Sabtu, 25 April 2026

Pekena Nasi Lemak Sambal Paru Cili Padi dari BTWC Kangar

Salam weekend semua! ๐Ÿ™‹๐Ÿป‍♀️✨

Sebelum ni cheq dah pernah review nasi lemak biasa dari Big Tree Western Court ni, kali ni cheq pekena Nasi Lemak Sambal Paru Cili Padi depa pulak, gu dengan Thai Tea Recipe with cincau ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ‘Œ๐Ÿป

Nasi lemak sambal paru cili padi (RM12.90) dan Thai Tea Recipe with cincau (RM4.90) - harga dari aplikasi foodpanda ๐Ÿผ๐Ÿ“ฑ

Depa punya diversity of dishes cukup impressive, sebab chef depa ramai. Nasi lemak saja pun dah ada pelbagai jenis sekarang, makin mengancam menu depa ni ๐Ÿ˜‹
 
Harga - Pada cheq, harganya boleh dikatakan masih tidak melampau dengan kualiti dan saiz/portion juadahnya, serta kualiti servis penghantaran foodpanda yang cukup baik ๐Ÿ‘๐Ÿป✨

Kelazatan - Boleh tahan sedap dan special rasa nasi lemaknya, sambal pun on point. Tak pedas sangat dan ada rasa manis-manis sikit sambalnya, sedap pada tekak cheq. Bilis depa goreng bagi garing crispy, dan kacang tanah pun crunchy elok. Lauk sambal paru dibungkus asing. Cheq bagi markah 4 per 5 bintang. Markah boleh up lagi sekiranya paru tu digoreng bagi jadi crispy sikit supaya texture dia tak jadi liat sangat. Pedasnya so-so saja, tak mengaum cili padi ๐Ÿ‘Œ๐Ÿป
 

Seterusnya ialah minuman Thai Tea campur cincau. Memang antara yang terbaiklah rasa dia, cuma yang agak mengecewakan tu volume dia agak ciput, mungkin ada kaitan dengan selat Hormuz juga la kot noh? 3¾ per 5 bintang cheq bagi untuk minuman ni, markah boleh up lagi sekiranya ada volume increase. Better kalau depa kasi up saja harganya sikit dari cut down on beverage volume sampai macam ni ๐Ÿ˜ฌ
 

Keberbaloian - Berbaloi memesan nasi lemak sambal paru cili padi dari warung BIG TREE Western ni, dan juga berbaloi guna aplikasi foodpanda. Rider selalu tiba pada waktu yang dijangkakan, kadang-kadang lebih awai sampainya. Know know saja dah sampai dan siap letak bungkusan pesanan di tempat yang cheq sediakan di laman rumah, seperti yang diharapkan ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ‘๐Ÿป
 

Jom kita pakat support local businesses dengan lebih kencang! ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ˜Ž✨


Jumpa lagi di lain entri!
๐Ÿ™‹

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤