Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, ada yang sudah pernah cuba menggunting rambut sendiri dak? π
Sumber gif: GIPHY |
Bulan lepas, cheq ada cuba menggunting rambut sendiri, dan cheq sangat
berpuas hati dengan hasilnya. Cheq mengambil keputusan untuk menggunting
rambut sendiri kali ini sebab sudah beberapa kali cheq pernah kecewa
dengan hasil guntingan rambut dari beberapa kedai gunting rambut yang pernah
dikunjungi setakat ini π
π Langkah-langkah atau kaedah yang cheq gunakan untuk
menggunting rambut sendiri (sehingga menjadi pendek dan kemas sampai
tidak boleh diikat) adalah seperti berikut:
1. Sediakan sebilah gunting yang sesuai untuk menggunting rambut, sebuah sikat rambut yang leper, sebuah cermin bersaiz kecil yang boleh dipegang dengan mudah, sebuah cermin besar yang boleh disangkut atau disandarkan pada dinding dan kertas surat khabar untuk mengalas lantai agar senang untuk mengumpul rambut yang telah dipotong nanti. Untuk memudahkan operasi, boleh gunting rambut sendiri di hadapan singki dalam tandas agar senang untuk basahkan sikat di singki, dan boleh guna cermin besar yang sedia ada pada dinding tandas (bagi rumah yang tandas atau bilik mandinya ada singki dan cermin besar ditampalkan pada dinding di bahagian atas singki) π
2. Sikat rambut
dengan penyikat rambut yang telah dibasahkan, kemudian bahagikan rambut
kepada dua bahagian yang sama rata dan ikat tocang dua (twin tails) ππ
3. Gunakan dua cermin. Satu cermin besar di hadapan, dan satu lagi cermin kecil
yang boleh dipegang untuk periksa keadaan rambut di bahagian belakang
kepala. Lihat pada cermin hadapan untuk melihat pantulan imej dari
cermin kecil yang dipegang π
4. Dengan menggunakan gunting yang
sesuai untuk memotong rambut, potonglah rambut yang telah diikat menjadi
tocang dua tadi. Seterusnya, sikatlah rambut sampai kemas π
5. Periksa keadaan rambut di bahagian belakang kepala dengan menggunakan
cermin kecil tadi. Kemudian, dengan berhati-hati, potonglah rambut yang
kelihatan tidak sama paras (sambil tangan kanan menggunting rambut, dan tangan kiri memegang cermin kecil sambil memeriksa pantulan imej di cermin besar yang berada di hadapan) π
6. Sikat rambut semula dan periksa keadaan rambut lagi sekali π
Hasilnya, sangat memuaskan hati cheq. Boleh dilakukan pada hari cuti dan ianya tidak memakan banyak masa pun. Kalau ke kedai gunting rambut, boleh habis masa berjam-jam menunggu giliran untuk gunting rambut, duit pun agak banyak keluar sebab terpaksa menerima 'rawatan ekstra' yang 'dipaksanya' kita untuk menerimanya, demi mendapat hasil guntingan yang cantik (...cantik pada si tukang gunting rambut tu sajalah.. π).
Hasilnya, sangat memuaskan hati cheq. Boleh dilakukan pada hari cuti dan ianya tidak memakan banyak masa pun. Kalau ke kedai gunting rambut, boleh habis masa berjam-jam menunggu giliran untuk gunting rambut, duit pun agak banyak keluar sebab terpaksa menerima 'rawatan ekstra' yang 'dipaksanya' kita untuk menerimanya, demi mendapat hasil guntingan yang cantik (...cantik pada si tukang gunting rambut tu sajalah.. π).
Antara beberapa pengalaman buruk yang cheq pernah dapat termasuklah telinga cheq nyaris-nyaris menjadi mangsa gunting si tukang gunting rambut yang agak cemerkap, kemudian terpaksa 'bertekak' dengan tukang gunting rambut tu sebab cheq tidak mahu menerima rawatan 'vitamin rambut' dan syampu kepala (cheq sudahpun syampu rambut cheq ya sebelum pergi ke kedai gunting rambut tu, sudah wangi pun tau... agak-agaklah sikit dalam nak mencari pendapatan lebih pun kan), dan lagi satu masalah beberapa kedai gunting rambut ni ialah namanya saja kedai gunting rambut wanita tapi tiba-tiba adaaa saja orang lelaki yang masuk juga ke dalam kedai tu dengan alasan mahu 'teman' pasangannya gunting rambut. Si tukang gunting rambut akan merasa serba salah dan akhirnya tidak akan menghalau jantan lelaki itu keluar sebab takut nanti kedainya dilabel tidak mesra pelanggan pula. Aurat cheq pun 'ke laut' la jadinya. Apa pun tidak boleh π
Huhuu... sekian perkongsian cheq kali ini. Cheq tidak 'membawang' fasal tukang gunting rambut tau, cheq cuma berkongsi pengalaman yang tidak manis saja di sini π¬
Huhuu... sekian perkongsian cheq kali ini. Cheq tidak 'membawang' fasal tukang gunting rambut tau, cheq cuma berkongsi pengalaman yang tidak manis saja di sini π¬
Jumpa lagi di lain entri! π
boleh bukak saloon muslimah ni sis. hihi.. Cheq pun x suka kalau laki masuk meluru kat dalam saloon, truih ke laut aurat kita.
BalasPadamHihihi....gunting rambut orang tu cheq tak beranilah, gunting rambut sendiri ja OK laaa :)
PadamAS selalu gunting sendiri rambut. Ikat rambut ketat-ketat, pastu gunting. bila lepaskan ikatan, automatik jadi layer ahaks. tapi tak la kemas mana. kena kemaskan depan cermin pula. Follow sini ya. #15
BalasPadamBoleh geng la kita AS, hihihi...
PadamTQ follow kembali :)
perkongsian menarik...tak pernah lagi gunting rambut sendiri..
BalasPadamTQ..bolehlah cuba kaedah ni nanti kalau ada rasa macam teringin nak gunting rambut sendiri satu hari nanti...hihii
PadamSaya pakai belasah je gunting rmbut sendiri..tpi mak lak tk suka,dia suka rmbut kite styling and kene cntik
BalasPadam..hahaha...tpi rmbut mak ..saya potong...jimat sikit duit...kalau tk kt kedai sekali potong dh berbelas ringgit..haiyaaa
Hihii..kalau tersalah masuk kedai nnt lagi teruk, boleh kena pow sampai nak dekat seratus hinggit tau..nangis pun tak berlagu dah kalau terkena macam tu...
PadamBoleh kah gunting rambut sendiri dek..jika lelaki tak boleh lah sebab pendek di belakang..
BalasPadamTahniah ada kemahiran
Hihii TQ. Orang lelaki pun boleh saja cuba gunting rambut sendiri asalkan ada keberanian yang tinggi :)
Padamfollow sini ya :D
BalasPadamTQ Cuya follow kembali! :)
Padamdah 2 bulan rasanya gunting rambut sendiri ni.. masalahnya kat belakang x dpt gunting. hehe
BalasPadamHihihi..kalau guna 2 cermin boleh punya, tangan kanan pegang gunting, tangan kiri pegang cermin menghala belakang kepala. Mata pandang depan ja tengok cermin depan. Boleh nampak keadaan rambut di belakang kepala :)
Padamejulz follow sini. harap sudi follow http://ejulz.blogspot.com :)
BalasPadamTQ ya sebab sudi follow sini kembali, cheq sudah follow blog ejulz sebelum ni :)
PadamKalau kat sini tukang guntingnya okay.. kalau gunting sendiri, risau jadi lain..kikiki..
BalasPadamHuntunglah SD boleh jumpa tukang gunting yang okay, sini agak susah nak cari yang betul2 memuaskan hati huhu...
PadamTu lah.. setuju sangat.. Sha pun cuba dua tiga kedai juga baru dapat yang kena dengan jiwa.. Kikiki..
PadamPANDAI SUE GUNTING RAMBUT SENDIRI JIMAT BELANJA
BalasPadamTimakasih KakPI, betul tu jimat belanja cheq..hihihi π
Padamha ha ha ha teringat kisah lama.
BalasPadamaida dan adik dulu kala.
pernah gunting rambung sendiri.
both of them kaw kaw kena marah dgn mak.
masa tu kalau tak silap aida darjah 4, adik darjah 2. gitu la, suerin.
Hihihihi lawak la Aida ni...mesti nakai ni masa kecik2 dulu, nakai dan banyak akai π
PadamZumal tak pernah lagi try :)
BalasPadamKena ada tahap keberanian yang tinggi untuk cuba ni, lebih2 lagi kalau orang lelaki..sebab tak boleh sembunyi rambut dengan tudung π
PadamSbbtu kene memilih bab gunting rambut ni
BalasPadam