Ahad, 5 Januari 2025

Pekena Nasi Ayam, Kopi Ais dan Teh Ais Cincau dari Piee Nasi Ayer, Kangar Perlis

Salam tahun baru semua! πŸ™‹πŸ»β€β™€οΈβœ¨

Negeri Peghelih yang kecik cinoni ni agak padat dengan kedai makan. Kalau hangpa tersesat jalan kot mana pun, mesti akan berjumpa dengan kedai makan, atau gerai makanan di tepi jalan. Macam-macam jenis masakan dan minuman ada di sini yang boleh didapati di pelbagai restoran, warung, cafe dan pasar malam/siang... dari yang harga marhaen sampailah ke harga 'titeti'. Tapi entri ni bukan pasai makanan 'titeti' la, cheq nak review pasai nasi ayam power yang harganya cukup berbaloi-baloi 🀭😬

Nasi ayam (RM9.80), kopi ais (RM3.30) dan teh ais cincau (RM4.90) dari kedai Piee Nasi Ayer - harga dari aplikasi foodpanda πŸ“±πŸΌ

Harga - Pada cheq, harganya boleh dikatakan amatlah berpatutan dengan kualiti, kelazatan dan saiz/portion makanannya yang cukup memuaskan, serta kualiti servis penghantaran foodpanda yang almost always tiptop πŸ‘πŸ»βœ¨

Kelazatan - Nasi ayam kedai Piee Nasi Ayer kat area Repoh tu boleh dikatakan antara yang terbaik yang cheq pernah makan, harga pun dalam kategori murah, pastu portion dia pun cukup memuaskan. Kelazatan nasi ayam depa ni memang tak dapat cheq nak nafikan. Siapa yang kata tak sedap tu, mungkin ada masalah deria rasa. Bukan cheq sorang saja yang kata sedap, parents dan kakak cheq pun kata sedap nasi ayam Piee ni. Ayam gorengnya lembut dan agak moist di dalam, garing di luar. Sos cili, kicap dan sup depa memang special, membuatkan nasi ayam ni jadi lazat tahap boleh challenge nasi ayam dari kedai-kedai lain yang lebih mendapat perhatian. Cheq bagi markah 4ΒΎ per 5 bintang untuk nasi ayam depa πŸ‘πŸ»βœ¨


Kopi ais dia cukup 'kaw' dan manisnya tidak melampau, just nice. Ais jenis tube dan meriah kuantitinya. Besar juga portion minuman ni, macam untuk dua orang minum. Cheq cukup suka kopi ais yang tak terlampau manis macam ni, rasa kopi dia tak tenggelam dek susu pekat manis tu. Cheq bagi rating 4Β½ per 5 bintang. Ini pendapat tekak cheq sajalah naa, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana πŸ˜„

Minuman teh ais cincaunya pula... wow! Baru cheq sedar yang kombinasi teh susu dan cincau sangatlah 'ngam' rupanya. Sebelum ni cheq biasa minum soya cincau dan sirap bandung cincau ja. Ni baru ada peluang untuk mencuba teh ais cincau. Marvelous! Cheq bagi markah 4Β½ per 5 bintang. Nanti nak pesan teh ais cincau lagi πŸ˜†


Keberbaloian - Cukup berbaloi-baloi order dari kedai Piee Nasi Ayer ni. Makanan sedap, pricing berpatutan dengan portion yang memuaskan. Harga di aplikasi foodpanda pun masih dalam kategori berbaloi, kalau pi makan kat kedai tu atau tapau sendiri, lagi murahlah harga dia. Semoga bisnes kedai ni bertahan lama. Ini bukanlah entri berbayar tau, cheq review ikhlas punya πŸ˜ŽπŸ‘ŒπŸ»


Baiklah, sekian dulu ulasan pendapat tekak cheq berkenaan nasi ayam, kopi ais dan teh ais cincau dari kedai makan Piee Nasi Ayer yang ada di Kangar, Perlis. Syukur Alhamdulillah 😊


Jom kita pakat payung bisnes tempatan dengan lebih kencang! πŸ’ͺ🏻😎✨


Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

20 ulasan:

  1. Balasan
    1. Dah repeat order nasi ayam ni beberapa kali dah πŸ˜†

      Padam
  2. leng kali ajak kite sekali tau hahaha

    BalasPadam
  3. happy new year utk cik suerin sekeluarga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Happy new year to u too, mem Anies πŸ˜ŽπŸŽ‰

      Padam
  4. Aduh! Teh ais cincau tu buat uncle tewas!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Special betoi rasa teh ais campoq cincau tu, kan uncle πŸ˜†

      Padam
  5. Kelakar la 'titeti' hahaha . Cuya suka teh ais cincau! Lama tak pekenaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembahagian kelas dan status ekonomi rakyat Malaysia dah berubah sekarang ni, dah jadi bituenti, emfiti dan titeti 🀭

      Padam
    2. ingatkan ape benda la 'titeti' ahahahaha

      Padam
    3. Hihi.. hai anamizu πŸ€“

      Padam
  6. teh ais cincau sedap tu

    BalasPadam
  7. Kalau pergi ke kedai dan sendiri tapau pun kos...terutama kos masa...lain la mkalau makan dekat kedai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maksud cheq lagi murah harga makanan tu kalau pergi tapau sendiri, tak termasuk kos minyak kenderaan dan kos masa perjalanan pergi dan balik πŸ˜…

      Padam
  8. berbaloi dgn harganya nasi ayam tu..ayamnya nampak sgt yummy...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semakin meningkat popular dah kedai makan Piee ni 😎

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❀