Ahad, 24 Julai 2022

Super Supreme Pizza dari PizzaHut yang Bertambah Super dengan Hand Crafted Crust

Salam semua! 🙋🏻‍♀️✨

Dinner apa malam ni? Cheq pekena pizza dari PizzaHut. Rindu kat pizza pulak dah... 🍕😆

Super Supreme pizza (large, light & airy new hand crafted crust) RM49.90. Ini harga sebelum diskaun dan baucar. Harga dari aplikasi FoodPanda.

Hangpa dah tau kan PizzaHut sekarang ada pilihan crust yang mantop? Nama penuh crust PizzaHut yang best ni ialah San Francisco Hand Crafted Base, Light & Airy. Nama pendek dia, Hand Crafted Crust 🍕😋

Petang tadi cheq rasa teringin nak pekena pizza dari PizzaHut lagi tapi malaih pulak nak keluaq pi ke PizzaHut Kangar mahupun Arau, maka... jalan penyelesaian paling sempoi bagi menangani dilema yang sebegini ialah, selongkar aplikasi FoodPanda kat smatpon ja laa... pilih pizza Super Supreme! 😆✨

Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut:

Harga - Pada cheq, harganya (selepas diskaun dan baucar) berpatutan dengan kualiti dan portion makanannya yang bersesuaian serta kualiti servis penghantaran FoodPanda yang cukup bagus. Jangan lupa kasi tip pada rider kita sebelum klik untuk buat pembayaran 😄👍🏻

Kelazatan - Cheq bagi markah 4 bintang dari 5 bintang. Gabungan rasa keju Mozarella yang mantap dengan hirisan peperoni daging, sosej daging, daging cincang, lof ayam, buah zaitun, cendawan butang, bawang besar, cili benggala, nenas serta sos tomatonya yang 'just nice' ni memang kena dengan selera cheq. Pulak tu, this hand crafted crust ni boleh bersaing dengan Domino's punya New York crust. Dengan adanya pilihan crust yang ringan, lembut dan "airy" di dalam (ada poket udara gitu), boleh dikatakan PizzaHut sudah naik ke satu tahap yang beberapa tingkat lebih tinggi daripada yang sebelumnya. A good crust makes a huge difference tau dak... 🍕✨

Keberbaloian - Berbaloi? Ya. Cheq pasti akan repeat order pizza dari PizzaHut lagi melalui aplikasi FoodPanda. Semoga hand crafted crust ni kekal di dalam menu PizzaHut. Rider FoodPanda pun tiba sekitar waktu yang dijangkakan 😎👍 




Jumpa lagi di lain entri!
🙋

8 ulasan:

  1. For good to sunday menu:) thanks for your sharing...

    BalasPadam
    Balasan
    1. You're welcome and thanks for dropping by 🌼

      Padam
  2. Nampak sedap dan menarik menu Pizza Hut yang ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Super Supreme ada macam² bahan 🍕👍🏻

      Padam
  3. OK! Semua topping taruk!

    BalasPadam
  4. uiii kenapa nmpk sedap niiii

    BalasPadam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤