Ahad, 28 Mac 2021

PANDA Datang dengan Membawa Pizza dari PizzaHut

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, dah nak masuk bulan April dah kita ni noh... sikit hari lagi kita akan menyambut Ramadhan Kareem. Dah pakat setel ganti puasa dah ka? πŸ˜¬πŸ˜„

Okeh, cheq nak sembang pasai makan-makan lagi nih (warning siap-siap ni)... bagi yang tengah berpuasa ganti tu mohon bersabaq dan jangan hangin dengan cheq naa, nanti bila nak masuk waktu berbuka nanti bolehlah hangpa pi singgah ke cawangan PizzaHut yang paling hampir, ataupun pesan saja pizza pilihan hangpa melalui aplikasi FoodPanda πŸ•πŸ˜‹

Beef pepperoni pizza (large, pan crust, extra cheese) - RM28.34, Cheesy chicken fingers - RM7.60, Sweet potato fries - RM6.44. Harga dari aplikasi FoodPanda.

Petang kelmarin cheq rasa teringin nak pekena pizza peperoni daging dari PizzaHut tapi malaih pulak nak keluaq, maka... jalan penyelesaian yang paling mudah ialah, FoodPanda ja laa πŸ˜‚

Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut:

Harga - Pada cheq, harganya (dengan diskaun 35% bagi pesanan delivery melebihi RM30) ni berpatutan dengan kualiti dan portion makanannya yang bersesuaian serta kualiti servis penghantaran FoodPanda yang cukup baik πŸ‘πŸ»✨

Kelazatan - Pizza: Cheq bagi markah 3½ bintang dari 5 bintang. Gabungan rasa keju Mozarella yang padu dan hirisan peperoni daging yang sedap serta sos tomatonya yang 'just nice' itu sudah kena dengan selera cheq, cuma pan crust dia agak terlebih tebai pada cheq 🧐
Jejari ayam berkeju: Cheq bagi markah 4 bintang dari 5 bintang. Teksturnya agak menarik dan berbeza daripada nugget atau produk jejari ayam yang lain. Cheq dapat rasakan yang keju yang terdapat di dalam jejari ayam ni membuatkan produk ni jadi lebih menarik beberapa kali ganda. Cheq boleh bayangkan tahap kehambaran rasa jejari ayam ni kalau tiada keju di dalamnya 😬 
Keledek goreng: Cheq bagi markah 4 bintang dari 5 bintang juga, tapi kena makan cepat-cepat sebelum dia jadi lembab dan hilang tekstur rangup di luarnya tu πŸ€“

Keberbaloian - Berbaloi bila tadak mood nak pakai mask pi keluaq semata-mata kerana nak cari pizza dan beratoq panjang pada hari hujung minggu di permulaan cuti sekolah. Rider FoodPanda pun tiba 15 minit lebih awal daripada waktu yang dijangkakan. Pizza sampai di tangan cheq dalam keadaan panas berasap lagi. Terbaiklah πŸ˜ŽπŸ‘ 


OKlah, sekian dulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan pesanan cheq dari PizzaHut melalui aplikasi FoodPanda ni. Syukur Alhamdulillah 😊



Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

17 ulasan:

  1. Greetings from Turkey:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Cam for dropping by 🌼

      Padam
  2. alhamdulillah sedapnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah dipermudahkan πŸ€²πŸ»πŸ˜„

      Padam
  3. Hehe mudah pesan di hujung jari. Terus dapat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaman sekarang memang online saja, senang πŸ€“

      Padam
  4. Selalunya pergi Pizza Hut untuk makan piza dan mushroom soup je. Yang dua lagi tu tak pernah cuba lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh la JR cuba nanti ni, mana tau kot² boleh suka πŸ€“

      Padam
  5. sy laparrrr sy nak jugaaa ;-)

    BalasPadam
  6. oo..ada jejari keledek ye...walaupun keledek benda biasa kat Malaysia, lmbat jg outlet fastfood mcm PH nk jadikan dia menu..akk tgk rncgn realiti aktor Korea JungHae-in pegi satu outlet burger yg femes kt New York, depa ada jual jejari keledek..terperanjat jg.. haha..pgrm ni tahun 2018/2019 rasanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..biasa la tu KakNO, matsalleh kan selalunya lebih advanced bab² makanan ni πŸ˜¬πŸ€“

      Padam
  7. seronoknyaaa lahai yeee ada Panda boleh mai hantar2.. kawasan saya Panda tak sudi hehe.. senang ada Panda ni kita keje tunggu jaa tau2 sampai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila cheq tadak mood nak keluaq atau memasak, memang cheq pilih Panda ja. Alhamdulillah kawasan kediaman cheq ni Panda sudi singgah πŸ€­πŸ˜†

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤