Ahad, 19 Jun 2022

Nasi Goreng Pattaya yang Bulat dan Comei?

Salam semua! πŸ™‹πŸ»‍♀️✨

Dalam banyak-banyak jenis nasi goreng, nasi goreng apa yang hangpa rasa paling mencabar nak buat? Pada cheq la, paling mencabar nak masak bagi jadi betoi-betoi elok, bulat dan comei ialah... Nasi Goreng Pattaya, atau dengan nama lainnya Nasi Goreng Telur Bungkus πŸ‘©πŸ»‍πŸ³πŸ˜†✨

Pada pendapat cheq, kalau nak buat nasi goreng telur bungkus biasa yang bentuknya empat segi atau yang kemek macam bantal sikit tu, yang tu tak susah mana pun. Yang cheq nak cerita ni ialah macam mana nak buat nasi goreng telur bungkus yang bentuknya bulat semi-spherical yang di luar kebiasaan πŸ˜†


▶ Cara-cara:

1. Masak nasi goreng macam biasa, ikut style masing-masing nak letak bahan apa. Cheq punya style nasi goreng ni ada bawang besar, bawang putih, ikan bilis, ubi keledek, daun kucai, serbuk ikan bilis dan lada putih. Tak perlu buh garam dan gula sebab ikan bilis tu dah sememangnya agak masin, dan ubi keledek pula akan seimbangkan flavor dengan rasa manisnya yang asli. 

2. Pecahkan telur ayam secukupnya (cheq guna 3 biji telur ayam gred C) dan pukul hingga sebati setelah dicampur dengan secubit serbuk Maggi secukup rasa, atau secubit garam. 

3. Semburkan minyak masak ke dalam non-stick pan yang rata dan besar, kecilkan api dan tuangkan sebatian telur tadi ke dalam pan. Pastikan telur memenuhi semua ruang permukaan pan dengan sekata. Biarkan telur masak selama lebih kurang 30 saat, maka jadilah dia flat omelet. Goncangkan pan supaya omelet lekang dari permukaan pan

4. Sediakan sebuah mangkuk yang agak besar dan 'pindahkan' omelet tadi ke mangkuk dengan berhati-hati. Just let the flat omelet slide from the pan into the bowl (amboih payah cheq nak cerita dalam BM sepenuhnya aih, kot tak sampai mesej πŸ˜‚), dan biarkan dia ikut bentuk mangkuk tu. Hati-hati jangan sampai terkoyak omelet tu. 

5. Masukkan nasi goreng tadi ke dalam mangkuk yang ada omelet tu, kemudian padat-padatkan nasi tu di dalam mangkuk. Isi sampai penuh dan padat-padatkan dengan menggunakan spatula. Lipat lebihan omelet ke dalam untuk menutupi nasi goreng di dalam mangkuk tersebut.

6. Ambil sebuah pinggan yang besar dan letak di atas mangkuk tadi, kemudian terbalikkan. Angkat mangkuk dan TADDAAA... dapatlah hangpa sepinggan nasi goreng pattaya yang bulat dan comei πŸ˜‚




Sekian, beginilah cara cheq membuat Nasi Goreng Pattaya yang bulat dan comei, mengikut selera cheq. Maaflah kalau resipi ni tidak mengikut selera hangpa noo... kalau nak bagi rasa dia ada 'kick', silalah tambah cili api atau habanero teruih 🌢πŸ”₯πŸ”₯

Jumpa lagi di lain entri! 
πŸ™‹

12 ulasan:

  1. Tak pernah try buat sendiri. Selalu beli. Nanti Fiza nak try jugak. Hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila sila try, dish ni boleh mengasah bakat memasak πŸ‘©πŸ»‍πŸ³πŸ€“

      Padam
  2. Nampak sedaplah nasi goreng versi CS ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makasih JR, nasi goreng versi JR pun nampak sedap juga πŸ€“

      Padam
  3. kalau gi restoran suka order ni hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Restoran buat tak sama macam yang dibuat sendiri, buat sendiri best lagi πŸ˜†

      Padam
  4. pandain rajin cek buat nasi goreng pattaya sedap tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makasih KakPI, sekali sekala ja cheq terlebih rajin nak masak special sikit πŸ˜†

      Padam
  5. Thanks for your sharing:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. You're welcome and thanks for dropping by πŸ€“πŸŒΌ

      Padam
  6. Tak pernah buat sendiri..selalu makan kat kedai je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh la MY cuba buat ni nanti πŸ€“

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤