Ahad, 7 Julai 2019

Susu Campur Kurma Rasanya Apa?

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, hari ini sudah pun masuk seminggu kita berada dalam bulan Julai... begitu cepatnya masa berlalu kan... πŸ€“⌚⏳

Okeh, cheq nak cerita pasai minuman pulak kali ni... ada sesiapa kat sini yang sudah pernah minum produk minuman Susu Segar Kurma FARM FRESH? πŸ₯›πŸ˜ŽπŸ˜‹

FARM FRESH KURMA 700g - RM7.83 (harga dari GIANT Hypermarket)

Ni sebenarnya gambaq yang cheq tangkap sewaktu kita berada dalam bulan Ramadhan lagi, sekarang ni baru cheq nak buat review πŸ˜‚

Produk minuman ni, nak dikata baru atau terkini sangat pun, takdak la terkini sangat... cuma cheq ja yang baru nak merasa susu kurma ni selepas dok dengaq beberapa orang kata minuman ni sedap sangat. Macam biasalah, cheq ni jenis manusia yang cepat curious, maka wajiblah cheq untuk mencubanya juga... πŸ˜—πŸ˜†

Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut: 

Harga - Pada cheq, harganya agak berpatutan dengan kualiti dan kuantiti produk minumannya πŸ˜„

Kelazatan - Cheq bagi markah 3½ bintang dari 5 bintang. Rasa susu kurma ni bersifat menyenangkan tekak, tidak begitu manis dan tidak terlalu kuat rasa kurmanya. Sedap diminum sejuk. Kalau rasa susu ni macam agak pekat, sila tambah ais untuk bagi dia jadi cair sikit 😬

Keberbaloian - Kira alright la tahap keberbaloiannya. Selain sedap, minuman ini mengenyangkan dan sesuai untuk diminum ketika bersahur atau waktu sarapan pagi πŸ˜„πŸ‘ŒπŸ»


OKlah, sekian dulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan Susu Segar Kurma FARM FRESHSyukur Alhamdulillah 😊


Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

36 ulasan:

  1. Blm pernah try..nak cari la jg..kwn pun ckp sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai juga orang dok cakap susu kurma Farm Fresh ni sedap. Selain susu kurma, susu coklat dan susu kopi pun dia ada πŸ˜„

      Padam
  2. Good review 😊 thanks for your sharing 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. You're welcome. Thanks for dropping by πŸ˜„

      Padam
  3. Manfaat daripada khasiat susu dan khasiat kurma menjadikan produk ini mesra kesihatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagipun tak manis sangat, memang bagus la πŸ˜ŽπŸ‘πŸ»

      Padam
  4. Pernah try dah susu kurma tapi bukan jenama ni. Kenalah dengan tekak saya yang memang minat kurma.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Peminat kurma mesti akan pujilah minuman ni kan πŸ˜„πŸ‘πŸ»

      Padam
  5. My family suka sangat susu ni. Saya ni mampu tengok je lah sebab saya memang tak suka susu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooh laa tak join minum sekali rupanya, huhuu..πŸ˜…
      So sumber kalsium Farah biasanya datang dari cheese, yogurt atau supplement pills la ni? πŸ˜ƒ

      Padam
  6. one of my fav! antra susu yg bole diterima tekak selain cokelat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best kan rasa dia, nyaman ja tekak..πŸ˜„

      Padam
  7. Dah juta kali try (amboii, hiperbola sangat ni haha). Tapi memang dah selalu sangat minum. Syaza suka. dia tak manis macam susu kurma lain, satu lagi freshhh :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi dah boleh jadi duta susu kurma dah Syaza ni πŸ˜„πŸ‘πŸ»

      Padam
  8. sejenis yang sgt tak minat susu..tp nampak macam sedap jeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh la cuba sekali, mana tau kalau tekak tak reject susu kurma ni πŸ˜„

      Padam
  9. sedap ni. kami laki bini dan anak-anak semua suka minum. tapi tak boleh minum selalu sangat... Manis. Hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheq selalu tambah ais ja untuk kurangkan rasa manis susu ni πŸ˜„

      Padam
  10. Mrs. A dah pernah rasa office mate jual.
    Okaylah rasanya cuma Mrs. A kurang suka huhuhuhuu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni kes tak suka minum susu la agaknya hihi 😬

      Padam
  11. nice post, like it :)
    do you like to follow each other?

    https://styleoflifet.blogspot.com/

    BalasPadam
  12. sy dah try semua brand yg ada kat pasaran sekarang... termsk lah calpis... tp terlalu manis. bith farm fresh dan goodday mmg sedap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Calpis sedap bila bubuh ais banyak-banyak..hihi πŸ˜‹

      Padam
  13. aida x brape berkenan susu kurma ni, cik suerin.
    tak kena dgn tekak lah.
    tapi anak2 suka. so, berbaloi lah membeli nyer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok la tuh, ada orang lain yang nak memperhabihkan susu kurma ni bolehlah AIDA nak repeat beli ni lagi πŸ˜†

      Padam
  14. Famous ye air susu kurma ni sekarang.

    Beeha BW sini sambil baca entri sis. Jemput join GA saya ^^ https://beehaazman19.blogspot.com/2019/07/first-giveaway-by-anis-beeha.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tahan femes juga laa susu kurma ni πŸ˜„

      TQ singgah sini, InshaAllah cheq join GA Beeha 😎

      Padam
  15. tak pernah jumpa yang kurrma, selalu nampak yang latte je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serius tak pernah jumpa lagi susu kurma ni?? 😯

      Padam
  16. sedap ni haaa..all time faveret..1 family suka minum yang ni :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kan susu kurma ni..πŸ˜„πŸ‘πŸ»

      Padam
  17. lama gambar tu, nasib tak expired. hehehe kami melawak ja.. sedap kan susu kurma ni, kalau posa, tahan lama ooo..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi betoi, tahan lama sebab kurma kan sumber tenaga yang ternyata baguih dan bagi perut rasa selesa πŸ˜„

      Padam
  18. kitee takleh. bagi CT rasa susu dia overpower sangat. kalo Farm Fresh yang stroberi tu kite boleh minum =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheq nak try hat stroberi la pulak nanti ni, tak jumpa lagi setakat ni πŸ˜†

      Padam

Komen hangpa tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤

Popular 30 Hari Lepas