ja dia kat dalam pasu tu juga. Kalau dia sihat dan subur, dia akan mengeluarkan akar baru dan bercambah menjadi anak pokok yang baru. Best kan? Kalau daun tu layu dan mati pun, dia akan jadi baja kepada pokok induknya 😎




Baiklah, setakat ini dahulu cerita cheq pasai hobi terbaru cheq ni. Nanti kot kalau cheq ada beli tambah lagi spesies succulents yang baru, cheq akan sambung cerita pasai depa lagi. InshaAllah ✨✨


Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

22 ulasan:

  1. Hehe comel sahaja, takde berat hendak angkat pasu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasu seramik kecik-kecik ni ringan dan senang nak urus πŸ˜„

      Padam
  2. Very cute:) thanks for your sharing...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks for dropping by 😎🌼

      Padam
  3. antara pokok kaktus dgn bonsai nih., hehehe

    BalasPadam
  4. comel je pasu2 cat & owl..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampak ja kat Shopee teruih cheq terpikat nak 'add to cart' πŸ˜†

      Padam
  5. giveaway CUya kembali! jom joinn

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/02/giveaway-vektor-20-by-cuya.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makasih mai jemput, nanti cheq belek tengok πŸ€“

      Padam
  6. cantiknya bekas..bila bekas comei semua nampak cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada macam rupa pokemon kan? πŸ˜†

      Padam
    2. hahaha koleksi pokemon mungkin hahahaha..
      cepatlah update blogg dok tunggu jah ni

      Padam
    3. Uihh! Ada yang dok tunggu cheq update blog ka? πŸ˜³πŸ€“
      Terharu cheq! ❤✨

      Padam
  7. wahhhh ini berbudi pd tumbuhan😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Depa balas budi balik dengan memberi udara yang segar πŸ˜„

      Padam
  8. Memang comel . Hari tu ada add cart benih ni masuk troli . Belum beli lgi . Leps baca entri ni tak terasa nk beli pulak . Kang xpasal dapat benih rumput

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..elok study ulasan-ulasan buyers dia dulu, tengok ada yang complain ka dak. Kalau semua ulasan pun jenis yang takdak update bagitau result percambahan, eloklah jangan dibeli benih tu. Belilah pokoknya teruih, senang cerita 😬

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤