Ahad, 12 Julai 2020

Ayam Santan Berempah Air Fryer

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, salam hujung minggu dan juga selamat menjalani fasa PKPP dengan tenang dan berhati-hati. Sepertimana yang cheq pernah janji dalam entri segmen TEKA APA ITU sebelum ini, nah... ini dia resipi penuh bagi masakan Ayam Santan Berempah yang penuh misteri tersebut 😋😂

Gambar no.1: Bahan perapan. Gambar no.2: Ayam yang belum diperap. Gambar no.3: Ayam yang sedang diperap. Gambar no.4: Ayam perap sedia untuk dimasak dalam Air Fryer setelah dibalut dengan aluminium foil. Gambar no.5: Ayam perap sedang dimasak dalam Air Fryer. Gambar no.6: Ayam perap siap dimasak. Gambar no.7: Hidangan Ayam Santan Berempah Air Fryer.

Inilah dia caranya cheq membuat Ayam Santan Berempah yang mudah, sempoi dan semestinya sedap, yang mana rahsia kesedapannya terletak pada aluminium foil dan Air Fryer 😆


▶ Bahan-bahan:

✎ Ayam kampung siap disalai (lebih kurang 500g)
✎ Santan segera (sekotak 250ml)
✎ Serai (2 batang: satu dihiris nipis, satu lagi diketuk)
✎ Serbuk jintan manis (1 sudu besar)
✎ Serbuk Maggi secukup rasa (1 sudu kecil)
✎ Bawang merah (3 biji: satu dihiris kasar, dua lagi dicincang)
✎ Bawang putih (4 ulas, dicincang)
✎ Halia (1 inci, dicincang)
✎ Serbuk kunyit campur garam (1 sudu kecil)
✎ Kulit kayu manis (lebih kurang 5cm)
✎ Bunga lawang (1 kuntum)
✎ Bunga cengkih (2 kuntum)


▶ Cara-cara:

1. Bersihkan ketulan-ketulan ayam dengan membuang kulit dan lemak. Basuh setiap ketulan ayam dengan seeloknya.

2. Sediakan bahan perapan di dalam sebuah mangkuk yang besar dengan mencampurkan santan, serai, serbuk jintan manis, serbuk Maggi secukup rasa, bawang merah, bawang putih, halia, serbuk kunyit bergaram, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Kacaukan hingga sebati.

3. Masukkan ketulan-ketulan ayam tadi ke dalam bahan perapan dan gaulkan dengan baik. Tutupkan mangkuk dan biarkan ayam diperap selama 1 jam.

4. Keluarkan aluminium foil dan lipatkan menjadi seperti bentuk sampul surat yang besar. Masukkan ayam dengan bahan perapan sekali ke dalam sampul aluminium foil dan lipatkan semula dengan kemas dan padat. Balut sekali lagi dengan satu lagi lapisan aluminium foil agar tiada kebocoran bahan masakan.

5. Bakar di dalam Air Fryer pada suhu 180°C selama 40 minit.




Sekian, beginilah caranya cheq membuat Ayam Santan Berempah istimewa mengikut selera cheq. Maaflah kalau resipi ni tidak mengikut selera hangpa noo... kot nak lagi paduhangpa boleh kisar terus bawang merah, bawang putih dan halia dulu kemudian barulah dilumurkan pada ayam, seterusnya perap dalam bahan-bahan perapan yang lain tu selama sejam. Kalau nak bagi ada rasa pedas, tambah ja cili api sebutir dua 😄😋

Baiklah, nantikan entri blog review dari cheq selepas ini khas untuk 3 orang peserta segmen TEKA APA ITU yang telah berjaya meneka peralatan memasak yang cheq gunakan untuk membuat masakan ayam yang penuh misteri ini. Tahniah cheq ucapkan kepada mem besar dear anies, Rubiah Kadir dan ct cheery 😎🎉✨


Jumpa lagi di lain entri!
🙋

26 ulasan:

  1. Thanks for your sharing 😊 have a lovely weekend 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you and thanks for dropping by 🎈

      Padam
  2. Ada sudah pemenang. Tahniah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Depa pun ada air fryer juga kot ni 😄

      Padam
  3. Wow...I is berjaya lah hehe. TQ and congret semua 👍🤗🥰

    BalasPadam
  4. Tahniah kepada pemenang. Hebat betul depa teka hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Depa pun biasa guna air fryer kot agaknya 😆

      Padam
  5. oo..guna air fryer rupanya..tq for the recipe..cheq takdok airfryer, bakar dlm magic pan boleh la kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi boleh juga tu KakNO 🤓👍🏻

      Padam
  6. uishh dapat ayam ni cicah cili kicap ke air asam keee pergh !! nasik boleh bertambah2.

    BalasPadam
  7. tengok orang masak guna air fryer ni dok teringin nak beli sbijik.. tapi x beli2 pun. hehehe kot2 la jadi rajin masak jugak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli ja SYM, best tau ada air fryer ni..rasa macam ada tukang masak peribadi 😂

      Padam
  8. Waah kalau daging ayam kampung begini ... pastilah lezat sekali.
    Asiknya lagi disertakan pula resepnya.
    Terimakasih ya ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayam kampung itu emangnya istimewa pak 😄👍🏻
      Sama-sama dan terima kasih atas komentarinya ✨

      Padam
  9. yeayyyyyy hari nnt cheq mai noh nk mkn ayam santan berempah air fryer ayaq tgn cik suerin kita ni😊😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uiih buleh saja 😄🤝🏻

      Padam
  10. Ayam santan berempah rupanya. Hehe. Guna ayam kampung. Syoknyaa 🤤🤤🤤

    Ouh jadinya cara memasaknya salai ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..cara memasaknya ialah bakar di dalam air fryer setelah dibungkus dengan aluminium foil. Kompleks juga jawapan sebenarnya 😬

      Padam
  11. Nampak sedap tu. Mudah kerja memasak guna air fryer ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betoi tu, best tau ada air fryer ni..😆👍🏻
      Alhamdulillah, mudah dan menyihatkan 🤲🏻✨

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤