Salam semua! 🙋🏻♀️✨
Kopi dan cheq sememangnya berpisah tiada. Selalu dok asyik pekena Nescafe Classic Dark Roast saja, sekali-sekala tu pekena la jugak kopi Starbucks dan Maxim... kali ni cheq try pekena kopi segera dari L'OR Essenso pula, cheq pilih Colombian Mystique with microground coffee ☕😎
☕☕☕
Kopi segera tanpa gula dan krimer bercampur microground coffee (kopi kisar mikro) ini dikatakan dapat mengekalkan rasa serta keharuman kopinya yang asli, di mana minyak semula jadi (natural oils) yang terkandung di dalam biji kopi yang telah dikisar mikro dapat dikekalkan. Ini adalah kerana kopi kisar mikro tidak dibru terlebih dahulu seperti kopi segera tradisional 🧐
Difahamkan yang kopi kisar mikro L'OR Essenso ini dihasilkan oleh syarikat sama yang mengeluarkan kopi segera dari jenama SUPER.
Maka, pada pendapat tekak ni, penilaian cheq adalah seperti berikut:
Harga - Pada cheq, RM11.90 untuk 2g x 20 peket stik sudah berpatutan dengan kualiti produk minuman kopinya yang cukup 'kaw', harum dan lazat 😄👍🏻
Kelazatan - Cheq bagi markah 4½ bintang dari 5 bintang. Rasa air kopi ni cukup 'kaw' dan memuaskan, sedap pada cheq apabila dipadankan dengan susu rendah lemak Dutch Lady dan Gula-O (gula rendah kalori). Sekali-sekala campur dengan susu pekat manis berkrim pun layan juga (sekali-sekala ja takpa 🤭). Cheq dapat rasa perbezaan tekstur minuman kopi ni jika dibandingkan dengan kopi segera biasa yang telah dibru sepenuhnya terlebih dahulu, tak seperti kopi segera yang telah dicampur dengan sedikit kopi kisar mikro macam ni. Air kopi ni ada rasa tekstur serdak kopi sikit, terdapat sedikit baki sisa kopi yang tidak larut sepenuhnya. Ini yang memberikan rasa kopi yang lebih 'kaw' dan harum. Special gitu. Terbaik apabila diminum sejuk, bancuh pekat-pekat kemudian curah ke dalam gelas berisi ketulan-ketulan ais yang besar 😙🧊🥤
Keberbaloian - Berbaloi dengan kelazatan kopinya yang cukup 'umph' dan penuh 'kick'. Selain sedap, kopi memberikan cheq tenaga dan semangat untuk kekal ceria dan tidak mengantuk ketika menjalankan rutin harian. Buat kerja pun laju ja. I love the caffeine rush hihi, sehari secawan saja tak apa, jangan lebih dari tu. Kalau nak lebih, sila pilih kopi decaf untuk cawan yang seterusnya 🤭😆
Keberbaloian - Berbaloi dengan kelazatan kopinya yang cukup 'umph' dan penuh 'kick'. Selain sedap, kopi memberikan cheq tenaga dan semangat untuk kekal ceria dan tidak mengantuk ketika menjalankan rutin harian. Buat kerja pun laju ja. I love the caffeine rush hihi, sehari secawan saja tak apa, jangan lebih dari tu. Kalau nak lebih, sila pilih kopi decaf untuk cawan yang seterusnya 🤭😆
Sedap diminum panas begitu saja tanpa gula. Sedap lagi apabila ditambah susu, sedikit gula dan ketulan ais 😎👍🏻 |
Baiklah, sekian dulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan kopi segera L'OR Essenso Colombian Mystique + kopi kisar mikro. Syukur Alhamdulillah 😊
Jumpa lagi di lain entri!
🙋
🙋
Ice coffee is my favorite:)
BalasPadamMine too 💖
PadamSedapnya kopi. Tapi sayang, sejak akhir² ni kopi membuatkan perut Fiza berangin.
BalasPadamCheq pula tak boleh pekena teh, nanti perut rasa lain macam 😅
PadamMesti harum aroma nya ni....
BalasPadamHarum semerbak ☕👍🏻
Padamsedapnya kopi menginspirasi
BalasPadamSangat menginspirasi ☕✨
PadamKurang gemar kopi. Tapi suka bau aroma kopi hehe
BalasPadamBoleh lepak Starbucks selalu, pastu order minuman lain selain kopi kat situ sambil makan kek dan roti sedap 😬
Padamsng tido tak lps minum kopi ni? heheheh
BalasPadamOrang minum kopi supaya tak mengantuk sebab nak buat kerja 😂
Padam