Selasa, 2 April 2024

Kari Terung Hijau Paling Simple dan Cepat cara Cheq

Salam Ramadhan semua! 🙋🏻‍♀️✨

Biasanya lauk apa yang hangpa suka masak untuk buat lauk sahur? Cheq selalunya akan pilih jenis masakan yang mudah, cepat dan agak menyihatkan untuk bersilat di dapur kalau tak cukup lauk Param yang ditapau pada petang semalam (atau tak pi Param pun semalam) untuk dijadikan lauk sahur 🤭


Mai cheq nak perkenalkan resipi kari terung hijau yang paling mudah, cepat, agak menyihatkan dan paling tak banyak bahan, juga tak banyak songeh, tapi SEDAP! 😆👍🏻

Asalnya cheq pakai hentam saja masak kari terung ni ikut bahan-bahan apa yang ada di dapur pada masa tu, sekali menjadi betoi kari simple ni, cepat pulak tu siapnya. Hangpa boleh la kalau nak try resipi cheq ni juga, pastu modify la ikut suka tekak masing-masing naa... 👩🏻‍🍳✨

Bahan-bahan:

✔ Terung hijau - 2 biji, dipotong seperti dalam gambar 
✔ Udang kering - 1 sudu kecil
✔ Bawang putih - 3 ulas, dihiris agak nipis 
✔ Cili segar - sebiji, dibuang biji dan dipotong nipis 
✔ Serbuk kari daging/ikan - 1 sudu besar
✔ Gula perang - ½ sudu kecil
✔ Garam - secubit 
✔ Santan kotak segera - 3 sudu besar
✔ Minyak kelapa sawit - 3 sudu besar
✔ Air - ½ cawan 

Cara-cara:

1. Tumis udang kering, bawang putih dan cili dengan minyak masak dalam kuali di atas api sederhana besar sehingga naik bau, kemudian masukkan terung dan goreng sekali selama lebih kurang seminit.
 
2. Masukkan air dan serbuk kari, kemudian kacau dengan lembut selama lebih kurang 2 minit.

3. Masukkan santan segera, gula dan garam, kemudian kacau dengan lembut selama lebih kurang 3 minit. Siap! Sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas atau nasi tomato mahupun nasi biryani 👩🏻‍🍳✨

Beginilah style cheq memasak kari terung yang paling mudah, cepat dan sedap (pada cheq sedap dah ni). Bahan-bahan dia pun tak banyak, tapi dah cukup mengancam rasanya pada cheq. Mungkin faktor utamanya ialah kesegaran terung hijau dan cili kut, sebab terung dan cili yang cheq guna ni merupakan hasil tanaman sendiri, segar dipetik dari laman rumah 😎✨

Sekian dulu entri cheq pada kali ini, kalau resipi ni tak cukup memuaskan lagi pada standard hangpa, silalah modify sendiri dan tambah la segala rempah ratus jintan cengkih semua tu, daun kari, cili kering dan apa saja bahan-bahan lain lagi yang hangpa suka naa... 👩🏻‍🍳✨


Jumpa lagi di lain entri! 
🙋

6 ulasan:

  1. Balasan
    1. You're welcome and thanks for dropping by, Cam 💖

      Padam
  2. sedapnya kari terung cek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makasih KakPI, boleh la cuba resipi mudah cheq ni nanti 🤓

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤