Ahad, 25 November 2018

Resepi Makaroni Berkeju Cara Cheq

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, ada yang tidak suka makan makaroni ka? Cheq bukanlah di kalangan orang yang tidak suka makan makaroni. Segala jenis pasta cheq balun saja... makaroni, spaghetti, lasagna, semua pun cheq boleh makan dengan hati yang gumbira dan berbahagia sekali, janji HALAL saja cheq pun ON! πŸ˜‹πŸ˜‚

Gambar no.1: Rebus makaroni bersama bawang putih dan sosej mini. Gambar no.2: Makaroni yang direbus sudah sedia untuk diangkat dari api dan ditos. Gambar no.3: Makaroni siap dihidang setelah digaulkan dengan keju Cheddar parut, daun parsley kering dan garam bawang putih (garlic salt). Hirisan tomato mentah menjadi penyeri hidangan.

Inilah cara cheq memasak Makaroni & Keju (Mac & Cheese). Mudah sangat-sangat cara cheq ni, sedap dan cepat siap. REBUS ▻ TOS (singkirkan air rebusan) ▻ GAUL. Makan!! πŸ˜‹

▶ Bahan-bahan:

✎ Makaroni segera (setengah cawan)
✎ Sosej mini Ayamas (4 batang)
✎ Bawang putih (4 ulas, dikupas)
✎ Keju cheddar parut (Sepertiga cawan)
✎ Daun parsley kering (secukup rasa)
✎ Garam bawang putih/Garlic salt (secukup rasa)
✎ Tomato mentah (hiris dan hidang sekali)
✎ Air (untuk merebus)
✎ Garam (secubit)
✎ Minyak masak (satu sudu kecil)

▶ Cara-cara:

1. Panaskan air dalam periuk bersaiz sederhana kecil sehingga mendidih. Masukkan sedikit minyak masak dan garam secubit. Masukkan makaroni, bawang putih dan sosej mini, rebus selama lebih kurang 5 minit.
2. Tutup api, toskan air keluar dan kemudian gaulkan hasil rebusan tadi bersama keju parut, daun parsley kering dan garam bawang putih.
3. Hiris sebiji tomato mentah dan makan bersama makaroni berkeju yang sedap, mudah dan pantas disediakan ini! πŸ˜‹


Sekian, beginilah cara cheq membuat Mac & Cheese yang mudah, cepat dan semestinya mengikut selera cheq. Maaflah kalau resepi ni tidak mengikut selera hampa noo... πŸ˜‚πŸ€£

Jumpa lagi di lain entri! 
πŸ™‹

28 ulasan:

  1. hntr laa ke sini sikit😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau jiran kat sebelah rumah ja boleh laa nak hantar sikit, kita main tukar2 tapuware gitu..hihi πŸ˜€

      Padam
  2. WAH SEDAPNYA MAKARONI SU

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh la cheq buat alas perut ni, option lain selain meggi..hihi 😁

      Padam
  3. Etuza suka makan tu..time Ramadhan biasanya kat sini selalu sediakan..makan berbuka puasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makaroni memang popular kan, mudah nak sediakan dan juga sedap πŸ˜„

      Padam
  4. cepat dimasak, sedap dimakan..nak kasi pedas bubuh cili potong, tapi hilang lak keaslian cheese nya..mcm ni dah ok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..kalau bubuh cili kita tambah lagi kejunya, rasanya orait juga tu πŸ˜‰πŸ‘Œ

      Padam
  5. Puas hati bila masak sendiri, boleh lebur segala macam bahan-bahan sampingan ikut citarasa sendiri kannn.. LZ suka macaroni pedas sos spaghetti.. Mables!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betui tu..memang puas hati dan semestinya mengikut citarasa sendiri πŸ˜„πŸ‘Œ

      Padam
  6. Hoo boleh la kami try resepi ni nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try la Zumal, buh bawang putih tau..baik utk kesihatan tu πŸ‘

      Padam
    2. dengan mak cik bawang pun zumal buh

      Padam
  7. Tak suka makan
    Nampak macam getah tiub aje

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selera WP lebih kepada selera tempatan agaknya πŸ˜…

      Padam
  8. Wah... simple je... Boleh la try nanti...

    BalasPadam
  9. Favourite cheery nih hehe. Btw done follow no#31. Salam perkenalan 😊

    BalasPadam
  10. Balasan
    1. Option makanan segera yang lain selain meggi 😁

      Padam
  11. Simple je nk msak ni eh rajin or x je

    BalasPadam
    Balasan
    1. betui tu JM, resepi simple saja pun dah sedap πŸ˜‰

      Padam
  12. hihi kalo buat lagi next time bgtau na.. nak ketuk pintu rumah =D

    BalasPadam

Komen hangpa tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤

Popular 30 Hari Lepas