Salam bulan Merdeka semua! 🙋✨
Entri kali ni cheq nak kongsi berkenaan sesuatu yang sangat tidak menyenangkan. Sesuatu yang pasti menjentik hati dan emosi para pembaca yang sayangkan kucing, termasuklah cheq 😢😣
Demi haiwan peliharaan yang 'unik', rumit dan mahal untuk dijaga, ada mangkuk orang yang sanggup memilih jalan menjadi manusia yang kejam, keji dan tidak berhati perut. Mereka ini adalah golongan pembela ular sawa. Hobi ini dikatakan mahal dan kebiasaannya menjadi hobi kepada mereka yang 'have-have' sahaja kerana makanan yang 'sepatutnya' diberikan pada ular sawa peliharaan mereka itu semua mahal jika dipraktikkan secara sivik.
Hobi ini bukanlah untuk orang yang kedekut, berkira atau sekadar acah-acah berduit, yang akhirnya mengambil jalan pintas lagi mudah dengan menipu untuk mendapatkan bekalan makanan hidup bagi ular kesayangan mereka secara percuma. PERCUMA. Jelik kan perangai mereka ni? Caranya ialah dengan berpura-pura berminat untuk adopt anak-anak kucing dari pemilik kucing yang sedang mencari tuan baru kepada kucing-kucing mereka yang sudah terlalu 'ramai' di kediaman masing-masing.
Apa perasaan para pembela ular ni apabila melihat gelagat haiwan peliharaan mereka yang mahal dan unik sangat tu mengejar, membelit dan menelan anak kucing yang kuat mengiau ketakutan, menjerit kesakitan sambil meronta-ronta sebelum dibaham sepenuhnya? Teruja? Seronok? Itu ciri-ciri orang yang sadist dan psychotic namanya. Bahasa kasarnya ialah kejam dan gila sewel.
Sekian dulu entri cheq buat kali ini. Ya, cheq ni bukanlah jenis yang saja-saja suka nak membawang atau mengutuk sesiapa, tapi kalau melibatkan penganiayaan, penipuan dan kekejaman, memang cheq takleh senyap. Depa-depa yang terlibat ni eloklah cepat-cepat terima balasan yang setimpal dengan kekejian masing-masing 🔥🔥🔥
Jumpa lagi di lain entri!
🙋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤