Salam semua! 🙋🏻♀️✨
Cuti sekolah yang panjang semakin menghampiri, hangpa semua dah pakat ada plan nak pi bercuti ke mana-mana ka? 😎🚗✈🚆
☕☕☕
Regular readers blog cheq semua mesti sudah tau yang kopi dan cheq berpisah tiada, kan? 😆 Dalam entri yang lepas, cheq ada review Daily Coffee punya 3-in-1 Cappuccino. Kali ni cheq nak mengulas pasai Americano segera dia pula ☕😎
Baiklah, pada pendapat tekak ni, penilaian cheq adalah seperti berikut:
Harga - Pada cheq, RM19.90 (harga
dari Shopee) untuk 3g x 20 peket stik sudah berpatutan dengan kualiti
produk minuman kopi segeranya yang agak kaw dan harum 😄👍🏻
Kelazatan - Cheq bagi markah 4 per 5 bintang. Rasa air kopi ni boleh tahan sedapnya, tapi masih tak boleh lawan Alor coffee punya instant Americano. Daily Coffee (local brand) punya Americano ni kurang aromatic dan rasa kopinya not very distinct la, tapi masih berada dalam kategori kopi segera yang sedap. Cheq punya style bancuh kopi yang sedap pada tekak cheq, mesti mau campur susu rendah lemak Dutch Lady
dan Gula-O (gula rendah kalori). Sekali-sekala campur dengan susu pekat
manis berkrim pun layan juga (sekali-sekala ja takpa) 🤭
Bancuh dia pekat-pekat kemudian curah ke dalam gelas berisi ketulan-ketulan ais yang besar 🧊🥤
Kotaknya agak susah nak buka dari atas, melekat teruk. Jammed rasa. Maka solusi cheq ialah... kita buka dari bawah saja 💁😬
Siapa kat sini yang selalu terjumpa jenis kotak apa-apa produk makanan yang susah nak dibuka dari atas, kemudian terus fikir, "Owhhh takpa, just buka dari bawah sajalah, takda hal la...", instead of susah-susah nak kopek juga dari atas dengan pisau atau gunting by force, kendian bila nak tutup kotak tu bagi kemas, kena buh rubber band pula? Siapa team buka-tutup kotak degil dari bawah terus, angkat tangan! ✋😂
Jumpa lagi di lain entri!
🙋
🙋



kalau dah geram sangat susah nak buka dari atas....memang kat bawah laaaa kena rabak kan
BalasPadamLepas tu boleh tutup balik dengan elok dan kemas pulak tu, magic betoi kotak macam ni 😆
PadamAkak dgn Cuya geng. Pencinta kopi! Tapi Cuya beli di supermarket jela hehe
BalasPadamKat supermarket di sini macam takda choice yang best sangat pada cheq selain jenama-jenama yang pro-jionis tuu.. 🫢😬
Padampeminat kopi mesti xlepas ni
BalasPadamBerbaloi la untuk dicuba 😁
PadamNampaknya penagih kopi macam uncle jugak ni....! Gimifai!
BalasPadamHaifai! ✋😆
Padamtampak lebih sedap bila minum sejuk-sejuk
BalasPadamSemestinya! Kopi ais for life 😆
Padamsedap nih esp tambah susu & gula..selalu minum Americano yg asli..
BalasPadamKakNO selalu minum Americano kosong tanpa gula dan susu ka? Cheq pernah terkena dulu sekali kat kedai mana ntah, lepas tu malas nak bangun pi counter minta gula. Telan teruih ja hot Americano kosong macam tu, bearable still 🥹
Padam