Isnin, 25 Januari 2021

ChocoLatte | Produk Serbuk Minuman Coklat Tempatan dari Kedah

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, hari ni sudah pun masuk minggu ke-4 kita berada dalam tahun 2021... begitu cepatnya masa berlalu kan? Sudah nak dekat setahun kita berada dalam kehidupan norma baru... bertabahlah kita noo ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ˜ท


Okeh, cheq nak bercerita pasai minuman coklat pulak kali ni... ada sesiapa kat sini yang sudah pernah minum produk minuman coklat segera 3-in-1 tempatan cap ChocoLatte? ☕๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜‹

ChocoLatte (650g) (RM22.50) - harga dari aplikasi Shopee (seller - hakkitaofficial)

Hari tu cheq ada rasa macam teringin nak minum minuman coklat bancuh sendiri yang pekat dan sedap, lepas tu timbul pula perasaan macam nak cuba produk minuman coklat yang lain selain Milo. Selama ni asyik dok pekena Milo ja kan, jadinya cheq rasa macam... takkan laa tak ada jenama lain selain Milo, kan? Jenama tempatan ka? Takkan la takdak kot, kan? ๐Ÿค”

Jadinya, cheq pun selongkar la Shopee lagi. Cheq taip "produk minuman coklat segera", selepas tu terpaparlah beberapa jenama, termasuklah Milo. Scroll sikit ke bawah, maka terjumpalah ChocoLatte ni. Local product, Kedah mari. Menarik nih ๐Ÿค“๐Ÿ‘‡๐Ÿป




Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut: 

Harga - Pada cheq, harganya agak sedikit up dengan kualiti serta kuantiti produk minumannya, tapi cheq kasi chance la sebab ni produk tempatan kita ๐Ÿง

Kelazatan - Not bad la, cheq bagi markah 3¾ bintang dari 5 bintang. Bancuh ikut ratio yang disarankan, maka dapatlah merasa chocolaty taste yang boleh dikatakan rich dan 'mewahnya' itu. Manis dan sedap diminum panas-panas mahupun sejuk. Minuman ni jenis 3-in-1, jadi tak perlu dah nak tambah gula dan/atau susu... tapi terpulanglah kalau nak tambah apa-apa bahan pun lagi kan, tambah neskepe ka, gula perang ka... ikut selera masing-masinglah noo ๐Ÿ˜‹

Keberbaloian - Agak berbaloi la kalau sudah mula rasa bosan dengan Milo ๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ‘Œ๐Ÿป




☕☕☕


Baiklah, sekian dulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan minuman coklat segera tempatan ChocoLatte. Syukur Alhamdulillah ๐Ÿ˜Š


Jumpa lagi di lain entri!
๐Ÿ™‹

17 ulasan:

  1. bolehla cuba coklatee minuman ciptaan org kedah ni no

    BalasPadam
  2. Penilaian ada pecahan 3/4. Senang bancuh kalau 3 dalam 1.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..kira lebih la dari setengah mata, tapi tak sampai 1 ๐Ÿ˜ฌ
      Betoi tu, senang bancuh ๐Ÿ‘๐Ÿป

      Padam
  3. agk menarik produk ni bg penggemar minuman coklat pasti akn cari...��

    BalasPadam
  4. support produk tempatan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom jom..๐Ÿค“๐Ÿ‘๐Ÿป

      Padam
  5. support product local..yeahhh..
    nad sekarang minum choc from van houlten..pekat giler rasa coklat die..best..pahit2 sket suka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeahhh ๐Ÿ˜†..uih, lama dah cheq tak pekena coklat van houten, nanti nak try juga la choc drink dia ☕

      Padam
  6. Support product tempatan...๐Ÿ‘๐Ÿผ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh dah nak lawan dengan Milo ni ๐Ÿค“

      Padam
  7. wahh terima kasih atas review..boleh tak saya nk minta beberapa jenama minuman coklat yg lain?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama ๐Ÿ˜„

      Ada cadangan produk minuman coklat yang lain? Kalau nampak menarik, boleh juga cheq nak cuba ๐Ÿค“

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤