Salam semua! 🙋🏻♀️✨
Kali ini cheq nak sembang pasai aiskrim viral yang sudah banyak mendapat reviews dari warganet kita, iaitu aiskrim Cappuccino Nescafe Gold, keluaran Nestle. Sudah beberapa bulan aiskirm special ni berada dalam pasaran tempatan, cuma cheq saja yang baru berkesempatan nak merasa 😋😆
Aiskrim kopi ni rasanya akan kekal menjadi aiskrim favorite cheq selagi ianya wujud di pasaran. Sebelum ni cheq sudah pernah cari aiskrim ni di beberapa kedai, tapi hasilnya hampa... tak dijumpai. Nak dijadikan carita, kelmarin mak cheq keluar ke kedai untuk beli tambah stok aiskrimnya (mak cheq memang sangat suka makan aiskrim 😆), lepas tu ternampak la juga aiskrim kopi Neskepe yang cheq ada dok sebut-sebut sebelum ni. Mak cheq pun terus belikan dua ketul aiskrim tu untuk anaknya yang bertuah ini 🤣
Alhamdulillah, rezeqi cheq dapat juga merasa aiskrim kopi Neskepe kapucino yang didambakan ini 🤲🏻😆
Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut:
Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut:
Harga - Pada cheq, RM4.50 tu cukup murah untuk produk aiskrim kopi cappuccino yang sangat marvelous dan berkualiti premium macam ni. Serius, kalau harganya belasan hinggit pun cheq akan sanggup bayar. Mungkin sebab cheq ni memang penggemar kopi kot, sebab itulah cheq sangat menghargai aiskrim Nescafe cappuccino ni dan merasakan yang nilai sebenarnya adalah jauh lebih besar daripada harga pasarannya. Simply exquisite 🧐🤏🏻
Kelazatan - Cheq bagi markah 5 bintang dari 5 bintang. 5 stars! Cukup memukau sanubari. Orang yang terfikir untuk menjayakan dan menghasilkan produk aiskrim Nescafe Gold Cappuccino ni selayaknya dianugerahkan pingat emas, no... make it platinum! Genius betul orang tu. Salutan kopi premium yang agak lembut di luar aiskrim cappuccino dan vanilla yang gebu di dalam... wow sangat hasilnya. It's culinary engineering 👏🏻😌👩🏻🍳👩🏻🔬
Keberbaloian - Sangat-sangatlah berbaloi. Berbaloi dengan secebis kebahagiaan yang hadir menjelma di kalbu, walaupun untuk seketika cuma hadirnya. Difahamkan yang aiskrim ni hanya ada di pasaran Malaysia... serius ah? 😳🤔
Keberbaloian - Sangat-sangatlah berbaloi. Berbaloi dengan secebis kebahagiaan yang hadir menjelma di kalbu, walaupun untuk seketika cuma hadirnya. Difahamkan yang aiskrim ni hanya ada di pasaran Malaysia... serius ah? 😳🤔
Okeh, sekian dulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan aiskrim Nescafe Gold Cappuccino, keluaran Nestle. Syukur Alhamdulillah 😊
Jumpa lagi di lain entri!
🙋
🙋
Tahniah sebab dapat rasa. Hehe terawang-awang ya apabila makan.
BalasPadamHihi.. ya NA, rasanya macam inilah aiskrim paling sedap yang cheq pernah makan setakat ni, dan harganya jauh lebih murah daripada aiskrim 'berjenama' lain yang cheq pernah rasa 🤭
Padamkena pi cari juga ni..review cik sue bikin ngences!..hehe..
BalasPadamKena lekas cari ni KakNO, dah semakin payah nak jumpa aiskrim neskepe ni di kedai² serbaneka 😢
PadamThanks for your sharing...
BalasPadamThanks for dropping by my humble blog 🌼
Padamsedapnya xsabar nk rasa
BalasPadamKena cepat² sambar aiskrim ni KakPI 😆
PadamHahaa! Uncle baru makan petang tadi.... Tak tahu kali yang keberapa dah!
BalasPadamKetagih dah uncle dengan aiskrim neskepe 😆
Padamms baru keluar ais krimni sy trs cari. hehehe mmg sedap tp harga...? hhhaha
BalasPadamLah okay what harga macam tu, berbaloi la dengan kelazatannya 😗
Padam