Ahad, 23 Disember 2018

Antara Penyebab Insomnia dan Kemurungan adalah...

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, ada yang sudah tahu pasai kesan-kesan negatif 'blue-light' atau cahaya biru yang kita dok biasa tenung lama-lama setiap hari siang dan malam kat gajet-gajet elektronik kita yang canggih-manggih belaka tu? 📱💻📱

Boleh juga tonton video ini di YOUTUBE

Jadi apakah itu blue-light (cahaya biru)? Ia adalah gelombang dengan jarak terpendek bagi cahaya yang boleh dilihat, iaitu jarak gelombang cahaya terpendek yang boleh dilihat oleh mata manusia. Sebelum munculnya sumber tenaga elektrik dan sebelum bercambahnya gajet-gajet elektronik yang ada di sekeliling kita seperti sekarang ni, satu-satunya sumber bagi cahaya biru ini adalah si matahari. Jadi, sistem jadual badan dan otak kita ni sebenarnya dipengaruhi oleh cahaya biru yang asalnya wujud secara semulajadi saja yang mana ianya datang dari cahaya matahari. Waktu siang, mata kita terdedah dengan cahaya biru ni. Waktu malam, mata kita tak dapat cahaya biru ni... tapi, itu cerita pada zaman dahulu saja la, zaman sekarang ni waktu malam pun kita dok terdedah jugak dengan cahaya biru ni, iaitu dari lampu-lampu serta gajet-gajet elektronik buatan manusia... 💡💻📱

Apabila cahaya biru ni masuk ke dalam mata kita, otak kita akan diberitahu supaya tidak menghasilkan melatonin... dan apabila cahaya biru ini berhenti memasuki mata kita selama beberapa jam, otak kemudiannya diberi isyarat untuk mula menghasilkan melatonin. Melatonin adalah hormon semulajadi yang dihasilkan oleh kelenjar pineal yang mengawal sistem jadual tidur bangun kita. Hormon ni memberitahu tubuh kita bahawa sekarang ni adalah masa untuk tidur. Ia akan membuatkan kita rasa mamai, dan seterusnya kita rasa mengantuk yang amat ZzZzzz... 😪😴

Selagi cahaya biru ni dok memasuki mata kita secara berterusan, selagi itulah tubuh kita tidak akan menghasilkan hormon melatonin. Akibatnya, kita pun jadilah zombie terkenalah penyakit insomnia yang ramai orang sedang alami di zaman moden ini. Dengan semua tablet, peranti pintar, komputer, even mentol lampu, LED... semuanya menghasilkan cahaya biru yang boleh mengelirukan sistem tubuh kita. Otak kita dok asyik jadi aktif dan tidak tenang saja sebab tak hasilkan melatonin, rasa macam siang 24 jam gitu. Maunya tak stresssss? 😐😷

Maka, apakah jalan penyelesaiannya? Kena pi balik ke zaman denosor dan hidup macam orang zaman purba ka? Dah tak boleh tengok TV, belek smatpon, belek komputer, laptop dan tablet pada waktu malam dah ka? 😱😰

Hiiiii... jangan panik, jangan gelabah beiwak, jangan dok 'buat teruk' tak pasai-pasai pulak yaaa... jawapannya, gunakanlah dan aktifkanlah aplikasi night-mode: blue-light filter di peranti-peranti elektronik hangpa semua pada waktu malam... 😎🌓

Kalau peranti elektronik hangpa tiada tersedia fungsi night-mode yang berperanan sebagai blue-light filter dalam setting asal peranti tu, hangpa boleh la pi muat turun aplikasi yang macam dalam video di bawah ini untuk aktifkan night-mode pada waktu malam bagi memelihara kesihatan mata, badan dan mental hangpa semua naa...

Boleh juga tonton video ini di YOUTUBE

Sekian dulu perkongsian cheq kali ini. Cheq harap perkongsian ini dapat membantu hangpa semua untuk tidur dengan lebih nyenyak pada waktu malam dan seterusnya memelihara kesihatan mata dan sistem badan dengan lebih baik... 💪😎


Jumpa lagi di lain entri!
🙋

16 ulasan:

  1. kena pada2 juga tengok gadget ni.. pengaruh kesihatan jangka pendek dan panjang. kalo malam2 memang CT dim lampunya. jangan terang sangat. kalo siang.. da lama sangat tatap tu brentila. kesian kat mata..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kita kena berpada-pada dengan penggunaan gajet kita ni, tak cukup eye-protection lagi sebenarnya kalau sekadar merendahkan intensiti cahaya skrin (dim lampu) pada waktu malam tau, kena pasangkan blue-light filter sekali. Barulah otak kita akan rasa tenang dan senang nak tidur lepas tu 😄

      Padam
  2. sbb tu jg xdigalak main hp sblm tidur esp dlm keadaan blk gelap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iyaa..tapi kalau nak belek2 hp juga sebelum tidur dlm keadaan bilik gelap tu, sila rendahkan intensiti cahaya skrin ke tahap paling rendah dan aktifkan blue-light filter. Blue-light filter ni akan buatkan kita menguap dan rasa mengantuk tak lama lepas tu, jadi kita akan berhenti main hp dan terus dapat tidur dengan nyenyak. Ni pengalaman sendiri selepas mula guna blue-light filter pada hp dan laptop apabila tibanya waktu malam 😎

      Padam
  3. Tidak dapat dinafikan bahawa gajet ni penting untuk memudahkan urusan seharian kita tapi kalau guna secara berlebihan tu yang mendatangkan kemudaratan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maka sayangilah mata, otak dan badanmu dengan memasang mode blue-light filter pada semua peranti elektronikmu apabila malam sudah menjelma 😄

      Padam
  4. terima kasih for the info, baru tahu...tak suka tengok tv, hp dalam gelap..
    melatonin tu penting utk sihat dan awet muda..huhu..beauty sleep..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Cheq pun baru tahu dan mula guna night-mode ni sejak beberapa bulan yang lepas. Memang betul cheq dapat tidur dengan lebih nyenyak dan badan pun rasa lebih bertenaga bila dah sedar dari tidur tu 😎👍

      Padam
  5. Moga malam ni tidur nyenyak. Hihi

    BalasPadam
  6. DPT TIDUR NYENYAK MLM HARI TNPA GANGGUAN MMG TERBAIK

    BalasPadam
  7. good info.. :) dah ada anak kecil kdg2 mmg x dpt tidur nyenyak tp syukur dgn anugerahNya.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anugerah dan amanah yang besar tu, jaga elok2 naa 😎

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤