Salam semua! ππ»♀️✨
Ada dak di antara hangpa kat sini yang suka makan burger sampai ke tahap pernah bikin burger patty sendiri? Hangpa pernah terpikiaq untuk buat burger patty guna terung dak? πππ
Punya la kerap pokok-pokok terung hijau cheq dok berbuah kat laman rumah ni (2 batang pokok ja tapi hasilnya macam berpokok-pokok), jenuh cheq dok cari idea dan cuba memacam jenis resipi untuk memasak terung-terung hijau ni. Alhamdulillah ada rezeki hasil bercucuk tanam, sudah lama cheq tak perlu beli terung kat kedai π
Mai cheq nak perkenalkan resipi burger patty terung hijau yang 'rare'... π©π»π³π
Bahan-bahan:
✔ Terung hijau - 3 biji, dipotong dan dikelar seperti dalam gambar
✔ Air - secukupnya untuk merebus terung
✔ Daging ayam hancur frozen - lebih kurang secawan
✔ Bawang besar - 1 labu, dicincang
✔ Bawang putih - 3 ulas, dicincang
✔ Telur ayam - sebiji (gred B)
✔ Serbuk perisa cendawan - 1 sudu besar
✔ Tepung gandum - 3 sudu besar
✔ Tepung jagung - 2 sudu besar
✔ Serdak roti (breadcrumbs) - 2 sudu besar
✔ Serbuk lada putih - 1 sudu kecil
✔ Planta - 1 sudu besar
✔ Cili kering hancur (chili flakes) - 1 sudu kecil
✔ Gula perang - 1 sudu kecil
✔ Minyak kelapa sawit - 1 sudu besar
Cara-cara:
1. Tumis (sautΓ©) bawang besar, bawang putih dan daging ayam hancur dengan planta dalam kuali di atas api sederhana kecil sehingga naik bau harum, kemudian tutup api. Letak tepi.
2. Rebus terung hijau sehingga lembik, kemudian tutup api dan toskan. Bilas di bawah aliran air paip. Kupas kulit dan asingkan isinya untuk dilenyek kemudian.
3. Di dalam sebuah mangkuk yang besar, masukkan isi terung rebus tadi dan lenyek serta gaulkan bersama bawang dan daging ayam hancur yang telah siap ditumis tadi. Kemudian, masukkan tepung gandum, tepung jagung, telur ayam, serbuk perisa cendawan, serdak roti, serbuk lada putih, gula perang dan cili kering hancur. Gaul sehingga sebati.
4. Panaskan pan kalis lekat (non-stick pan) di atas api sederhana kecil, dan semburkan sedikit minyak masak pada permukaan pan. Dengan menggunakan 2 sudu besar, cedok apa yang telah diusahakan tadi tu bagi penuh 1 sudu besar, kemudian tolak dengan sudu yang lagi satu ke dalam pan. Ulang sehingga pan kelihatan meriah dengan burger patties yang sedang "sizzling".
5. Besarkan api sedikit, dan balik-balikkan setiap patty sehingga kelihatan agak perang dan garing. Tutup api. Siap! Boleh dimakan begitu sahaja macam lempeng yang tebal, atau dikepit dengan roti burger setelah dibubuh sos cili, mayonis, sayur lettuce, hirisan tomato dan keju π
Sekian dulu entri cheq pada kali ini, kalau resipi burger terung hijau ni tak cukup memuaskan lagi pada standard hangpa, silalah modify sendiri dan tambah la segala rempah ratus dan apa saja bahan-bahan lain lagi yang hangpa suka... π©π»π³✨
Jumpa lagi di lain entri!
π
tu diaaa resepi mantoppppπππ thn dpn boleh berniaga kt bazar ramadan niπ
BalasPadamMantop nooo.. hihi, cheq ni jarang sangat nak pi jejak param time Ramadhan, cukup bizi dah.... camna cheq nak meniaga kat param entah? π
PadamTak pernah terfikir pula terung hijau boleh jadikan patty burger... Cayalahh
BalasPadamBoleh la cuba resipi cheq ni nanti kalau nak tau rasa burger terung ni macam mana π
Padamwah menjadi tu mesti sedap rasanya
BalasPadamAlhamdulillah KakPI, boleh tahan sedap rasa burger terung hijau ni π
PadamLike a mucver :) thanks for your sharing
BalasPadamOoh, like the Turkish zucchini pancake? Interesting π
PadamThanks for dropping by, Cam πΌ
Betul-betul rare ni, patty burger dari terung.
BalasPadamKena jadi kretip untuk elak pembaziran π¬
PadamBagus sekali. Kalau boleh saya ingin merasainya.
PadamSilalah mencuba resipi ni bila ada kesempatan memasak, ataupun mintak orang lain tolong masakkan π
PadamWah! Ini luar biasa!
BalasPadamCubaan cheq untuk elakkan pembaziran hasil tanaman π
Padamperlu kreatif dan rajin...maka semuanya akan jadi
BalasPadamAda rezeki, InshaAllah semuanya akan jadi π
Padam