Khamis, 6 Ogos 2020

Review Blog Rubiah Kadir | Pemenang Segmen Teka Apa Itu oleh Cik Suerin

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, salam Ogos! Entri cheq kali ini ialah entri blog review lagi. Bismillahirahmanirrahim... masih belum hilang rasa nebes cheq ni bila hendak me-review blog orang lain tau, yalah sebab cheq ni masih berada dalam kategori blogger junior lagi, jumlah blog followers pun baru mencecah dua angka saja uhuhuuk... 😆🤭

Pertama sekali, tahniah diucapkan sekali lagi buat puan Rubiah Kadir kerana telah berjaya meneka peralatan apa yang cheq gunakan dalam segmen blogger TEKA APA ITU yang cheq ada anjurkan dalam bulan Jun yang lepas  👏🏻😎

Baiklah, dalam me-review blog orang ni, cheq akan berikan tumpuan pada blognya sahaja seperti nama blog, usia blog, blog layout, kemudahan navigasi laman blog dan topik-topik yang sering ditulis oleh penulis blog di laman blognya yang comei itu 🤓✨

Blog beliau yang diberi nama Rubiah Kadir dengan url blognya www.rubiahkadir.com sudah berusia lebih kurang 5 tahun dan mempunyai jumlah pengikut seramai 232 orang pada masa review ini ditulis. Dan juga, blognya telah di-monetize dengan AdSense 😎👍🏻✨

Blog beliau banyak membincangkan soal kesihatan wanita serta kelebihan produk-produk Shaklee. Ini adalah kerana puan Ruby merupakan seorang pengedar sah Shaklee dan seorang pengguna produk Shaklee sejak tahun 2013. Beliau gemar berkongsi tentang kecantikan kulit 💁🏻‍♀️✨

Dari segi kemudahan navigasi dan penampilan layout pula, blog Rubiah Kadir memang sudah kemas dan mudah untuk dibaca dengan selesa. Terdapat beberapa perkara baru berkenaan kesihatan wanita serta kesihatan kita secara umum yang baru cheq sedari setelah meneliti beberapa entri blog beliau 🧐😄

Nak tahu lebih lanjut berkenaan blog Rubiah Kadir dan jenis-jenis produk Shaklee? Haa apa lagi, pi la tengok sendiri dan ikuti blognya sekali 😎

Sekian dulu sesi blog review dari cheq. Nantikan ulasan cheq berkenaan blog seorang lagi blogger yang juga telah berjaya meneka di segmen TEKA APA ITU yang diadakan oleh cheq dalam bulan Jun yang lepas 🤓✨


Jumpa lagi di lain entri!
🙋

18 ulasan:

  1. Saya dapat info kesihatan daripada blog Rubiah Kadir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, informatif blognya 👍🏻

      Padam
    2. Tq NA. Pengunjung setia blog Ruby

      Padam
  2. penggemar barangan shaklee bolehlah terjah sama2 beri sokongan kpd blogger kita ni ;-)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum. Ruby pun dah lupa ada join segmen teka haritu.

    Alhamdulillah jadi pemenang.

    Terima kasih pada tuan empunya sudi review blog ruby yang tak seberapa tu. Hehehe.

    Masih banyak yang perlu diperbaiki dan belajar.

    Terima kasih sekali lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'slm 🎈✨
      Hihi sama-sama dan terima kasih kembali 💝

      Padam
  4. Selamat berblogging.

    BalasPadam
  5. salam..

    dulu2 rajin gak join any segments. now tgk org je lah..:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal puan AE, welcome to my humble blog 😄

      Padam
  6. Tahniah untuk pemenang. Nanti nak terjah ke blog Puan Rubiah Kadir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila sila sapot sama bloggers 😄👍🏻

      Padam
  7. Tahniah Pn Rubiah...

    BalasPadam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤