Isnin, 13 April 2026

Harumanis itu Mahal Tetapi Bukanlah Mangga yang Termahal

Salam Musim Harumanis semua 🙋✨

Tudiaa... know-know aja dah masuk pertengahan bulan April noh kita, cepat betoi masa terbang, lagi-lagi bila kita pakat dok sibuk dengan hal-hal duniawi dan selat Hormuz 😅😆

Ni cheq kongsi gambaq sebiji buah mempelam Harumanis dari pokok sendiri, berat dia ada la dalam 400g gitu sebijik, kiranya saiz dia besaq juga la ni. Alhamdulillah 🤲✨

Orang kata kalau menetap di negeri Perlis ni, rugi sangatlah kalau takmau tanam dan bela pokok Harumanis sendiri. Ada sepohon dua saja pun jadi la, buat habuan untuk makan sendiri dan keluarga bila tiba musim buahnya. Kalau ada banyak, boleh juai kepada mereka yang berminat nak membeli. Kalau banyak sangat, haaa... hat ni boleh mengundang bahaya la pulak selain keuntungan, sebab apa bahaya? Sebab Harumanis dan puak pencuri buah ni berpisah tiada. Asai masuk musim dia ja, mesti akan dengaq sana sini kes kecurian buah mempelam berlaku di sekitar Perlih yang cinoni nih, dari kebun orang sampai laa ke laman rumah orang, pun kena 🤦‍♀️🙄

Ada dengaq influencer mana entah dok kata buah Harumanis ni buah mangga yang "paling termahal" di dunia. Hah? Hang jangan dok mengarut boleh dak? Hang gugel sikit tengok harga buah mangga telur Taiyo (Taiyo no Tamago) dari negara matahari terbit tu berapa, hang toksah nak duk dalam tempurung sangatlah. Kita takyah tengok harga eksport buah tu la, kita banding harga local saja sudah, maksud cheq harga yang orang tempatannya sendiri boleh dapat buah tu sekilo berapa. Beza banyak kot wehhh, kalau tengok pada harga eksport pun jauh beza jugak, mahai lagi Taiyo tu dari Harumanis 😑

Harga local mempelam Harumanis kat Perlis ni ikut gred based on size, ranging from RM20 to RM35 per kilo. Kalau hangpa kena charge lebih dari tu, most likely sebab itu termasuk harga kos pos bila hangpa beli online, ataupun hangpa beli kat gerai buah di negeri lain yang mana penjual tu dah mark up harga. Ya la mestilah dia nak mark up sebab orang meniaga nak untung, sapa jer yang meniaga nak rugi? Lagi-lagi time tengah krisis minyak ni. Depa dah bok keluaq duit minyak travel naik ke Perlih nak angkut buah ni banyak-banyak untuk dijual di KL atau Johor misalnya, pastu hangpa kat sana expect depa nak juai same price as in Perlis? Biaq betik? 🤷‍♀️ 

 


 Jumpa lagi di lain entri!

🙋 

8 ulasan:

  1. Harumanis maaih mampu milik lagi harga dia...SA baru dapat sekotak all the way dari Perlis...mertua adik SA kirim sekotak sorang kat adik beradik SA...best manis betui...SA setuju..ada buah mangga lagi mahai dari harumanis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Harumanis ni cukup affordable dah pun, berbanding dengan harga durian Tupai King? Hat tu barulah level buah kayangan 😬

      Padam
  2. penah mkn harumanis sekali je tp yg tu mgkn gren biasa kot. yg pasti mmg sedap. kalu gred A agaknya lg sedap kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harumanis gred A premium saiz dia besar, berat sebiji tu saja dah menghampiri setengah kilo. Kualiti isinya tiptop, dan dipetik pada waktu yang ideal supaya bila buah tu dah ready untuk dikupas nanti, kualiti isinya terjamin cantik dan premium 👍✨

      Padam
  3. I guess I'm not as lucky as you; unfortunately, I've never eaten a ripe and sweet mango.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aww Cam, don't say that. I'm sure in Turkey there are many wonderful foods that I can never even dream of tasting, unless I travel there 🥺

      Padam
  4. Taiyo? Ini first time dengar ni.... macam best je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Taiyo tu membawa maksud matahari in Japanese, jadi mempelam "Taiyo no Tamago" tu ialah "Egg of the Sun". Nama dia saja pun dah bunyi mahaiiii 🥲

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤