Ahad, 28 Julai 2019

Kekapis dan Telur Kod bersama Teh Hijau Panas di SUSHI KING

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, selera cheq hendak melantak menikmati makanan Jepang telah muncul lagi menerjah ke minda, maka topik entri cheq kali ini ialah berkenaan menu items yang terkini di Sushi King! πŸ˜†πŸ±πŸ΅

Perhatian cheq tertumpu kepada Mentaiko Hotate Yaki, iaitu kekapis bakar bersama telur ikan kod masin (RM14.96) dan Japanese Iwashi Kabayaki Don iaitu ikan sardin Jepun taruh atas telur ayam dan nasi (RM16.12). Yang Kabayaki Don ni cheq pilih untuk bungkus bawa balik, nanti cheq review hat tu DI LAIN ENTRI. Entri kali ni nak fokus pada kekapis + telur ikan kod masin πŸ˜†

Hujung minggu lepas cheq terasa macam naaak sangat pekena sushi, jadinya cheq pun singgah la Sushi King yang ada di Kangaq ni seorang diri setelah selesai membeli barang dapur sikit di Giant Hypermarket. Cheq memang dah aim nak cuba menu item yang terbaru di Sushi King ni, iaitu kekapis bakar (hotate yaki) bersama telur ikan kod masin (mentaiko). Tapi sebelum itu, cheq diberitahu yang cheq perlu menunggu dulu selama lebih kurang 10 - 15 minit. No problem, kita chill lepak-lepak dulu melayan smartphone sambil pekena teh hijau Jepun panas.....

Teh hijau panas Sushi King (RM1), tanpa gula. Sedap dan nyaman rasanya 🍡
Lebih kurang 15 minit kemudian, kekapis yang ditunggu-tunggu tadi pun tiba dan terus dihidang di depan mata. Yay! Apa lagi, mari kita mulakan sesi membedah siasat! πŸ˜†πŸ˜‹

Baiklah, pada pendapat tekak cheq, makanan dan minuman di sini boleh dikira cukup sedaplah, licin jugalah cheq melahapnya... maka penilaian cheq adalah seperti berikut:

Harga - Pada cheq, ianya sudah berpatutan dengan kualiti dan saiz produk makanannya. Ada 6 ekor kekapis yang dihidang dalam sepasang cangkerang sebenar dari seekor kekapis, ditambah dengan telur ikan kod masin (cured cod roe - mentaiko), bawang dan daun bawang πŸ‘Œ

Kelazatan - Cheq bagi markah 3½ bintang dari 5 bintang. Markah ni boleh naik lagi sekiranya tahap kemasinan pada telur ikan kod masin (mentaiko) ini dapat dikurangkan, supaya rasa kekapis yang segar dan marvelous tu tidak ditenggelamkan dek kemasinan telur ikan kod yang agak menyerlah itu. Mungkin dengan cara mengurangkan kuantiti mentaiko dalam hidangan ini maka tahap kemasinan akan dapat dikurangkan tanpa mengubah karekter asal mentaiko tersebut. Bagi menggantikan bahagian mentaiko yang telah dikurangkan itu pula, mungkin pihak Sushi King boleh menambah item lain pada hidangan ini, seperti hirisan jeruk lobak putih atau jeruk halia Jepun. Ini pendapat tekak cheq sajalah naa, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana πŸ˜„

Walaubagaimanapun, kuah telur ikan kod yang agak masin ini sedap dicicah dengan sushi. Sambar saja mana-mana sushi yang sesuai dari sushi conveyor belt tu, kendian selamatlah mencicah... cheq paling suka salmon mayo sushi! πŸ˜‹
Nak bagi rasa dia jadi lebih mengancam? Tambah saja sos manis Nitsume dan sedikit wasabi, kendian gaul dengan telur kod tu sampai sebati bagi mengurangkan rasa masin yang terdapat pada kuah telur kod tu. Sambung lagi mencicah dengan sushi yang ada telur dadar pulak... nyam nyam! πŸ˜‚

Keberbaloian - Cukup berbaloi dengan kualiti makanan dan servis pelanggan di sini. Jangan lupa download aplikasi Sushi King, canggih baq haaang... muat turun aplikasinya dari Play Store dan install kat smartphone, lepas tu register dan bolehlah hangpa redeem Smile Points bila mai makan kat sini nanti. Bertambah lagilah keberbaloian untuk 'menangkap sushi' lagi di sini lepas nih! πŸ˜πŸ˜†


Baiklah, sekian dulu ulasan pendapat cheq berkenaan Mentaiko Hotate Yaki (Telur Ikan Kod Masin + Kekapis Bakar) di Sushi King, cawangan Kangar, Perlis. Syukur Alhamdulillah 😊



Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

18 ulasan:

  1. CS ni memang peminat sushi kanπŸ˜‚. Saya tak pernah lagi makan di Sushi King sebab kurang gemar sangat makan sushi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi....try laa JR, kat Sushi King tu ada banyak lagi makanan lain selain sushi tau, aiskrim dan kek pun ada πŸ˜‹πŸ‘πŸ»

      Padam
  2. pernah sekali je masuk susgi king..itupun pilih pilih sebab tekak tak berapa nak terima...tapi kekapis tu...kalau masak sambal...sedap tuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kekapis ni kalau dapat buat masak sambal ni mesti power rasa dia kan, nyam nyam! πŸ˜‹

      Padam
  3. teringin nk rs tp member mesti xnk sbb dia bkn tekak mknn mcm niπŸ˜†

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi takyah ajak member..masuk ja Sushi King ni sorang-sorang, get some quality me-time gitu πŸ˜†πŸ˜¬

      Padam
  4. boleh jadi geng niiii sbb kite pun fan fanatik sushii.. hihi follow sini #55

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh sangat! Hihi tq tq πŸ˜†πŸŽˆ

      Padam
  5. tak pernah lagi rasa sushi king ni. tapi nampak macam best je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best! Best kalau selera tekak memang suka makanan Jepun πŸ˜„

      Padam
  6. dah lama x ke sushi king..nak try jg kekapis nih..

    BalasPadam
  7. I tried this one recently. For me, macam tak cukup rasa pula. Rasa tawar sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seriuslah? Ermmm lain cawangan lain preparation method agaknya..πŸ˜…

      Padam
  8. menarik sajian ni CS.. buat terliur pulak.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu tandanya nak kena pi try ni πŸ˜†

      Padam
  9. oookaaay yang ni nampak menggodaaaa dan nyummy !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena cepat sambar ni sebelum promosi dia habis πŸ˜†

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤