Sabtu, 30 Disember 2023

Apakah Sedap K-Chicken Wrap Marrybrown itu?

Salam semua! ๐Ÿ™‹๐Ÿปโ€โ™€๏ธโœจ

Sedap laaa (menjawab tajuk entri ini ๐Ÿ˜†). Menu Korea datang lagi ke Marrybrown nampaknya. Masisseoyo Fest! ๐Ÿค“โœจ

K-Chicken Wrap (RM11.90) - harga dari aplikasi Foodpanda

Pada petang hujung minggu yang lepas di kala cuaca mendung berserta sedikit hujan renyai, timbul rasa teringin nak pekena burger ayam Marrybrown. Akan tetapi, cheq langsung tak ada mood nak drive keluaq pi beratoq kat Mb yang ada di Kangaq mahupun yang di Arau tu, tengah cuti sekolah pulak tu time ni kan, mesti ramai orang. Maka, cheq pun terus ushar menu Mb yang ada dalam aplikasi Foodpanda saja... belek punya belek, uiiih... ada menu item baru la, ada wrap ayam Korea! Nak order wrap laa, tak jadilah nak pekena burger kali ni ๐Ÿ˜†

Baiklah, pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut: 

Harga - Pada cheq, harganya berpatutan dengan kualiti dan saiz produk makanannya yang bersesuaian serta kualiti servis penghantaran Foodpanda yang baik ๐Ÿ‘๐Ÿปโœจ

Kelazatan - Cheq bagi markah 4 bintang dari 5 bintang. Saiz wrap ni sudah cukup memuaskan pada cheq, tak kecil juga tak besar. Fillet ayam goreng bersos Korea sedap as expected, dipadankan dengan hirisan telur rebus, lobak merah, tomato dan lettuce. Roti wrap dia pun lembut dan tidak tebal, just nice gitu. Rasa macam nak repeat order lagi K-Chicken Wrap ni selagi masih wujud dalam menu Mb. Ini pendapat tekak cheq sajalah naa, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana ๐Ÿ˜„

Keberbaloian - Berbaloi bila tak ada mood nak pi keluaq semata-mata kerana nak tapau makanan dan beratoq panjang pada hari hujung minggu musim cuti sekolah yang mendung berserta hujan renyai. Foodpanda ada, gunalah ia dengan sebaiknya (dan jangan kedekut tips pada riders) ๐Ÿ˜ฌ๐Ÿผ๐Ÿ“ฑ

Baiklah, sekian dulu ulasan pendapat cheq berkenaan K-Chicken Wrap dari Marrybrown cawangan Arau. Syukur Alhamdulillah ๐Ÿ˜Š

Support Marrybrown, support our local brand ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ‘๐Ÿป


Jumpa lagi di lain entri!
๐Ÿ™‹

14 ulasan:

  1. Nampak yummy!! aigoo..jrg jumpa MB kt KL..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mb patut tambah cawangan dia dan recruit lebih ramai staff lagi, seriuslah... ๐Ÿ˜…

      Padam
  2. ni yg rasa nak pergi cari skrg jg๐Ÿ˜

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silaยฒ menjamu selera di Marrybrown, fastfood brand tempatan kita ni power tau ๐Ÿ˜Ž

      Padam
  3. Balasan
    1. Happy New Year, Cam! ๐ŸŽ‰โœจ

      Padam
  4. Oh? Ada wrap eh kat MB? nak cuba lah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silaยฒ menjamu selera di Marrybrown, dan lupakan mekdi ๐Ÿคญ

      Padam
  5. Wahh macam sedap je
    Kitalak suka kalau korea2 ni..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silaยฒ cuba, bibimbap pun ada ๐Ÿ˜†

      Padam
  6. besar wrap kenyang makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah kenyang, agak padat bahanยฒ dia ๐Ÿค“

      Padam
  7. Gitu je bungkusnya ye. Presentation tak menarik, tapi rasa sedap ok la tu. Hihi

    Done follow sini. By the way jemput join Cie ada buat segment giveaway ๐Ÿ˜Š

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bungkusan tak menarik tak apa, janji makanan dia halal, sedap, berkualiti dan berbaloi dengan harga ๐Ÿ˜

      Makasih Cie! ๐Ÿ˜˜

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini โค