Salam semua! ππ»♀️✨
Tengah dalam mood nak pekena burger ayam kelmarin dulu jadi cheq pun pilihlah Marrybrown sebab burger ayam goreng kat situ memang tidak pernah menghampakan. So... after belek-belek menu Marrybrown Arau kat foodpanda, nampaknya musim demam K-food datang lagi. Mashiketta! ππππ
![]() |
| Mb's Ayam Gangjeong Burger (RM16.90) - harga dari aplikasi foodpanda πΌπ± |
Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut:
Harga -
Pada cheq, harga tu boleh dikatakan berpadanan dengan kelazatan dan saiz burger yang besar gedabak, serta servis penghantaran foodpanda yang tiptop π
Kelazatan - Cheq bagi markah 4 bintang dari 5 bintang. Burger Korea sos pedas dari Mb kali ni level pedas dia bukan boleh dibuat main naa, sedap burger ni tapi sos gangjeong tu pedas gila la boleh dikatakan. Masa mula-mula makan tu tak feel lagi pedas dia, rasa macam manis sikit pun ada, tapi selepas setengah minit macam tu baru terasa mai pedas menyengat dia π
Pedaih sampai berayaq mata dan hidung cheq tau, pastu perut pun rasa panas sikit. Burger ni bukan untuk orang yang tak tahan pedas naa, and definitely not for kids. Roti bun dia warna hot pink tu actually amaran kepedasan yang tinggi, bukannya aloloo pink kaler so cute, like strawberry ohh bebudak mesti sukaaa... NOPE! π Cheq kalau pekena sambal hijau bilis petai pun tak berair mata dan hidung teruk macam ni tau π
Tapi kan, pedas menyengat teruk macam ni pun, pada cheq burger ni boleh tahan sedap lagi. Habih jugak cheq balun. Fried chicken fillet dia besar dan crispy di luar, lembut di dalam. Sayur lettuce cukup, roti bun lembut dan saiz burger pun besar gedabak haa, padan dengan harga dia ππ»
Ini pendapat tekak cheq sajalah naa, pendapat
tekak orang lain pula tak pastilah macam mana π
Keberbaloian - Berbaloi dengan harganya sebab rasa dia boleh tahan sedap (walaupun pedas mengaum), besar gedabak, rasa segar dan cukup mengenyangkan ππ»
Sekian dulu ulasan pendapat cheq berkenaan burger terbaru Marrybrown dengan tema Korea: Ayam Gangjeong. Alhamdulillah π
Support Marrybrown, support our local brand πππ»
Jumpa lagi di lain entri!
π


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤