Isnin, 15 Oktober 2018

Semerah Delima

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, bilakah kali terakhir hampa makan buah delima? πŸ˜„


Beberapa hari yang lepas, cheq ada dapat sebiji buah delima berisi merah daripada seorang rakan. Rakan cheq ni tiba-tiba bermurah hati pula nak hadiahkan cheq sebiji buah delima yang datangnya dari negara Timur Tengah ni. Member cheq hat tu "terbeli" banyak katanya, beli secara online... hihi. Lama dah cheq tak merasa makan buah delima berisi merah cantik macam ni, Alhamdulillah... rezeki cheq 😊

Cheq cuma yakin untuk mengupas buah delima ni setelah selesai menonton dan memahami video di bawah ni, agar cheq tidak tersalah teknik dalam mengupas buah delima yang datang dari jauh ni... buah berharga niii... πŸ˜‚

Boleh juga menonton video ini di YOUTUBE

Selain isinya cantik diamati dan dipandang bak butiran-butiran batu ruby, buah delima ini juga mempunyai banyak khasiat (pelbagai vitamin dan nutrien) penting serta kebaikannya. Antaranya termasuklah:

⛋ Mempunyai kandungan antioksida yang tinggi yang boleh mengurangkan risiko terkenanya penyakit barah
⛋ Mengurangkan masalah jantung dengan mengawal tekanan darah dan membersihkan arteri yang tersumbat
⛋ Meningkatkan bilangan sel darah merah dalam darah
⛋ Memulihkan tenaga dan menghilangkan pening serta loya 
⛋ Melegakan sengal dan sakit pada sendi dan otot
⛋ Membantu dan menjaga sistem pencernaan dengan baik

...dan lain-lain lagi kebaikannya πŸ’ͺπŸ˜„

Boleh juga menonton video ini di YOUTUBE

Sekian dulu perkongsian cheq berkenaan buah delima yang cantik menawan lagi menyihatkan ini. Cheq suka betul dengan rasa buah delima merah ni, special sangat rasanya. Seronoknya lahaiii kalau dapat makan buah delima merah ni setiap hari. Nak cuba tanam pokok delima merahlah, mana tahu menjadi... 😁

Sekian, jumpa lagi di lain entri πŸ™‹

33 ulasan:

  1. Yup... Banyak kebaikan buah delima ni. Nice info. Fiza pun suka jugak makan buah ni... Sedap. Hehe...

    BalasPadam
  2. Hai,jom join segmen saya!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/10/segmen-saya-nak-buku-free-by-cuya.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Cuya..OK nanti Insya-Allah cheq join, TQ atas jemputan :)

      Padam
  3. Buah delima bagus untuk kesihatan.. Elok diamalkan tapi susah cari buah delima fresh dan cantik isinya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu LZ, dari jauh datangnya buah delima merah ni. Harganya pun agak hmmm..hihi

      Padam
  4. kalau x silap 3-4 bln lps ada ramai jual delima dr mesir laa lebanon laa... tapi x bli sbb takut masam... harga pun boleh tahan juga... mmg cantik warna delima ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa dia manis2 masam sikit, tapi lebih kepada manislah :)

      Padam
  5. suka jus delima yg fresh...kalau makan buah delima, mesti telan sekali dengan biji2 sekali..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biji2 delima ni orait lagi nak pepak dan telan, rasa dia tak pahit..hihi :)

      Padam
  6. Banyak khasiat delima ni.. Dan rasa dia sangat sedap.. Suka buat jus delima fresh 😍😍😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannn? Sedap dan sangat bermanfaat buat kita semua ^^

      Padam
  7. Suka buah delima, banyak sangat khasiatnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah la ada banyak khasiat, sedap pulak tuu :)

      Padam
  8. susah nak cari buah ni kat sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. beli online ja zaman sekarang ni..hihii

      Padam
  9. SEDAPNYA DELIMA MERAH..DULU ADA TANAM POKOK DELIMA NI..AKARNYA BOLEH DIJADIKAN HERBA MNGURUSKN BADAN

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu cheq ada pokok delima juga di rumah, tapi jenis yang isinya pink muda dan agak masam. Pokok delima tu dah tak ada sekarang, nanti nak beli anak pokok delima yang baru..hihi

      Padam
  10. selama makan buah delima main potong jer. Sedap jugak delima ni kalau kena yg manis. Orang dulu cakap kalau makan Delima masa mengandung nanti anak keluar ada lesung pipit. HIhi tak tau la betul ke tak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang dulu2 memang ada macam2 kepercayaan, kalau buat buku pun menarik tu..hihi

      Padam
  11. buah delima ni mahal skrg. jrg2 sekali buleh beli...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah..sebiji saja harga sudah berbelas hinggit πŸ˜…

      Padam
  12. Tinggi khasiatnya tu awet muda kolegen terbaik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hal collagen tu cheq tak pasti pula, tapi buah ni memang ada banyak khasiatnya πŸ˜„

      Padam
  13. lama sudah tak makan delima.
    sedap. berkhasiat...
    agak mahal kan sebiji kalu jumpa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu....pernah jumpa di supermarket, berbelas hinggit harga sebiji delima merah ni haa πŸ€“

      Padam
  14. Merah betul isinya.. Sha pun dah lama tak makan.. Selalu kalau balik rumah abah, dapatlah makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh abah SD suka beli delima merah ya? Atau kat rumah abah ada tanam pokok delima merah? πŸ˜ƒ

      Padam
    2. Abah suka beli.. Memang dia akan beli untuk makan sendiri ataupun bila dengar kami anak-anak nak balik..

      Padam
    3. Bestnya SD hihi..motivasi untuk selalu balik kampung ni 😁

      Padam

Kata-kata itu mencerminkan peribadi kita, maka berkatalah akan hal-hal yang baik 😊

Popular 30 Hari Lepas