Salam semua! ππ»♀️✨
Jom kita sembang pasai makanan lagi, syok bercakap pasai topik makanan ni ππ€. Hangpa biasanya dok makan nasi dengan apa selain lauk-pauk yang berat dan berkuah semua tu? Biasa cuba pekena nasi dengan kerepek peria dak? π€
Baru-baru ni cheq cuba pekena kerepek peria rangup ni dengan nasi putih panas-panas. Selepas tu, bila dah confirm sedap tu, cheq try pula makan kerepek peria ni dengan mee goreng, bihun goreng, mee segera dan lain-lain masakan lagi. Haa jenuh, sangkut dah cheq dengan kerepek peria ni, adoih... Shopee punya pasai π
Cheq boleh terjumpa produk ni masa tengah belek-belek kerepek di Shopee, pastu ternampak ada kerepek peria. Niat mulanya cuma nak membeli kerepek pisang nangka ja, skali tengok seller yang sama ni ada juga jual bermacam-macam jenis kerepek lain yang cheq belum pernah cuba lagi. Terberkenan punya pasai, akhirnya dalam Shopee cart cheq ada kerepek peria (sampai tiga perisa pulak tu), kerepek bawang putih dan kerepek pisang nangka 1kg. Puas hati hakak hang π
Cheq beli kerepek peria original (tiada perisa tambahan), kerepek peria garlic (ada rasa bawang putih, mungkin digoreng sekali kot) dan kerepek peria black pepper (banyak serbuk lada hitam dia buh, over sikit yang ni pada cheq). Paling sedap pada cheq ialah kerepek peria garlic, sedap dimakan dengan hampir apa jua hidangan dan masakan tengah hari dan makan malam π
Cheq biasanya tak suka pun nak makan lauk sayur peria sebab rasa dia kan pahit kelat gitu, pastu kalau ternampak ada lauk peria tumis, memang tak rasa nak ambil masuk ke dalam pinggan nasi la... tapi bila dia bertukar jadi kerepek rangup macam ni... huiiih, sangkut teruih. Macam magis! π
Selain kerepek peria, kerepek bawang putih dan kacang tanah goreng juga sedap dimakan dengan nasi dan apa-apa hidangan panas lain yang sesuai sebagai lauk tambahan. Hangpa pula macam mana? Suka sambal cili api ka? ππΆπ₯
Jumpa lagi di lain entri!
π
Biasa makan kerepek peria ni begitu sahaja, tak pernah lagi makan dengan nasi panas
BalasPadamKalau makan macam jajan nanti cepatlah habis stok π π
PadamBukan semua orang suka peria... tapi uncle suka!
BalasPadamBaguih uncle! π
Padamkerepek peria ni makan gitu je...
BalasPadamkalau sayur peria tu makan ngan nasi...walaupun pahit tapi sedappppp nak-nak kalau buat goreng belacan pedas
Makan gitu ja cepat habihhh π
Padamsedap tu makan dgn nasi panas
BalasPadamSesuai dijadikan sebagai lauk tambahan ππ»
Padam