Selasa, 16 Jun 2026

Pekena Sandwich Goreng Lagi Sebab Sudah Berkenan!

Salam semua! πŸ™‹πŸ»‍♀️✨

Sebelum ni cheq dah pernah try pekena sandwich goreng cheesy chicken slices dari BTWC Kangaq. Kali ni cheq try order depa punya sandwich goreng tuna pula πŸ˜‹

Fried Tuna Sandwich (RM14.90) dari Big Tree Western Court, Kangar Perlis. Harga dari aplikasi foodpanda πŸΌπŸ“±


Harga - Pada cheq, harganya boleh dikatakan tidak begitu melampau dengan kualiti dan saiz sandwich gorengnya yang boleh tahan besar gedabak (tiga keping roti), serta kualiti servis penghantaran foodpanda yang cukup bagus πŸ‘πŸ»✨
 
Kelazatan -  Sandwich goreng tuna ni sedap baqhang, cheq bagi 4½ per 5 bintang πŸ‘
Inti dia tuna spread yang moist, mewah dengan timun, tomato, bawang besar dan keju. Tiga keping roti membentuk satu sandwich yang agak tebal, kemudian digoreng dan seterusnya dipotong serong. Luarannya agak crispy, dan isinya moist lagi mengasyikkan. Sedap dan sangat mengenyangkan pada cheq, membuatkan cheq rasa berbaloi dengan harganya. Tak rasa greasy atau oily pun. Cheq dapat rasakan yang cheq akan repeat lagi order sandwich goreng tuna ni selagi ada dalam menu depa ni πŸ˜†

Keberbaloian - Berbaloi memesan sandwich goreng yang special ni dari warung BIG TREE Western Kangar tu (sebab sedap πŸ˜†), dan juga berbaloi guna aplikasi foodpanda. Rider selalu tiba pada waktu yang dijangkakan, kadang-kadang tu lebih awai sampainya πŸ˜ŽπŸ‘ŒπŸ»


Baiklah, sekian dulu ulasan pendapat tekak cheq berkenaan sandwich goreng tuna dari warung BIG TREE Western Court yang ada di Kangar, Perlis. Alhamdulillah 😊


Jom kita pakat-pakat support local businesses dengan lebih kencang! πŸ’ͺ🏻😎✨


Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

8 ulasan:

  1. Thanks for your sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks for dropping by, Cam πŸ’–

      Padam
  2. Isi sandwich nampak memang nampak moist dan mewah. Yummy!
    Salam Awal Muharram 1448H.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang yummy! πŸ˜†
      Happy Muharram ✨✨

      Padam
  3. Bila hati dah terpaut... semuanya nak di kaut! hehehhee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak gak uncle, cheq masih rasional lagiii.. πŸ₯Ή

      Padam
  4. Uish, nampak padat betul inti tuna dia, siap moist lagi! πŸ˜‹ Memang berbaloi sangat kalau saiz gedabak macam ni dengan harga RM14.90. Terus rasa lapar pulak tengok sandwich goreng crispy ni. Thanks sharing Cik Suerin! Kena keluar jap dari opis sebab perut lapar..hahahaha

    BalasPadam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤