Ahad, 28 Oktober 2018

Resepi Ayam Goreng Pedas Korea

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, ada yang sudah cuba membuat ayam goreng pedas Korea sendiri? Kalau sudah pernah cuba membikinnya, apakah hasilnya? Menjadikah? Kurang menjadikah?? Kelaut teruskah??? 😆😂🍗🍗🍗


Baiklah... mari kita bersembang fasal ayam goreng Korea lagi. Kali ini, cheq nak kongsikan hasil cubaan cheq dalam membuat ayam goreng pedas Korea sendiri. Demam ayam goreng pedas Korea cheq ni nampaknya belum reda lagi setelah terkena penangan ayam goreng Korea versi Marrybrown beberapa minggu yang lepas. Parah ni, parah... 😂

Selongkar peti ais, ada saja sebekas Gochujang (Korean chili paste) yang dibeli dari Giant Hypermarket beberapa bulan yang lepas. Tidak disentuh cheq sangat Gochujang ni dan sepertinya menunggu tibanya tarikh luput saja. Andwae! Tak boleh jadi ni, kena guna juga ni... kena guna! Sayang sangat kalau dibiarkan sepi di dalam peti ais tu menunggu tarikh luputnya tiba begitu sahaja. Serba salah cheq memikirkannya 😅

Jadinya, cheq pun geledahlah youtube demi mencari resepi ayam goreng pedas Korea yang paling mirip dan hampir dengan resepi aslinya. Dalam banyak-banyak resepi yang ada tu, cheq pilih hat ni, resepi dari SEISMIK MAKAN... 👇

Boleh juga menonton video resepi ini di YOUTUBE

Ok ok..... sebelum itu, cheq perlu mengakui akan satu perkara terlebih dahulu di sini. Untuk bahagian penyediaan ayam goreng tu, cheq tidak ikut resepi ini pun, sebab cheq sudah pun ada beli sepeket ayam goreng frozen, cap Giant. Ya..... dari awal lagi cheq memang sudah bercadang untuk menggoreng ketulan-ketulan ayam goreng sejuk beku saja dan kemudian menyalutinya dengan sos ayam pedas Korea yang special sangat tu. Cheq cuma mahukan resepi sos ayam pedas Korea saja sebenarnya, tiada motif untuk ikut resepi ni 100% pun... hihihi 😜

Bahan-bahan dalam sos ayam pedas Korea adalah seperti berikut:

》Madu (1 sudu besar)
》Gochujang (4 sudu besar)
》Sos tomato (2 sudu besar) 
》Bawang putih (3 ulas) 
》Kicap masin (½ sudu besar)
》Cuka (1 sudu besar) *Cheq ganti dengan apple cider vinegar
》Minyak bijan (1 sudu besar)

Di atas api yang sederhana besar, panaskan satu sudu besar minyak masak (cheq guna minyak kelapa sawit) dan tumis bawang putih yang telah dipotong dadu kecil. Kemudian, masukkan Gochujang, sos tomato, kicap masin, madu, minyak bijan dan cuka (atau apple cider vinegar). Gaulkan dengan sekata. Apabila sos sudah kelihatan likat dan masak, tutup api dan masukkan ketulan-ketulan ayam yang telah digoreng tadi, dan gaul. Taburkan bijan putih dan daun bawang. Siap! Senang saja kan? 😋

Berikut adalah cara cheq membuat ayam goreng pedas Korea dengan pantas, sedap dan efficient serta tidak mengikut resepi asal. Yang penting, rasanya mestilah SEDAP! 😋

Langkah Pertama! Goreng ayam frozen cap Giant dalam minyak kelapa sawit sehingga garing dan rangup 😁
Langkah Kedua! Masak sos pedas Korea yang special tu mengikut resepi Seismik Makan...
Langkah Ketiga! Tutup api dan gaul ayam goreng tadi dengan sos pedas Korea yang special tu...
Langkah Terakhir! Hidangkan dan tabur bijan putih serta daun bawang secukupnya. Siap!! 😋♫♪~

Sekian dulu perkongsian cheq kali ini. Selamat mencuba resepi ini dan jumpa lagi di lain entri!
🙋

21 ulasan:

  1. Mesti sedap ni..ayam frozen dah berperisa..nak cuba satu hari nanti..kamsahamnida..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ternyata sedappp..machiso! Kena dengan taste cheq ni 😋

      Padam
  2. lazat sekali..tampilan gambar hebat

    BalasPadam
  3. Phewww... Meleleh air liur tengok. Boleh nanti cuba. Thanks...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi, sama2 FL....cubalah nanti bila ada rasa teringin nak makan ayam goreng korea. Resepi ni sedap, dan yang penting sekali Gochujang tu mesti ada, barulah Koreannn 😋

      Padam
  4. PANDAINYA CEQ MSK..NMPK SEDAP N PEDAS

    BalasPadam
    Balasan
    1. Timakasih KakPI, cheq reti masak yang ringkas2 ja boleh la..hihi 😁

      Padam
  5. Uish.. Sodapnya.. Ce anta sini sikit.. Teringin gak nak rasa.. kikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi cheq tak buat food delivery, cheq kongsi resepi jaaa 😋

      Padam
  6. nmpk mcm sedap ni.. nnti kte try.. =)

    BalasPadam
  7. nak try la nnti.... apapun, ini pertama kali singgah kat sini.. dah follow juga. jemput singgah blog saya SIS HAWA DOT COM. Terima kasih

    BalasPadam
  8. bijan tu perlu sangai x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi cheq yang suka bijan, memang perlu! 😋

      Padam
  9. Wah, nak try la buat nanti

    BalasPadam
  10. uih sedapnya merecik2 kecap2 bibir kita tengok nyaaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba la resepi ni nanti FS, berbaloi.. 😋

      Padam

Kata-kata itu mencerminkan peribadi kita, maka berkatalah akan hal-hal yang baik 😊

Popular 30 Hari Lepas