Jumaat, 10 November 2023

Cuba Pekena Kopi Segera Tempatan dari Jenama ALOR

Salam semua! πŸ™‹πŸ»‍♀️✨

Kopi dan cheq berpisah tiada. Kali ni cheq cuba kopi segera tempatan ala premium dari jenama ALOR pula, cheq pilih ALOR Freeze Dried Americano dan juga ALOR Strong Coffee premix... ☕😎


☕☕☕

Kopi segera tempatan 'kering beku' tanpa gula dan krimer dari jenama ALOR ini semakin mendapat tempat di kalangan hati para penggemar kopi di Malaysia ni. Cheq ni saja yang agak slowpoke, baru nak berkenalan dengan ALOR Signature Coffee ni. Difahamkan yang produk kopi ALOR ini boleh didapati di lapangan terbang klia2, kat area Heinemann Duty Free. Selain kopi segera, jenama tempatan ini turut menghasilkan beberapa jenis freeze-dried products yang lain, seperti snek buah-buahan kering beku dan juga Yogurt Bites πŸ§


Baiklah, pada pendapat tekak ni, penilaian cheq adalah seperti berikut:

Harga - Pada cheq, RM12.90 (harga dari Shopee) untuk 2.5g x 10 peket stik sudah berpatutan dengan kualiti produk minuman kopi segeranya yang cukup 'kaw', harum dan lazat πŸ˜„πŸ‘πŸ»

Kelazatan - Cheq bagi markah 4¾ bintang dari 5 bintang. Rasa air kopi ni cukup 'kaw' lagi 'kapow' dan memuaskan, pastu aroma kopinya pun kuat lagi menusuk kalbu. Rasanya bertambah ohsem apabila dipadankan dengan susu rendah lemak Dutch Lady dan Gula-O (gula rendah kalori). Sekali-sekala campur dengan susu pekat manis berkrim pun layan juga (sekali-sekala ja takpa) 🀭

Pertama kali hirup air kopi ni, serius sangat rasa dia hampir mirip dengan Stabaks punya Americano tu. Sungguh! Tergezut cheq dibuatnya, tahu? Tidak melampau kalau cheq nak kata rasa air kopi ni lebih sedap dan padu daripada Americano si Stabaks tu, mahupun Neskepe. Bangga tak bangga? πŸ€“✨

ALOR Americano ini juga boleh dibancuh terus dengan air sejuk. Tiada masalah kalau tak dapat cari air panas untuk bancuh kopi ni, sebab dia boleh larut dalam air sejuk. Hebat tak? πŸ€“πŸ˜†

ALOR Americano Arabica Coffee ini sedap diminum panas begitu saja tanpa gula, tapi lebih sedap berganda-ganda apabila ditambah susu, sedikit gula dan ketulan ais. Bancuh dia pekat-pekat kemudian curah ke dalam gelas berisi ketulan-ketulan ais yang besar πŸ˜™πŸ§ŠπŸ₯€ 


Okeh, calon seterusnya... ALOR Strong Coffee premix pula πŸ‘‡πŸ˜€


Harga - Pada cheq, RM24.65 (harga dari Shopee) untuk 16g x 50 peket stik sudah cukup berpatutan dengan kualiti produk minuman kopinya yang 'kaw', harum dan sedap πŸ˜„πŸ‘πŸ»

Kelazatan - Cheq bagi markah 4 bintang dari 5 bintang. Rasa air kopi ALOR pre-mixed 3-in-1 ni boleh tahan 'kaw' dan juga memuaskan, sedap pada cheq dengan tahap kemanisannya yang agak rendah. Lebih sedap apabila diminum sejuk, bancuh pekat-pekat dengan air panas kemudian curah ke dalam gelas berisi ketulan-ketulan ais yang besar πŸ˜™πŸ§ŠπŸ₯€


Dari segi keberbaloian secara keseluruhannya, produk kopi segera dari jenama ALOR ini berbaloi dengan kelazatan kopinya yang cukup 'umph' dan ada 'kick' gitu. Selain sedap, kopi memberikan cheq tenaga dan semangat untuk kekal ceria dan tidak mengantuk ketika menjalankan rutin harian. Buat kerja pun laju ja. I love the caffeine rush hihi, sehari secawan saja tak apa, jangan lebih dari tu. Kalau nak lebih, sila pilih kopi decaf untuk cawan yang seterusnya. Buat masa ini, ALOR masih belum ada kopi decaffeinated. Semoga akan ada versi decaf coffee juga dari jenama kopi segera tempatan yang mantap dan semakin glamer ni 😎


Jom kita pakat-pakat sokong produk tempatan kita dengan lebih kencang! πŸ’ͺ🏻😎✨


Baiklah, sekian dulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan ALOR Signature CoffeeSyukur Alhamdulillah 😊


Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

10 ulasan:

  1. wahhhh sedapnyaaaa dpt secawan ms sarapan ni mmg heaven!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serius best kopi ni, boleh la nak say bye-bye to Stabaks dan Neskepe dah 😬

      Padam
    2. niceeee nak cari jugalah nanti..

      Padam
    3. πŸ˜ŽπŸ‘πŸ»

      Padam
  2. Nampak macam kaw je... packaging pun menarik!

    BalasPadam
  3. peminat kopi mesti suka

    BalasPadam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤