Isnin, 20 September 2021

PizzaHut Ada Crust Baru yang Lebih Mantap dan Mengancam

Salam semua! 🙋🏻‍♀️🎈

Okeh, kali ni cheq nak sembang pasai pizza pulak. Hangpa tau dak PizzaHut la ni ada pilihan crust terkini yang mantop? Nama penuh crust PizzaHut yang terbaru ini ialah San Francisco Hand Crafted Base, Light & Airy. Nama pendek dia, Hand Crafted Crust 🍕😋

Beef pepperoni pizza (large, new hand crafted crust, extra cheese) RM45.40 dan Cheesy Pops - RM12.90. Total harga selepas diskaun dan baucar FoodPanda - RM51.42. Harga dari aplikasi FoodPanda.

Minggu lepas cheq rasa teringin nak pekena pizza peperoni daging dari PizzaHut lagi tapi malaih pulak nak keluaq pi ke PizzaHut Kangar mahupun Arau, maka... jalan penyelesaian paling mudah bagi menangani dilema yang sebegini ialah, FoodPanda sajalah noo. Dalam dok usya menu PizzaHut dalam aplikasi FoodPanda tu, cheq nampak ada promosi pilihan pizza crust/base yang baru. Amboih, biaq betoi? PizzaHut dah mula ada pilihan crust? Uish, ini benda baru ni, dah boleh challenge Domino's Pizza nih! Mesti dicuba! 👏🏻😆

Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut:

Harga - Pada cheq, harganya (dengan diskaun dan baucar yang menarik) berpatutan dengan kualiti dan portion makanannya yang bersesuaian serta kualiti servis penghantaran FoodPanda yang cukup bagus 👍🏻✨

Kelazatan - Pizza: Cheq bagi markah 4 bintang dari 5 bintang. Gabungan rasa keju Mozarella yang padu dan hirisan peperoni daging yang sedap serta puri tomatonya yang 'just nice' itu sudah kena dengan selera cheq. Pulak tu, this hand crafted crust yang terbaru ni boleh bersaing dengan Domino's punya New York crust. Dengan adanya pilihan crust terbaru yang teksturnya agak rangup di luar, ringan, lembut dan "airy" di dalam (ada poket udara gitu), boleh dikatakan PizzaHut sudah naik ke satu tahap yang beberapa tingkat lebih tinggi daripada yang sebelumnya. A notable improvement 👏🏻🧐

Cheesy pops: Cheq bagi markah 3 bintang dari 5 bintang. Tekstur doh bakar (mungkin juga digoreng sedikit) yang kenyal dengan keju di dalamnya ni agak menarik dan addictive. Boleh tahan 😀👍🏻

Keberbaloian - Berbaloi? Semestinya. Confirm cheq akan repeat order pizza dari PizzaHut lagi melalui aplikasi FoodPanda. Semoga hand crafted crust ni kekal di dalam menu PizzaHut. Rider FoodPanda pun tiba sekitar waktu yang dijangkakan 😎👍 




Jumpa lagi di lain entri!
🙋

18 ulasan:

  1. Wah seronok juga sesekali makan PIZZA ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekali sekala kena reward diri sendiri dengan pizza 😄

      Padam
  2. Terima kasih masih ada link blog Etuza ya kat sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih juga kerana masih follow blog cheq ni 🤓

      Padam
  3. Wah, PizzaHut dah ada crust baru. Dah lama tak ke PizzaHut jadi tak tahu sangat tentang menu barunya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheq pun dah lama tak ke PizzaHut. Cheq boleh tau pasal crust baru ni pun sebab usya kat FoodPanda saja 😆

      Padam
  4. memang sedap menarik tertarik kalau cheese pizza ni. Cheezy pop tu belum pernah cuba la pulakk

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Pizza memang membahagiakan.. hihi 😆

      Padam
  6. terliur pulak kita tgk pizza! haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pizza memang tak pernah buat cheq tak terlioq 😂

      Padam
  7. lama tak makan piza, SF vs NY..menarik ni..NY dah try, SF belum, boleh cuba..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari segi rupa luarannya hampir serupa, tapi rasa dan tekstur dia ada perbezaan. Kedua-duanya pun sodappp 🤓

      Padam
  8. tunggu hujung bulan laa nak try pizza ni eheheheh

    BalasPadam
  9. Pizza tak leh nak tolak sebab suka😍

    BalasPadam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤