Isnin, 20 November 2023

Pekena Ayam Goreng Pedas Korea dan Kentang Goreng Special dari Bolehja Kitchen

Salam semua! πŸ™‹πŸ»‍♀️✨

Siapa dah pernah cuba ayam goreng pedas Korea tanpa tulang dan kentang goreng berperisa kimchi dari Bolehja Kitchen, Perlis? Sekali dengan sos keju dia perghh... boleh tahan sedapnya kan? πŸ€“πŸ—πŸŸπŸ§€

Cheezy Boneless Korean Fried Chicken (Cheezy BKFC) 'normal spicy' (RM15.90) dan Cheezy Fries (RM10.90). Harga dari aplikasi Foodpanda.

Hari Sabtu lepas, cheq ada try order ayam goreng Korea dan kentang goreng special sekali dengan sos keju dari Bolehja Kitchen melalui Foodpanda. Curious nak tau pandai ka tak pandai depa ni buat ayam goreng pedas Korea kan, mestilah kena cuba dulu! πŸ˜†

Baiklah, pada pendapat tekak cheq, Bolehja Kitchen ni boleh dikira cukup pandailah dalam membuat ayam goreng pedas Korea ni... maka penilaian cheq adalah seperti berikut:

Harga - Pada cheq, ianya masih boleh dikatakan berpatutan dengan kualiti, kesedapan dan portion size produk makanannya πŸ‘Œ

Kelazatan - Cheq bagi markah 4 bintang dari 5 bintang. Sebelum ini cheq sudah pernah mencuba bermacam versi ayam goreng pedas Korea dari beberapa fast food chains, pastu yang cheq masak sendiri pun pernah. Maka, setelah dibuat perbandingan berdasarkan memori, pada pendapat tekak cheq, ayam goreng pedas Korea depa ni boleh tahan sedaplah rasa dia. Boleh detect rasa gochujang dan madu (cheq pilih normal spicy), cuma kalau boleh kurangkan tahap kemasinan tu sikit, lebih baik la rasanya. Best juga ni kalau dimakan dengan roti bun burger, buh mayonis dan daun salad... πŸ—πŸ‘‰πŸ»πŸ”

Kentang goreng berperisa serbuk kimchi okay sedap, fries tak soggy dan masih agak crispy. Ni pentingnya kita order sos keju tu dibungkus asing, supaya ayam dan kentang goreng yang kita dapat tu nanti tak jadi lembik dan benyai πŸ€“πŸ‘πŸ»

Ini pendapat tekak cheq sajalah naa, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana. Masakan yang macam ni kena makan cepat-cepat, perlu pantas dan tangkas bertindak membaham ayam goreng pedas Korea ni setelah membelinya. Terbaik kalau boleh dine-in terus saja, makan kat kedai tu panas-panas πŸ˜‹

Keberbaloian - Berbaloi order ni time craving nak makan ayam goreng pedas Korea dan kimchi fries. Rider Foodpanda pun sampai pada waktu yang dijangkakan, dan selalu juga depa sampai lebih awai πŸ‘πŸ»✨


Baiklah, sekian dulu ulasan pendapat cheq berkenaan ayam goreng pedas Korea dan kentang goreng special bersos keju dari Bolehja Kitchen, Perlis. Syukur Alhamdulillah 😊

Jumpa lagi di lain entri! 
πŸ™‹

6 ulasan:

  1. waduhhh waduhhh saya laparrrr

    BalasPadam
    Balasan
    1. Foodpanda ada sedia berkhidmat πŸ˜†

      Padam
  2. What a delicious foods, thanks for your sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. You're welcome Cam, and thanks for dropping by πŸ’–

      Padam
  3. Kreatif pulak nama 'Bolehja Kitchen' tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malaysia boleh! Kitchen pun "boleh ja" 🀭

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤