Selasa, 28 Julai 2020

Review Blog Dear Anies | Pemenang Segmen Teka Apa Itu oleh Cik Suerin

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, entri cheq kali ini ialah entri blog review! Bismillahirahmanirrahim... nebes rasanya nak me-review blog orang ni tau, lagi-lagi blog seorang blogger yang otai haa... cheq ni pulak masih berada dalam kategori blogger junior lagi ๐Ÿ˜†๐Ÿคญ

Pertama sekali, tahniah diucapkan sekali lagi buat mem besar kita Dear Anies kerana telah berjaya meneka peralatan apa yang cheq gunakan dalam segmen blogger TEKA APA ITU yang cheq ada anjurkan baru-baru ini  ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ˜Ž

Baiklah, dalam me-review blog orang ni, cheq akan berikan tumpuan pada blognya sahaja seperti nama blog, usia blog, blog layout, kemudahan navigasi laman blog dan topik-topik yang sering ditulis oleh penulis blog di laman blognya yang fabulous itu ๐Ÿค“โœจ

Blog beliau yang diberi nama AniesโคYou dengan url blognya aniesandyou.blogspot.com sudahpun berusia 10 tahun dan mempunyai jumlah pengikut yang mencecah 4 angka pada masa review ini ditulis. Dan juga, blognya dapat monetize dengan AdSense ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ‘๐Ÿปโœจ

Tanggapan pertama cheq selepas melihat nama dan url blognya ialah, cikpuan blog tersebut mestilah seorang yang mesra dan peramah orangnya. Tengok pada ruangan komentari blognya pun memang selalunya meriah dan terserlah keceriaan serta kemesraannya di situ. Wajiblah cheq follow kanzz... ๐Ÿ˜†โคโœจ

Dari segi kemudahan navigasi dan penampilan layout pula, blog AniesโคYou memang sudah cun dan senang untuk disiasat dibaca dengan selesa sekali. Cukup sesuai dengan topik kegemaran serta hobi utama cikpuan blog tersebut iaitu traveling. Bila baca blog kaki travel yang suka berkongsi pengalaman dan penemuannya ni, memang seronoklah cheq menjamu mata melihat gambar-gambar yang ditangkap penulis blog tersebut selain dapat belajar beberapa perkara baru, ilmu dan tips berguna berkaitan traveling jalan-jalan di serata alam ni. Cheq pun suka berjalan-jalan haa... tunggulah bila pandemik corona coroni ni dah reda nanti, bolehlah cheq meneruskan semula perancangan cheq untuk melancong ke destinasi-destinasi pilihan kalbu. La ni kita sambung penuhkan tabung travel dulu hihi... ๐Ÿ˜ฌ

Selain topik travel, perkara-perkara lain yang sering ditulis oleh cikpuan blog AniesโคYou termasuklah ulasan filem-filem yang ditontonnya di pawagam, acara-acara larian marathon yang disertainya, pasukan bolasepak kegemarannya Liverpool dan juga ulasan berkaitan juadah makanan di restoran dan cafe hipster yang dikunjunginya. Gaya penulisannya yang santai dan informatif membuatkan cheq rasa terhibur setiap kali menjenguk ke blognya ๐Ÿ˜„๐ŸŽˆ

Nak tahu lebih lanjut berkenaan blog AniesโคYou yang fabulous tu? Haa apa lagi, pi la tengok sendiri dan ikuti blognya sekali ๐Ÿ˜Ž

Sekian dulu sesi blog review dari cheq. Nantikan ulasan cheq berkenaan blog dua orang lagi bloggers yang juga telah berjaya meneka dalam segmen TEKA APA ITU yang diadakan oleh cheq pada bulan yang lepas ๐Ÿค“โœจ


Jumpa lagi di lain entri!
๐Ÿ™‹

20 ulasan:

  1. uiiiittttt ni review ke... memuji cucuk langit?๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… btw TERIMA KASIH ciksuerin sudi review blog x seberapa tu... sy anggap ini sbg tanda sokongan drpd rakan blogger. terima kasih sekali lg n keep on blogging๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..blog review gaya cheq ๐Ÿ˜†
      Aishh mana ada tak seberapaaa....saja ja kans mem Anies ni kannss ๐Ÿ˜‘
      Hihi sama-sama dan timakasih juga tau ๐Ÿ˜Ž

      Padam
  2. p/s sy anggap review ni hadiah hari jadi yg istimewa drpd rakan blogger (28/7) terima kasih daun keladi ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooh baru cheq tau tarikh hari lahir mem besar kita ni..๐Ÿ˜ฒ
      Hihi..Happy Birthday! Semoga terus sihat, ceria dan dimurahkan rezeki selalu ๐Ÿ˜Ž๐ŸŽˆ๐ŸŽ‰๐ŸŽ‚

      Padam
    2. terima kasih... kira belated dah ni hahaha

      Padam
  3. Memang singgah blog Anies. Memang peramah dan rajin komen.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kans....fofuler blogger ni ๐Ÿ˜†

      Padam
  4. Dear annies ๐Ÿ˜Š sevdiฤŸim bir bloฤŸu var benim yazฤฑlarฤฑma yorum yaptฤฑkรงa mutlu oluyorum...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, her blog is entertaining and informative ๐Ÿ˜„

      Padam
  5. Terbaek.. blogger sporting ni :)

    BalasPadam
  6. Terperinci juga reviewnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..ada gaya macam penyiasat dak? ๐Ÿ˜†

      Padam
  7. Tahniah Anies. Blogger Anies suka travel dan rajin blogwalking.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betoi tu, banyak info berguna pasai travel ๐Ÿ˜„๐Ÿ‘๐Ÿป

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini โค