Ahad, 14 November 2021

DIY Jam Dinding bagi jadi GITD

Salam semua! 🙋🏻‍♀️✨

Bagi yang tak dapat nak agak apa maksud tajuk entri ni, tajuk di atas tu bermaksud: 

Do It Yourself Jam Dinding bagi jadi Glow In The Dark  😂

Ceritanya macam ni, cheq punyalah dok cari jam dinding yang diameternya kurang daripada 12" yang boleh GITD, tapi tak jumpa-jumpa juga kat dalam Shopee tu. Semuanya mesti 12" ke atas belaka. Kecik lagi dari tu, tak ada yang boleh GITD. Merata cheq selongkaq cari dalam Shopee tu, memang tak jumpa apa yang dicari. Alahai menyampahnya... akhirnya, cheq mengambil keputusan untuk DIY saja jam dinding yang berdiameter 10" bagi boleh GITD dengan menggunakan sticker GITD. Jadinya, cheq beli saja jam dinding biasa yang berdiameter 10" sebuah, kemudian cheq cari dan beli pula satu set sticker GITD. Kira 'cara' jugalah kaedah ni, boleh diguna pakai 😂👍🏻

Baguih juga bila ada set sticker GITD ni, boleh juga digunakan untuk menanda kotak-kotak suis dan apa-apa objek lain dalam rumah (telefon rumah, lampu suluh... dll.) supaya boleh bercahaya sikit dalam gelap. Senang sikit nak nampak bila balik kampung/bandar masuk rumah pada waktu malam ka, atau bila berlakunya black-out dan smatpon kita pulak kebetulannya tengah dok charging ka apa masa tu, maka tak dapeklah kita nak suluh kawasan sekeliling pakai smatpon punya flashlight (tudia satu contoh situasi kecemasan yang mungkin berlaku 😂) untuk cari lampu suluh kita dok kat mana 😂

Sekian saja perkongsian cheq di kala petang hujung minggu ini 🤓😬


Jumpa lagi di lain entri!

🙋

18 ulasan:

  1. Wah menarik jugak idea ni. Baguslah, ya if blackout susah betoi nak cari suiz utama bila takde lampu suluh or hp kat tangan. Good idea. Boleh try cari kat Shopee nanti sticker GITD.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Timakasih FL, hihi.. ya sila sila 😎

      Padam
  2. Balasan
    1. Kekadang ja hihi, boleh la sikit-sikit 😂

      Padam
  3. sticker gitd beli kat shopee ke ? jenis tahan lama tak ? sbb biasa beli macam bintang2 yg gitd utk bilik anak tu kena selalu ada matahari baru dia macam "cas". kalau tak dia tak glow pun..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha'ah beli kat Shopee. Yang ni tak perlu "cas" pakai cahaya matahari ja, cahaya lampu pun dia boleh serap untuk glow dalam gelap. Selepas beberapa jam gitu, glow dia jadi malap la. Bila buka lampu, dia 'recharge' la balik 😬

      Padam
  4. Menarik. Boleh DIY rupanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok jenis jam jugak la, ada yang boleh dibuka, ada yang tak boleh 🤓

      Padam
  5. wah...bagus juga ada jam dinding yang bercahaya

    BalasPadam
  6. Aahkan..good idea. boleh gak letak dlm bilik anak yg tak reti tidur kalau gelap gelita.. ada something yg GITD ni mungkin takdelah dia takut sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba, mana tau kot berkesan kan 🤓

      Padam
  7. Baguih mcm ni..buat sendiri memenuhi citarasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuma kena gigih lebih sikit la daripada biasa 😬

      Padam
  8. Pandainya CS, kreatif tu, menarik dan manfaat pada saat cemas..

    BalasPadam
  9. Rajin buat benda2 macam ni ya. Ni mainan masa kecil2 dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila apa yang dicari tu tak ada stok, kerajinan akan timbul 😂

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤