Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, hari ni sudah pun masuk minggu ke-4 kita berada dalam tahun 2021... begitu cepatnya masa berlalu kan? Sudah nak dekat setahun kita berada dalam kehidupan norma baru... bertabahlah kita noo 💪🏻😷
Okeh, cheq nak bercerita pasai minuman coklat pulak kali ni... ada sesiapa kat sini yang sudah pernah minum produk minuman coklat segera 3-in-1 tempatan cap ChocoLatte? ☕😎😋
ChocoLatte (650g) (RM22.50) - harga dari aplikasi Shopee (seller - hakkitaofficial) |
Hari tu cheq ada rasa macam teringin nak minum minuman coklat bancuh sendiri yang pekat dan sedap, lepas tu timbul pula perasaan macam nak cuba produk minuman coklat yang lain selain Milo. Selama ni asyik dok pekena Milo ja kan, jadinya cheq rasa macam... takkan laa tak ada jenama lain selain Milo, kan? Jenama tempatan ka? Takkan la takdak kot, kan? 🤔
Jadinya, cheq pun selongkar la Shopee lagi. Cheq taip "produk minuman coklat segera", selepas tu terpaparlah beberapa jenama, termasuklah Milo. Scroll sikit ke bawah, maka terjumpalah ChocoLatte ni. Local product, Kedah mari. Menarik nih 🤓👇🏻
Harga - Pada cheq, harganya agak sedikit up dengan kualiti serta kuantiti produk minumannya, tapi cheq kasi chance la sebab ni produk tempatan kita 🧐
Kelazatan - Not bad la, cheq bagi markah 3¾ bintang dari 5 bintang. Bancuh ikut ratio yang disarankan, maka dapatlah merasa chocolaty taste yang boleh dikatakan rich dan 'mewahnya' itu. Manis dan sedap diminum panas-panas mahupun sejuk. Minuman ni jenis 3-in-1, jadi tak perlu dah nak tambah gula dan/atau susu... tapi terpulanglah kalau nak tambah apa-apa bahan pun lagi kan, tambah neskepe ka, gula perang ka... ikut selera masing-masinglah noo 😋
Keberbaloian - Agak berbaloi la kalau sudah mula rasa bosan dengan Milo 😬👌🏻
Baiklah, sekian dulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan minuman coklat segera tempatan ChocoLatte. Syukur Alhamdulillah 😊
Jumpa lagi di lain entri!
🙋
🙋
bolehla cuba coklatee minuman ciptaan org kedah ni no
BalasPadamSila sila cuba KakPI 🤓
PadamPenilaian ada pecahan 3/4. Senang bancuh kalau 3 dalam 1.
BalasPadamHihi..kira lebih la dari setengah mata, tapi tak sampai 1 😬
PadamBetoi tu, senang bancuh 👍🏻
agk menarik produk ni bg penggemar minuman coklat pasti akn cari...��
BalasPadamSapot produk tempatan kita 😎
PadamBMF😊😊
Padamsupport produk tempatan..
BalasPadamJom jom..🤓👍🏻
Padamsupport product local..yeahhh..
BalasPadamnad sekarang minum choc from van houlten..pekat giler rasa coklat die..best..pahit2 sket suka
Yeahhh 😆..uih, lama dah cheq tak pekena coklat van houten, nanti nak try juga la choc drink dia ☕
Padamokay nti nak try :P
BalasPadamSila sila 🤓
PadamSupport product tempatan...👍🏼
BalasPadamBoleh dah nak lawan dengan Milo ni 🤓
Padamwahh terima kasih atas review..boleh tak saya nk minta beberapa jenama minuman coklat yg lain?
BalasPadamSama-sama 😄
PadamAda cadangan produk minuman coklat yang lain? Kalau nampak menarik, boleh juga cheq nak cuba 🤓