Salam 'ambang tahun baru' semua! ππ»♀️✨
Amacam semua? Sudah bersedia untuk hadap tahun 2026? Well, bersedia atau tidak, kita perlu menghadapi dan mengharunginya jua dengan penuh redho dan sabar. Keep calm and set new goals, or carry forward saja yang lama hat belum tercapai lagi tu, takda hal πππ»
![]() |
| Nasi Lemak Bilis Goreng + Telur Goreng (RM7.90) dan Popcorn Chicken (RM11.90) - harga dari aplikasi foodpanda πΌπ± |
Cheq punya kagum dengan menu warung BIG TREE Western Court ni belum habih lagi, sampai la sekarang. Depa punya diversity of dishes tu memang power, sebab chef depa ramai. Nasi lemak pun ada kat situ baqhang, ada sekali tu tetiba rasa nak pekena nasi lemak pula untuk makan malam, maka BIG TREE menjadi pilihan π
Harga - Pada cheq, harganya boleh dikatakan sudah berpatutan dengan kualiti dan saiz/portion juadahnya yang cukup memuaskan, serta kualiti servis penghantaran foodpanda yang cukup baik ππ»✨
Kelazatan - Boleh tahan sedap dan special rasa nasi lemaknya, pastu kuah sambal yang depa bagi pun sedap dan banyak betoi. Maybe sebab ada sesetengah orang kan suka makan nasi lemak dengan sambal yang tahap 'kuah banjir' gitu. Tak pedas sangat dan ada rasa manis-manis sikit sambalnya, sedap pada tekak cheq. Cheq makan separuh saja kuah sambal tu, separuh lagi simpan dalam fridge untuk dimakan esoknya pula. Bilis depa goreng bagi garing, kacang tanah pun crunchy elok, telur mata separuh masak dan hirisan timun pun agak tebal. Cheq bagi markah 4 per 5 bintang untuk nasi lemak ππ»✨

Menu item seterusnya ialah popcorn chicken. Memang antara yang terbaiklah, not dry at all, pastu saiznya pun tak kecik cinonet. Nice texture, lembut di dalam dan agak crispy di luar. Bertambah sedaplah nasi lemak jadinya apabila dipadankan dengan popcorn chicken ni, kombo yang cukup sesuai pada cheq. 4½ per 5 bintang cheq bagi for popcorn chicken ππ»✨
Keberbaloian - Berbaloi memesan nasi lemak dan popcorn chicken dari warung BIG TREE Western ni, dan juga berbaloi guna aplikasi foodpanda. Rider selalu tiba pada waktu yang dijangkakan, kadang-kadang lebih awai sampainya. Tahu-tahu saja dah sampai dan siap letak bungkusan pesanan di tempat yang cheq sediakan di laman rumah, seperti yang diharapkan πππ»
Jom kita pakat support local businesses dengan lebih kencang! πͺπ»π✨
Jumpa lagi di lain entri!
π
π

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤