Ahad, 16 Oktober 2022

Skrin Laptop Buat Hal maka Kena Beli Laptop Baru?

Salam semua! 🙋🏻‍♀️✨

Baru-baru ni cheq terima sebuah kejutan yang tak diingini daripada laptop hp cheq. Sepertimana yang tertulis dalam tajuk entri ni, kali ni cheq nak sembang pasai masalah skrin laptop 😅

Sebelum tu, cheq nak habaq kata yang cheq ni bukanlah orang IT. Selalunya bila gadgets cheq buat hal, cheq akan sama ada cari pomen dia di kedai komputer, ataupun beli yang baru terus. Tapi di kala zaman sekarang yang ekonominya cukup tak menentu ni, cheq tukar gayalah sebab rasa macam membazir ja nak teruih angkut beli laptop baru kalau masih boleh sekadar tukar parts dia yang rosak ja. Kalau boleh pomen dan tukar sendiri lagi power, tak perlu hantar ke kedai repair laptop yang confirm akan charge lebih punya. Selain tu, risiko kecurian data pun besar 🙂

Cheq dah pakai laptop hp berskrin LCD 15.6" ni selama 5 tahun lebih, dan sebelum masalah skrin ni timbul, cheq cuma pernah tukar bateri dia saja. Cheq beli bateri laptop baru dengan harga yang tak sampai RM100 pun dari Shopee. Selepas tukar bateri saja, laptop ni kembali ceria dan cerdas semula. Masalah bateri saja pun dah boleh buat kita fikir macam laptop tu ada masalah mental (CPU) 😅

Kali ni, masalah yang lebih rumit pula timbul, iaitu masalah skrin LCD display dia tiba-tiba jadi kabur 100%, total discoloration dan bukan lagi hanya setakat ada 1 atau 2 jalur menegak yang menjengkelkan. Perkara pertama yang kita kena buat ialah, jangan panik! Jangan teruih kalut nak order laptop baru dan habiskan ribu riban hinggit secara tiba-tiba hanya kerana masalah ini. Tengok dulu apa brader kat dalam video di bawah ni cerita dan tunjuk ajar macam mana nak tukar skrin laptop LCD yang rosak 👇🏻🤓

Selepas tengok video ni, cheq pun carilah skrin laptop LCD 15.6" di Shopee untuk ganti skrin laptop hp cheq yang dah kiok tu....

Skrin laptop LCD 15.6" (HD 30 pin) yang baru, beli online dari Shopee (seller AS TECH LEGACY) dengan harga RM240 😄

Dan akhirnya, laptop cheq kembali beroperasi dengan ceria dan cerdas semula bersama skrin LCD barunya yang cantik dan bebas dari sebarang cela grafik. Alhamdulillah, cheq boleh pasang sendiri ja, tak perlu hantar repair di kedai laptop ataupun beli laptop yang baru dalam masa terdekat ni 🤭



Jumpa lagi di lain entri! 

🙋

19 ulasan:

  1. Balasan
    1. You're welcome and thanks for dropping by 💖

      Padam
  2. Alhamdulillah selesai dah masalah ceq ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah setel masalah laptop 🤓

      Padam
  3. eh laptop kita sama!
    skrin laptop sy bermslh jgk ni ada tompok hitam besar..
    nt nk try tukar skirn jgk.. nsb baik xbeli laptop baru lg.. kehkeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila silalah tukar skrin baru, lain la kalau hati dah tak sesabar nak tukar laptop baru 😂

      Padam
  4. tu la, kalo laptop problem, sbg blogger tegar ni xleh nk updet blog kannn., hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak hapdet blog guna smatpon atau tablet tak best langsung 😬

      Padam
  5. terer Cik Sue...Alhamdulillah, selesai masalah...nak try jg beli di shopee, tapi laptop jenis lama...huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah jimat fulus cheq 🤭
      Uihh kalau laptop model lama, cheq pun tak berani nak usik 😅

      Padam
  6. wahhh best tuuuu boleh laaa berblog selalu

    BalasPadam
  7. p/s cik suerin sihat ke tuuuu

    BalasPadam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤