Blog Orang Utagha Tulen yang Suka Berjalan-jalan sambil Mencari Makanan HALAL pada Waktu Lapangnya. Dia Tidak Suka Membawang, jadi Jangan Ajak Dia Membawang. Makan Bawang Goreng Takpa, Bawang Goreng Sedap.
Rabu, 24 Januari 2024
Ahad, 21 Januari 2024
Cuba Ganti Sayur Lettuce dengan Ulam Raja pula
Salam semua! ππ»♀️✨
Cuba hangpa bayangkan situasi yang macam ni: Suatu pagi yang nyaman di hujung minggu, perut pun berbunyi minta diisi. Kemudian, hangpa teringat dalam peti ais ada lebihan satey ayam yang hangpa simpan dari dinner semalam. Hangpa pun pergi ke dapur untuk menyelongkar peti ais, kemudian nampak ada roti wrap, tomato, mayonis dan juga honey mustard sauce. Otak pun secara otomatis memberikan idea untuk membikin wrap berintikan satey ayam campur hirisan tomato. Lebih cun kalau ada daun salad (lettuce)... akan tetapi, sudah agak lama hang tak beli daun salad. Maka, otak pun memberikan idea lagi, apa kata kalau hang pi petik pucuk ulam raja yang sedang merimbun di luar sana? π€✨
Sabtu, 30 Disember 2023
Apakah Sedap K-Chicken Wrap Marrybrown itu?
Salam semua! ππ»♀️✨
Sedap laaa (menjawab tajuk entri ini π). Menu Korea datang lagi ke Marrybrown nampaknya. Masisseoyo Fest! π€✨
Ahad, 24 Disember 2023
Jom Pekena King's Ice Cream Grand Vanilla dari F&N
Salam semua! ππ»♀️✨
Alamak, sekejap saja dah nak habis tahun 2023 ni, begitu cepatnya masa berlalu... 'whooosh', gitu. Sudah tiba masanya lagi untuk kita buat azam baru dan 'carry forward' mana-mana azam lama yang belum tercapai π€π
Rabu, 20 Disember 2023
Isnin, 20 November 2023
Pekena Ayam Goreng Pedas Korea dan Kentang Goreng Special dari Bolehja Kitchen
Salam semua! ππ»♀️✨
Siapa dah pernah cuba ayam goreng pedas Korea tanpa tulang dan kentang goreng berperisa kimchi dari Bolehja Kitchen, Perlis? Sekali dengan sos keju dia perghh... boleh tahan sedapnya kan? π€πππ§
Jumaat, 10 November 2023
Cuba Pekena Kopi Segera Tempatan dari Jenama ALOR
Salam semua! ππ»♀️✨
Kopi dan cheq berpisah tiada. Kali ni cheq cuba kopi segera tempatan ala premium dari jenama ALOR pula, cheq pilih ALOR Freeze Dried Americano dan juga ALOR Strong Coffee premix... ☕π

