Sabtu, 1 Disember 2018

Ayam Rangup Gochujang Pedas KFC la pula!

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, pejam celik pejam celik dahhh masuk bulan 12 noo, dah nak masuk tahun 2019 dah kita ni. Cepatnya masa berlalu kan... anyway ada yang sudah mencuba menu KFC yang terbaru - Spicy Gochujang Crunch? Sensasi menu ayam goreng ala Korea nampaknya telah muncul kembali  di KFC chu' olls, i olls pun terjah laaa hihi... πŸ˜†πŸ—πŸ—πŸ—

KFC Spicy Gochujang Crunch - set combo 3 ketul ayam dengan harga yang tak sampai RM17 pun. Dalam set ni ada 3 ketul ayam, ada sos gochujang madu pedas (yang tak pedas mana pun),  ada coleslaw, ada kentang putar dan juga minuman (cheq pilih mango drink) πŸ‘

Baru-baru ini cheq berkesempatan untuk singgah ke KFC Kangar sekejap semata-mata untuk menapau (bungkuih bawak balik) menu terbaru mereka, iaitu KFC Spicy Gochujang Crunch. Iklan promosinya telah berjaya mengusik perasaan ingin tahu cheq untuk mencubanya. Nak tau betoi ka dak depa ada bubuh gochujang (pati cili Korea) kat dalam sos ayam tu, maka cheq pun pi la berkunjung ke Kepci Kangaq untuk membelinya. Cheq ambik set combo hat ada 3 ketui ayam goreng tu (bukan cheq makan sorang tau ni, ni berkongsi dengan rakan subahat... hihi) 😁




Menarik kan iklannya? Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut:

Harga - Pada cheq, ianya berpatutan dengan kualiti dan kuantiti produk makanannya πŸ‘Œ

Kelazatan - Cheq bagi markah 3 bintang dari 5 bintang. Sebelum ini cheq sudah pernah mencuba ayam goreng ala Korea dari KFC juga iaitu Spicy Korean Crunch, kemudian dari Domino's Pizza Malaysia iaitu Ayam-haseyo dan seterusnya dari Marrybrown iaitu Kepak Ayam Terhangat Korean. Menurut tekak cheq, kelazatan ayam goreng Korea yang versi Marrybrown tu telah mengatasi kelazatan Ayam-haseyo dari Domino's Pizza, Spicy Korean Crunch dari KFC dan juga menu KFC yang terbaru ini iaitu Spicy Gochujang Crunch. Pada cheq, sos menu KFC yang terbaru ini macam tak ada bubuh Gochujang pun, dan cheq agak hairanlah kenapa ianya diberi nama yang ada terselit perkataan Gochujang. Warnanya pun kuning gelap macam mustard saja dan ianya tiada ciri-ciri kepedasan mahupun rasa yang dibawa oleh Gochujang, iaitu pati cili Korea tradisional yang pedas dan berwarna merah gelap. Apa-apa pun, ini pendapat tekak cheq sajalah ya, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana. Tukar topik, sedihnya laa hatiku ini minggu lepas apabila cheq diberitahu yang Marrybrown Kangar sudah tidak lagi menyediakan menu Kepak Ayam Terhangat Korean tu... dah habis promosi katanya 😒

Keberbaloian - Kalau terpaksa beratur panjang untuk membeli ini lagi, cheq sanggup beratur kurang dari 5 minit saja. Kalau perlu beratur lebih dari 5 minit, cheq tak sanggup tunggu dah. Cheq akan pi balik rumah dan buat ayam goreng Korea sendiri ja ikut RESIPI SAYS INI πŸ˜€


OKlah, sekian dulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan KFC Spicy Gochujang Crunch. Apa-apa pun cheq gembira kerana berkesempatan juga untuk mencuba menu ini. Syukur Alhamdulillah 😊


Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

28 ulasan:

  1. Balasan
    1. Boleh la SD try pekena menu ni selagi belum habih promosinya πŸ˜„

      Padam
  2. Wah good sharing. Cheery xcuba lagi pun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh la try ni mana tau kot2 suka 😁

      Padam
  3. yang ni dah try.ok jg lah, mmg x pedas sgt..sos dia sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh laa, pada cheq dah try sekali cukup dah la hihi πŸ˜€

      Padam
  4. haritu g kfc, beli ayam spicy ja. tak beli dengan sos sekali.

    maybe next time.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sos yang ni biasa2 ja pada pendapat cheq πŸ™‚

      Padam
  5. KFC MMG SEDAP N PANDAI UBAHSUAI RASA YG MENYELERAKAN

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya KakPI, haruslah mereka berinovatif dan kreatif untuk kekal relevan dalam industri fastfood πŸ˜„

      Padam
  6. Balasan
    1. Kena lekaih sebelum habis promosi menu ni πŸ˜€

      Padam
    2. Tunggu Cik Suerin belanja

      Padam
    3. Belanja icon ayam ja aci gak kan? Ni cheq belanja 10 ketoi: πŸ—πŸ—πŸ—πŸ—πŸ—πŸ—πŸ—πŸ—πŸ—πŸ—

      πŸ˜‚

      Padam
  7. dah rasa hari tu... cuma beza sos je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kennnn... sos dia ja yang berbeza dari sebelum2 ni πŸ˜€

      Padam
  8. asal sha nye haritu takdapat kotak mcm tu :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laa ya ka Sha? Depa abih stok kotak special tu kot time tu..πŸ€”

      Padam
  9. Balasan
    1. jadi laa banyak tu bintangnya 😬

      Padam
  10. dah try makan ayam ni. sos dia tu oklah

    BalasPadam
    Balasan
    1. pada cheq, sos dia ok ja kalau namanya bukan gochujang πŸ˜„

      Padam
  11. Saya pun ada buat review tentang ayam KFC Gochujang ni. Bagi saya sosnya biasa je, tak terasa sangat pedasnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan...pada cheq, sosnya perlu diberi nama lain selain Gochujang 😬

      Padam
  12. kalo kena bratur panjang memang turn off sket. tapi kalo ada balik ayam kepci yang salted egg tu CT sanggup bratur. yang ni rasa cem so so je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang versi salted egg tu cheq tak sempat nak merasa pun..πŸ˜‚

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤