Ahad, 24 Disember 2023

Jom Pekena King's Ice Cream Grand Vanilla dari F&N

Salam semua! πŸ™‹πŸ»‍♀️✨

Alamak, sekejap saja dah nak habis tahun 2023 ni, begitu cepatnya masa berlalu... 'whooosh', gitu. Sudah tiba masanya lagi untuk kita buat azam baru dan 'carry forward' mana-mana azam lama yang belum tercapai πŸ€­πŸ˜†

F&N King's Ice cream GRAND Vanilla - RM2.30

Okeh, cheq nak bercakap pasai makanan lagi, kali ni kita masuk topik makanan pemanis mulut (aka dessert) yang sejuk. Hangpa dah pernah try F&N King's Ice Cream - GRAND Vanilla? πŸ˜ŽπŸ˜‹❄ 

Makanan pemanis mulut yang sejuk-sejuk lagi nyaman macam ni, kalau dapat makan time hati tengah panas atau bad mood ka apa, rasanya boleh teruih jadi cool & chill ja lepas tu. Silap-silap boleh tersenyum sorang-sorang, teruih tak jadi nak mengamuk baq hang πŸ˜‚

Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut: 

Harga - Pada cheq, harganya sudah cukup murah dengan kualiti dan saiz produk aiskrimnya yang baik lagi memuaskan πŸ€“πŸ‘πŸ»

Kelazatan - Cheq bagi markah 3½ bintang dari 5 bintang. Cangkerang coklatnya rangup dan agak tebal, agak terlebih manis tapi ceria dengan ketulan-ketulan kacang badam hancur yang tidak kedekut kuantitinya. Aiskrim vanilla dia pula gebu dan berwarna putih bersih ✨

Keberbaloian - Sangat berbaloi-baloi harganya dengan kualiti aiskrim yang bagus, aiskrim vanilla gebu di dalam cangkerang coklat rangup dengan kacang badam hancoq macam ni boleh dapat dengan harga dua ringgit tiga kupang ja tuuu, uishh murah la tu! πŸ˜—

Baiklah, sekian dulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan F&N King's Ice Cream GRAND VanillaSyukur Alhamdulillah 😊 


Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

10 ulasan:

  1. iiii pagi2 dah nmpk aiskrimπŸ˜€

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpa, cheq bagi ilham untuk cari aiskrim apa waktu lunch nanti πŸ˜†

      Padam
  2. Wahh nampak sedap tuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh dah kalau nak lupakan aiskrim walls 🀭😬

      Padam
  3. Suka ice cream vanilla jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perisa aiskrim yang agak universal kan? πŸ˜„

      Padam
  4. Alaaaa... nak jugak! Tapi uncle tengah batuk!

    BalasPadam
  5. sedapnya aiskrim coklat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aiskrim vanilla dalam cangkerang coklat berkacang badam 😬

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤