Salam bulan Merdeka semua! π✨
Entri kali ni cheq nak kongsi berkenaan sesuatu yang sangat tidak menyenangkan. Sesuatu yang pasti menjentik hati dan emosi para pembaca yang sayangkan kucing, termasuklah cheq π’π£
Demi haiwan peliharaan yang 'unik', rumit dan mahal untuk dijaga, ada mangkuk orang yang sanggup memilih jalan menjadi manusia yang kejam, keji dan tidak berhati perut. Mereka ini adalah golongan pembela ular sawa. Hobi ini dikatakan mahal dan kebiasaannya menjadi hobi kepada mereka yang 'have-have' sahaja kerana makanan yang 'sepatutnya' diberikan pada ular sawa peliharaan mereka itu semua mahal jika dipraktikkan secara sivik.
Hobi ini bukanlah untuk orang yang kedekut, berkira atau sekadar acah-acah berduit, yang akhirnya mengambil jalan pintas lagi mudah dengan menipu untuk mendapatkan bekalan makanan hidup bagi ular kesayangan mereka secara percuma. PERCUMA. Jelik kan perangai mereka ni? Caranya ialah dengan berpura-pura berminat untuk adopt anak-anak kucing dari pemilik kucing yang sedang mencari tuan baru kepada kucing-kucing mereka yang sudah terlalu 'ramai' di kediaman masing-masing.
Apa perasaan para pembela ular ni apabila melihat gelagat haiwan peliharaan mereka yang mahal dan unik sangat tu mengejar, membelit dan menelan anak kucing yang kuat mengiau ketakutan, menjerit kesakitan sambil meronta-ronta sebelum dibaham sepenuhnya? Teruja? Seronok? Itu ciri-ciri orang yang sadist dan psychotic namanya. Bahasa kasarnya ialah kejam dan gila sewel.
Sekian dulu entri cheq buat kali ini. Ya, cheq ni bukanlah jenis yang saja-saja suka nak membawang atau mengutuk sesiapa, tapi kalau melibatkan penganiayaan, penipuan dan kekejaman, memang cheq takleh senyap. Depa-depa yang terlibat ni eloklah cepat-cepat terima balasan yang setimpal dengan kekejian masing-masing π₯π₯π₯
Jumpa lagi di lain entri!
π
semoga snake feeder ni dibelit & dibaham oleh haiwan peliharaan mereka sendiri..baru mereka tahu...kejamnya..
BalasPadamSnake feeder, breeder, keeper... semua yang terlibatlah pendek kata, yang suka dok buat naya pada anak-anak haiwan lain tu. Beli daging ayam atau lembu kat supermarket/pasar tak mau pulak, tau rasa mahai, tapi gedik nak bela jugak natang 'eksotik' yang sepatutnya duk dalam hutan ja tu.. π€¦♀️
PadamRisau ula nampak ada ular, memang ada ular memakan kucing terutama anak kucing..kadang kucing ni suka keluar rumah pantang terbuka pintu rumah..semoga ular tak dekati rumah kita ya,aamiin
BalasPadamPerlu berwaspada selalu π£π
Padampaling kak ana tak suka , sepatutnya kucing yang dipelihara dan di lindungi bukan ular, dalam Islam pun di nyatakan kucing ni haiwan peliharaan yang berada di sekitar manusia ni sebaliknya pula, geram sakit hati sangat, kan.
BalasPadamItu la pasai kak, depa rasa hebat sangat la tu kot jadi pembela haiwan eksotik π
Padambunuh kucing nak bela ular kejam sgt tu geram dengar
BalasPadamMemang geram rasa π
PadamAlamak aih... Tergamak!
BalasPadamMacam-macam jenis gila ada depa nih uncle, mental sungguh π«π
PadamKejamnya manusia begitu...
BalasPadamKejam dan keji π«
Padam