Ahad, 21 November 2021

Baru Nak Merasa KFC Zinger Cheezilla dan Crispier Fries

Salam semua! πŸ™‹πŸ»‍♀️✨

KFC Zinger Cheezilla (RM18.99) dan Crispier Fries (RM4.99), a la carte. Harga dari aplikasi FoodPanda. 

Petang tadi cheq rasa macam rindu sangat nak pekena Kepci (KFC). Dalam kepala ni dok terbayang-bayang Zinger burger dan kentang goreng, dok terpikiaq cheq ni belum cuba lagi Zinger Cheezilla dan Crispier Fries. Apa lagi, FoodPanda sajalah... πŸΌπŸ“±πŸ˜†

Baiklah, pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut: 

Harga - Pada cheq, harga burger ni berpatutan dengan kualiti dan saiznya yang besar gedabak serta kualiti servis penghantaran FoodPanda yang baik πŸ‘πŸ»✨

Kelazatan -  Zinger Cheezilla yang cukup besar gedabak ni ada fillet ayam goreng yang tebai dan rangup, and of course... ada patty keju goreng yang cukup mengancam dan menawan. Tak 'Cheezilla' la kalau takdak patty keju goreng ni... rangup di luar, lembut separa meleleh di dalam. Sedap dan sungguh mengenyangkan, padanlah dengan harganya. Jangan lupa tambah sos cili supaya ada rasa 'kick' sikit, kalau tidak, burger ni rasa macam agak dry. Roti bun burger ni pula sedap dan lembut macam biasa. Secara keseluruhannya, cheq bagi markah bintang dari 5 bintang πŸ‘πŸ»✨

Crispier fries tu pulak, cheq bagi markah 3 bintang saja sebab kerangupan serta kesedapannya agak di bawah jangkaan, pastu kuantitinya agak ciput untuk dianggap regular size 😬

Ini pendapat tekak cheq sajalah naa, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana πŸ˜„

Keberbaloian - Berbaloi order Zinger Cheezilla sebab marvelous, dan juga berbaloi guna servis FoodPanda apabila kita tadak mood nak pakai mask pi keluaq semata-mata kerana nak cari Kepci dan beratoq panjang pada hari hujung minggu yang mendung dengan hujan turun renyai-renyai. Rider pun sampai tepat pada waktu yang dijangkakan πŸ˜ŽπŸ‘


Baiklah, sekian dulu ulasan pendapat cheq berkenaan KFC Zinger Cheezilla dan Crispier Fries dari KFC cawangan Arau, Perlis. Syukur Alhamdulillah 😊


Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

22 ulasan:

  1. Sedap tu Zinger bercheese, tergoda tengok pic atas tu, macam nak order jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila sila order sebelum dia hilang dari menu kepci πŸ˜†

      Padam
  2. Alamak, burger tu looks SO mengancam lah...yum yum :P'

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa dia pun memang mengancam.. mengancam plan dietku πŸ˜‚

      Padam
  3. ALHAMDULILLAH MEWAH REZEKINYA INSYAALLAH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur Alhamdulillah di atas segala nikmatNya 🀲🏻✨

      Padam
  4. yelah..fries tu nampak soggy sikit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu pasai yang tak brapa nak 'crispy' tu 😬

      Padam
  5. Saya dah cuba zinger cheezilla ni. Memang sedap.

    BalasPadam
  6. Besar patty dia, mmg berbaloi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Marvelous betoi zinger cheezilla ni πŸ˜†

      Padam
  7. Seems delicious:) thanks for your sharing...

    BalasPadam
  8. 4 setengah bintag tu mmg terbaik πŸ˜…

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau 5 bintang, dia jadi 'super terbaik' 😬

      Padam
  9. alhamdulillah..makan besar nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, sekali sekala πŸ€“

      Padam
  10. Keberbaloian order melalui foodpanda itu saya setuju sangat hihihiii.

    BalasPadam
  11. Yang jenis cheezilla belum cuba lagi. Pati burger tebal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Patty ayam goreng dan patty keju goreng dia kedua-duanya mengancam πŸ˜‹

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤