Salam Syawal Sebulan semua! ππ»♀️✨
Pada hari raya yang ke-12 dan panaih lit-lit minggu lepas, cheq pi beraya di Penang Chendul yang sudah ada cawangannya di Kangar Jaya. Cheq pi pekena ABC dan cendoi bersama geng sepupu sepapat cheq yang comei-comei belaka π¬π
Kami makan apa di Penang Chendul? Selain ABC dan cendoi original depa yang glamer tu, kami turut mencuba mee kari putih, milk tea dan rojak buah π€€
Baiklah, cheq kupas pasai cendoi dia yang paling glamer tu dulu, RM7.90 semangkuk. Kacang merah dia mewah dan rasa segar gitu, santan dia pun rasa fresh dan manis berlemak. Cendol sini rasanya special dari cendoi yang cheq biasa pekena selama ni, sebab ni first time cheq cuba cendoi yang ada kacang merah. Cheq bagi markah 3½ bintang dari 5 bintang. Ternyata cheq lebih sukakan cendoi utara yang lebih tradisional dan basic yang hanya ada 3 bahan: cendol, santan dan gula merah saja π π€
Item seterusnya, 'Original Ice Kacang', RM7.90 semangkuk. Kecik comei tapi padat dengan bahan-bahan tradisinya, cuma rasa agak kureng tang kacang tanah dia yang dah ditumbuk hancur tu. Pada pendapat cheq, ais kacang kenalah bubuh kacang tanah yang sebiji-sebiji tu, baru kena gayanya. Terbatuk-batuk sikit cheq semasa makan ABC ni sebab kacang tanahnya yang hancur tu mengusik tekak. Ais dia pula ada rasa macam soda sikit, dan teksturnya agak gebu macam bingsu. Cheq bagi markah 3¾ bintang per 5 bintang π§
Next item, rojak buah. Ada mempelam sala muda yang dipotong besar-besar, pueh makan. Selain tu (seingat cheq) ada nenas, sengkuang dan cucur/tauhu goreng. Kuah rojak dia best, manis dan pedas dia sama level in harmony. Harganya cheq tak dapat nak pastikan pulak sebab bila tengok balik resit, dia kira campur package 'any noodle+snack+beverage (RM25.90/ea)'. Masa tengah order kat kaunter tak terfikir pulak nak snap gambaq menu dia π. Pekena rojak buah ni dengan iced milk tea (RM5.90) yang rasa pedaq-pedaq kurang manis tu, pehhh... gabungan yang memuaskan tekak. Cheq bagi 4½ bintang untuk rojak buah, dan 4 bintang untuk iced milk tea ππ»
Seterusnya, yang ni sepupu (aka bestie) cheq order... mee kari putih Penang. Cheq tanya dia, pada skala 5 bintang, nak bagi berapa bintang untuk mee kari putih ni? Dia kata 4½ bintang dari 5 bintang. Kira power dah tu rasa mee kari putih Penang Chendul ni. Harganya cheq tak dapat nak pastikan juga sebab kat resit dikira as package 'any noodle+beverage (RM17.90/ea) π
Baiklah, setakat ini sahaja entri outing sambil makan-makan dengan geng sepupu sepapat cheq pada hari raya yang ke-12 minggu lepas. Alhamdulillah π✨
Jumpa lagi di lain entri!
π
Thanks for your sharing
BalasPadamThanks for dropping by, Cam π¨π§
PadamNampak sedap2 semuanya.
BalasPadamPekena cendoi dan ais kacang time panas² macam ni memang melegakan π
Padamterus teringat kat lailer kampung people... susah nau nak sebut cendol
BalasPadamKami sebut cendoi π
Padamsedapnya cendol terliur mandang
BalasPadamCendoi dan ais kacang tengah laku keras sekarang ni sebab cuaca panas lit² π¬
PadamHujung minggu ni nak ke Kangar, ada rezeki nanti boleh cuba makan di sini.
BalasPadamSelamat berjalan-jalan di sekitar Peghelih π
Padam